Followers

Thursday 11 May 2017

Program UMNO , Yang Pembangkang Nak Sibuk Sangat Kenapa ??


Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil , acara sambutan ulang tahun UMNO yang ke-71 tahun berjalan dengan penuh meriah.Lebih dari 140,000 warga UMNO hadir dari seluruh pelusuk negeri dan kebanjiran warga UMNO kali ini jauh lebih menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli parti yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRU14.

Sudah tentulah suasana dan perasaan mereka-mereka yang menjejakkan kaki di Stadium Nasional Bukit Jalil sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya memandangkan ianya bukan sekadar acara sambutan ulang tahun parti tetapi juga merupakan himpunan raksasa warga UMNO khususnya.

Seperkara yang mencuri tumpuan MMI adalah kehadiran warga UMNO dari serata negeri pada kali ini seolah-olah membawa mesej bahawa UMNO akan sentiasa diperkasakan dan paling penting adalah sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pucuk pimpinan walaupun diluar sana pelbagai pihak cuba untuk mengadu-dombakan parti keramat orang Melayu ini.

Dari apa yang MMI saksikan UMNO berdiri dengan kaki sendiri dan majlis gilang-gemilang sambutan ulang tahun ke-71 tidak menganggu-gugat mana-mana parti lain dan mana-mana pihak sekalipun rasanya tak perlulah campur tangan sebab ini program UMNO.

Tak ada pun huru-hara atau perarakan di jalanan yang boleh menyebabkan warga Malaysia yang lainnya berasa terancam dan mereka-mereka yang tak terlibat dengan parti UMNO boleh sahaja memilih untuk tidak hadir dalam program tersebut.

Keputusan ditangan masing-masing , kalau nak hadir sekalipun hadirlah tak ada siapa pun yang nak halang sebab selain daripada majlis di dalam stadium terdapat juga gerai dan pameran yang diadakan di kawasan tapak parking stadium.

So kenapa yang meraban sangat ???

Media pro pembangkang sejak petang lagi dah mula melaporkan kononnya UMNO menggunakan pelajar-pelajar UITM bagi tujuan politik !

Hello agak-agak ampa berapa ramai pelajar UITM yang ada dalam majlis tu ?

Cuba bahagi tengok dari jumlah 140,000 orang tu ? Berapa peratus agaknya ?

Kenapa bising ? UITM lahir daripada usaha siapa ?

Kalau tak ambil peduli dengan apa yang pihak penganjur susun maka jadi macam nilah .. main hantam ja !!!!

Untuk makluman ada pelbagai pameran melibatkan UITM di perkarangan stadium yang mendapat sambutan hangat daripada warga UMNO yang hadir.Macam-macam ada dari bab pendidikan sampailah ke pertunjukkan bakat anak-anak pelajar UITM.

Kumpulan koir , larian bendera semua tu turut melibatkan pelajar UITM bersama-sama ahli-ahli UMNO diseluruh negara.

Apa masalahnya ?????

1.Kalau wartawan puak pembangkang ni boleh sanggup hadir ke Bukit Jalil semata-mata nak laporkan benda ni maka MMI kata terima kasihlah sebab prihatin dengan UMNO ni ...

2.Yang kelam kabut sangat kenapa ? Bimbang dengan kehadiran warga UMNO ker ??

Bro ... dengan kapasiti 140,000 orang UMNO yang berhimpun pada malam tersebut , MMI secara peribadi dapat merasakan aura yang jauh lebih hebat dan ada sesuatu yang TERBAIK sedang berlaku dalam parti UMNO.

Bagi sesiapa yang hadir pasti dapat merasakan apa yang MMI sebut diatas dan kepada semua yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil SYABAS MMI ucapkan kerana ampa semua dah buktikan tahap kesetiaan masing-masing.

Sebab nilah yang puak pembangkang tak senang tu ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels