Followers

Wednesday 9 November 2011

MCCBCHST BIADAP

Jika lihat gambar diatas mungkin inilah yang dimahukan berlaku oleh  beberapa pihak di luar sana.Bermacam-macam cara cuba dilakukan ada yang menggunakan persatuan,parti politik,individu dan lain-lain semata-mata mahu melihat di Malaysia wujudnya perpaduan yang kononnya berdiri diatas nama hak asasi manusia.

Mereka terlupa Malaysia sebenarnya menitik beratkan kepada perpaduan tanpa mengganggu sensitiviti satu-satu bangsa apatah lagi jika dikaitkan dengan agama.
Terbaru Majlis Perundingan bagi Agama Buddha,Kristian,Hindu,Sikh dan Tao Malaysia atau dalam singkatannya MCCBCHST telah mengeluarkan kenyataan supaya amalan menyembelih lembu-lembu korban tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam atas alasan tempat awam dan sekolah tiada kaitan dengan masyarakat Islam.

Bagi MMI ini merupakan satu tindakan yang cukup biadap kerana ianya telah mencampuri urusan agama Islam daripada dijalankan.Lalu sedikit kajian telah dilakukan oleh MMI berkenaan MCCBCHST ini.Ternyata mereka-mereka ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada jentera atau penggerak yang memihak kepada puak-puak DAP.Mungkin corak dan gerak kerja mereka yang sama membolehkan kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan dalam waktu umat Islam menyambut Hari Raya Korban.


Presiden MCCBCHST Rev Dr Thomas Philips
Seharusnya pihak MCCBCHST menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang tidak masuk campur hal ehwal agama lain.Mereka juga sepatutnya memberikan kerjasama seperti mana umat Islam bekerjasama terhadap penganut agama Hindu bagi merayakan Thaipusam,masyarakat cina merayakan pesta tanglung,penganut taoisme merayakan pesta hantu lapar dan lain-lain.

Hari ini Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Sungai Pinang merupakan salah satu NGO di Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan kenyataan membidas MCCBCHST berkenaan  perkara tersebut.
 
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Sungai Pinang sangat kesal dengan kenyataan bersifat provokasi, biadap, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu qurban tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam atas alasan tempat awam dan sekolah tiada kaitan dengan masyarakat Islam dan kegiatan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

Timbalan Yang Di Pertuanya, Azdy Mohd Arshad berkata, bagi GPMS Sungai Pinang, gesaan yang dibuat oleh MCCBCHST dan alasan yang dikemukakan adalah sangat tidak munasabah dan secara jelas cuba membangkit kemarahan serta mencetuskan perbalahan antara ummat Islam dengan penganut-penganut agama lain di negara ini. 

“Sejak turun-temurun lagi, apabila tiba Hari Raya Aidiladha, umat Islam di negara ini akan melaksanakan ibadah qurban di kawasan masjid, surau, dewan masyarakat, padang awam atau kawasan-kawasan yang majoritinya didiami oleh orang-orang Islam. Kadangkala ada juga yang melakukan aktiviti penyembelihan di kawasan padang sekolah jika dianjurkan oleh pihak sekolah atau oleh kerana tiada tempat yang sesuai di sekitar kawasan perumahan atau masjid tersebut.
Namun berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh GPMS Sg. Pinang, ternyata kegiatan penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah adalah sangat sedikit. Jika terdapat aktiviti penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah, ianya membabitkan guru-guru, kakitangan, pelajar dan ibupaba yang beragama Islam dan tiada kaitan dengan penganut-penganut agama lain. 

GPMS Sg. Pinang berpendirian bahawa dakwaan MCCBCHST yang menuduh ummat Islam tidak sensitif terhadap pelajar-pelajar agama lain tidak timbul sama sekali,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media petang tadi.
Tambahnya, dakwaan MCCBCHST ini adalah sangat tidak bertanggung jawab, bertentangan dengan amalan hidup bertolenransi, berfikiran dangkal dan berniat jahat.

GPMS Sg. Pinang ingin menegaskan bahawa ummat Islam di Malaysia sentiasa sensitif dan bertoleransi dengan penganut-penganut agama lain. MCCBCHST yang sebenarnya perlu sensitif terhadap agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Tindakan mencampuri hal ehwal agama Islam adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menghina Majlis Raja-raja Melayu.

GPMS Sg. Pinang sangat khuatir sekiranya MCCBCHST terus menerus mengeluarkan kenyataan berniat jahat seperti ini, ia bakal mengundang permasalahan besar antara penganut berbilang agama di negara kita dan mampu mengancam keselamatan dan keharmonian negara. 

“Justeru itu, GPMS Sg. Pinang menuntut agar MCCBCHST meminta maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam dan seluruh ummat Islam di Malaysia atas kenyataan provokatif, biadap, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh MCCBCHST. Selaku majlis perundingan antara agama MCCBCHST sepatutnya lebih peka dan memainkan peranan memdidik dan memahamkan masyarakat majmuk di nagara ini agar saling menghormati antara satu agama dengan agama yang lain dan bukannya mencetuskan api perkauman atau ketegangan antara agama. 

GPMS Sg. Pinang juga tidak tergak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang serta bertindak balas terhadap MCCBCHST sekiranya pihak MCCBCHST tidak mahu memohon maaf dan masih bersikap angkuh disebalik niat dan agenda jahat mereka,” ujarnya lagi.

MMI menyokong tindakan  yang diambil oleh GPMS kerana dalam suasana politik hari ini tindakan berbentuk provokasi terhadap orang Melayu dan agama Islam semakin menjadi-jadi.Kita sebagai orang Melayu Islam perlu peka dengan isu-isu yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana ianya jika tidak dibendung mampu mencetuskan keadaan huru hara dalam negara kita.

Kepada pihak MCCBCHST satu permohonan maaf secara terbuka perlu dilakukan sebagai menghormati orang Melayu dan agama Islam di Malaysia.Selama ini orang-orang Melayu Islam sentiasa mengamalkan sikap toleransi terhadap bangsa dan agama lain namun jika ini balasannya atas apa alasan sekalipun permohonan maaf adalah perkara wajib yang perlu MCCBCHST lakukan.

Dalam keadaan sekarang MMI nak juga melihat apa tindakan dan pendirian PAS terhadap isu ini? Harapan MMI janganlah pula selepas ini PAS akan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi " Itu adalah pandangan peribadi mereka" kerana selama yang MMI perhatikan PAS cukup sinonim dengan kenyataan seperti itu.


Mampukah angkatan ini memerangi serangan terhadap orang Melayu dan Islam ? Atau hanya pandai berlakon sahaja ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels