Followers

Wednesday 10 May 2017

Kerajaan DAP P.Pinang SPIN Peruntukan Hal Ehwal Islam ??

Ampa Percaya Ka ?

Gambar atas tu telah disebarkan oleh media DAP sebab nak maklum kepada warga Pulau Pinang khususnya orang Islam bahawa kerajaan DAP di bawah pimpinan Ketua Menteri yang sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa itu adalah yang terbaik.

Isunya apakah benar kerajaan DAP Pulau Pinang ni benar-benar baik seperti mana yang diwar-warkan oleh suku-sakat DAP ?

Kalau benar baik pemimpinnya mestilah baik juga , ini tidak siap ada kes mahkamah kot .... Duit zakat pun dah jadi isu kot !!!!!!!!!!!! Haha MMI akan ulas dalam artikel selepas ini.

So kita berbalik kepada isu peruntukan untuk hal ehwal Islam di Pulau Pinang ...

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah anti-Cina kerana sangat "manja" dan "melebihkan" umat Islam di Pulau Pinang bila menyediakan peruntukan kewangan negeri kepada Hal Ehwal Islam kononnya naik 100% setiap tahun, walaupun DAP berkuasa kerana undi Cina bukan undi Melayu.

So kat mana muhongnya Lim Guan Eng ni:

1. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan "(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan;..."

2. Perkara 12 (2) "......adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu."

3. Bagi maksud di atas, tidak menjadi satu persoalan besar kepada LGE & DAP untuk mempertikai soal banyaknya peruntukan kepada Hal Ehwal Agama Islam di Pulau Pinang kerana ianya adalah kewajipan kerajaan negeri untuk menyediakan peruntukan kewangan bagi hal ehwal syiar Islam di negeri ini. Banyak ka , sedikit ka, naik ka turun ka, itu bukan pertikaian atau persoalan, kerana sesiapa pun memerintah hal ehwal agama Islam perlu disediakan peruntukan kewangan mengikut keperluan dan kesesuaian.

4. Kita juga rasa orang Cina juga tidak pernah nak pertikai soal ini kerana mereka memahami bahawa itu perkara yang telah dilaksanakan semenjak merdeka kerana telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Cuma yang menjadi masalah ialah apabila DAP RASIS cuba membangkitkan isu ini bagi mengelirukan rakyat seterusnya menyebabkan ketegangan antara kaum dan agama, sehingga dalam soal wang Zakat dan Baitulmal pun DAP nak kacau. (DAP Rasis MEMANG ANTI-Islam ).

5. Sedikit perbandingan kewangan kepada hal ehwal agama Islam yang diperuntukan dalam Bajet tahunan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2008 sehingga 2017 adalah RM444.7juta atau purata RM49juta setahun atau hanya 9% dari keseluruhan perbelanjaan mengurus dalam Bajet tahunan negeri yang berjumlah RM5.8bilion dari RM7.09bilion keseluruan Bajet.

6. Walaupun peruntukan dilihat meningkat setiap tahun, tetapi jika dibandingkang dengan Bajet tahunan ianya menurun sebanyak 60% dari tahun 2008. Ini bermakna Bajet tahunan meningkat, tetepi peratusan kepada hal ehwal Islam sebenarnya menurun.

Sebagai contoh (perbelanjaan mengurus):

Bajet 2008 = RM283.15 juta, hanya 9% sahaja untuk agama Islam atau RM25.49juta

Bajet 2013 = RM832.42juta, hanya 6.6% sahaja untuk agama Islam atau RM55.13juta

Bajet 2017 = RM1.35bilion, hanya 3.36% sahaja untuk agama Islam atau RM49.37juta.

7. Dalam masa yang sama Kerajaan BN Persekutuan tidak mengabaikan Pulau Pinang dari segi pembangunan Syiar Islam dengan membelanjakan sebanyak RM462.1juta dari tahun 2008 hingga 2016, ataupun secara puratanya RM57.7juta setahun. Jumlah tersebut melebihi dari kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri, yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka.

Pecahan peruntukan oleh kerajaan BN Persekutuan:

RM85.6juta = membina 19 buah masjid
RM 207juta = projek & program Syiar Islam.
RM169.5juta = pembayaran elaun guru Kafa, Imam & Guru Takmir. (Imam = RM850/bulan, Guru Kafa = RM900/bulan)

REALITI Anda kena tahu :

Hakikatnya Lim Guan Eng hanya main wayang dengan menampakkan kerajaan DAP tidak sehaluan dengan masyarakat Cina, bagi membangkitkan kemarahan orang Cina kepada umat Islam. Tetapi yang lebih penting mesej Lim Guan Eng adalah beliau sedang meraih sokongan orang Islam dan Melayu kepada DAP di seluruh Malaysia supaya ada orang Melayu akan berkata "tengok DAP lebih memahami Islam dari UMNO".

Orang Melayu kena berhati-hati dengan taktik beli maruah dan agama oleh DAP ini dengan menggunakan Islam, begitu juga rakyat Malaysia yang bukan Melayu kamu sedang dibangkitkan kemarahan dan dendam kepada Islam dan Melayu supaya kita semua boleh sentiasa berpecah dan bergaduh untuk memastikan DAP kekal sebagai parti politik.

p/s: DAP gagal pergunakan PAS utk sokongan Melayu, PAN, PKR dan PPBM jgk tidak sekuat PAS. Maka DAP sendiri kena turun membeli Melayu dan Islam.

#EdisiDAPtipuRakyat
#IsuPenang
#PenangUpdate

Macam yang MMI selalu kata puak-puak cauvinis ni kalau tak menipu tak boleh !!!

Haprak !!!!

MMI

1 comment:

  1. Cukuplah kena tipu sekali...umat Islam wajib tolak Dap dlm pru akan datang.

    ReplyDelete

Labels