Followers

Monday 22 May 2017

BIADAP Rayern Tuduh BN Guna Wanita Sebagai Simbol Seks


Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mula panas apabila YB Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN Teluk Bahang) diarahkan oleh Speaker supaya meninggalkan dewan dan dikenakan hukuman gantung selama sehari daripada menghadiri Sidang Dewan hari ini.

Kenyataan tersebut dibangkitkan oleh YB R.S.N Rayern (DAP Seri Delima) ketika perbahasan dan dipercayai merujuk kepada isu kontroversi membabitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahaya berkenaan isu perkahwinan dengan mangsa rogol.

YB Shah Headan yang tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut bangkit dan mendesak supaya YB Rayern menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan beliau sebagai melampau dan keterlaluan.

Speaker kemudiannya mengarahkan YB Shah Headan supaya duduk dan pada ketika ini berlaku perang mulut antara kedua-dua Adun terbabit apabila YB Shah Headan turut meminta supaya YB Rayern juga untuk duduk.

Serentak dengan itu Speaker kemudiannya telah mengarahkan kedua-dua Adun terlibat supaya meninggalkan dewan dan dikenakan pengantungan selama sehari.

YB Shah Headan sewaktu ditemui berkata adalah tidak wajar kenyatan seperti itu dibangkitkan kerana jelas ia merupakan tuduhan yang disengajakan apatah lagi YB Shabudin tidak berada dalam dewan dan tidak dapat mempertahankan dirinya.

Beliau turut mempersoalkan keputusan Speaker kerana tindakan beliau hanyalah untuk mempertahankan BN daripada tuduhan menggunakan wanita sebagai simbol seks yang dilakukan dengan niat dan disengajakan oleh YB Rayern. sumber - Penang Online

MMI kata dia ni memang kurang ajaq main lepaih cakap ja .. Banyak kali dah dia ni !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels