Followers

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Wednesday, 22 April 2015

Kenapa Mat Sabu MURAM Sewaktu Penamaan Calon Di ROMPIN ??


Ramai dikalangan teman-teman MMI hari ni bagitau sejak pagi tadi Mat Sabu ni monyok jer , tak serupa biasa-biasa lagaknya.Selalunya dia ni terkenal dengan mulut mucungnya tu dan aksi senyum suka makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib.Hmm kena tulis bagi habis takut nanti orang spin pula ayat babi ayam tu.

Apa pun soalan terbabit begitu sukar untuk MMI jawab , cuma boleh agak-agaklah mungkin sebab perang besar di Permatang Pauh agaknya.Maklumlah PAS kat sana kononya dah tak mau tolong kempen.Boleh jadi la kan !!

Untuk tidak menghampakan teman tadi , MMI pun cuba-cuba cari la juga apa kes sebenaqnya dan terjumpa gambar lagi satu yang lebih kurang.Tapi bila di tengok balik hrmm macam ok jer !!!


Apalah korang ni buat cita bukan-bukan !! Tu ok jer .. tak da hal pun !!

MMI

Tuesday, 10 February 2015

VIDEO Terakhir Untuk Anwar !!


Atas dasar kemanusiaan maka MMI hadiahkan video kat bawah ni untuk tatapan Anwar sebelum melangkah kaki dalam satu lagi perjalanan penuh bersejarah hasil daripada kerakusan nafsu songsangnya.

Enjoy Bro !!



Kat bawah ni pula video yang MMI suka sejak pagi tadi ...



Selamat jalan bro !!!

MMI

Saturday, 31 January 2015

GEMPAR Pekerja Indonesia Jumpa SMEAGOL ??

Sekumpulan pekerja warganegara Indonesia terkejut melihat haiwan pelik muncul dalam khalayak mereka semasa bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu, pagi semalam.

Menurut salah seorang pekerja, haiwan itu datang secara tiba-tiba semasa mereka sedang sibuk bekerja kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, haiwan terbabit berlari meluru ke arah mereka seolah-olah mahu menerkam dengan kukunya yang tajam.

Khuatir dengan keselamatan mereka, jelasnya, salah seorang daripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.

“Apabila haiwan itu sedar semula, kami menghalaunya kembali ke dalam hutan,” ujarnya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, ia merupakan kali pertama mereka melihat haiwan pelik yang tidak diketahui spesiesnya itu.

Namun, beberapa pekerja ladang sawit terbabit berpendapat haiwan itu seakan-akan beruang yang sudah tua dan gugur bulunya.

Sehingga kini, jenis haiwan terbabit dan bagaimana ia masuk ke ladang berkenaan masih belum diketahui.

Friday, 16 January 2015

WOW Nurul Izzah Jadi Rebutan Kerabat Di Raja ??





Hahahah lawak-lawak .... ampa boleh sambung baca kat SINI 

Kepada Nurul Izzah , MMI simpati dengan apa yang berlaku harap terus TABAH sebab bukan mudah menjanda ni JANGAN NAKAL-NAKAL tau !!

MMI

Friday, 5 December 2014

FENOMENA Alan Castelo TERBAIK Jom Layan !!


Bagi peminat band SteelHeart sudah pasti amat mengenali lagu She's Gone yang menjadi kegilaan mereka-mereka yang mendambakan lagu berentak slow rock yang bernada tinggi.MMI antara peminatnya namun kadang kala ia menjadi semakin teruja apabila ada bakat-bakat lain yang lahir dan mampu membawakan lagu tersebut dengan baik.

Bila dengar meremang bulu rama bro !!! Jom layan Bro Alen Castello nyanyi ...



Menarik bukan ? Hmm lagi menarik beliau bukan sahaja mampu menghiburkan kita tetapi turut sama menjadi imam di Masjid Ar-Rahman, Batu Ferringhi, Pulau Pinang sejak beberapa tahun lalu.




Well maybe ada pihak yang punya pandangan tersendiri , bagi MMI its a good job Bro !!

MMI

Monday, 6 October 2014

KECOH Demo Punya Pasal Kena RABA !!

Gambar Hiasan
Hong Kong: Sebahagian wanita penunjuk perasaan prodemokrasi dilaporkan menjadi sasaran penyerang seksual dalam keganasan yang tercetus di dua daerah beli-belah paling sibuk di Hong Kong semalam.

Perkara itu diakui penunjuk perasaan dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) yang turut menuduh polis “gagal menjalankan tugas” bagi melindungi demonstrasi daripada keganasan.

AI berkata, selain kanak-kanak, serangan ganas dan seksual juga dilakukan terhadap kanak-kanak perempuan.

“Kejadian begitu dilaporkan di hab komersial Mong Kok dan Causeway Bay,” katanya.

Menurut sumber keganasan bermula selepas polis gagal mengawal kumpulan antipenunjuk perasaan yang menyasarkan kumpulan prodemokrasi mulai petang kelmarin.

Ketika itu aktivis prodemokrasi berhimpun di sekitar jalanan Hong Kong sambil berikrar terus kekal di situ sehingga tuntutan mereka untuk mendapatkan reformasi pilihan raya diterima kerajaan.

Gerakan yang menggunakan pendekatan “Occupy” itu bagaimanapun tidak disenangi segelintir pihak yang bertindak balas secara ganas terhadap demonstran.

Seorang gadis yang ditemui wartawan di Causeway Bay memberitahu, tiga rakannya diserang sekumpulan lelaki antipenunjuk perasaan.

Semua mangsa dilihat menangis ketika dibawa naik ke dalam van polis.

Seorang pegawai polis berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berdasarkan aduan mangsa yang mendakwa mereka mengalami serangan seksual.

Menurut AI, seorang wanita turut diserang dalam keganasan yang tercetus di Mong Kok.

“Seorang lelaki meramas buah dadanya ketika mangsa berdiri bersama demonstran lain kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan). Dia turut menyaksikan lelaki yang sama meraba kemaluan dua lagi wanita lain” katanya. - AFP

Itu di negara luar beb .. kalau berlaku di Malaysia ni mesti bestkan ?? Kita boleh dengar Nurul Izzah kena raba , Jijah Omega kena raba , Mak Lampir PKR kena raba , Azmin kena raba .. Ops sapa raba Azmin ?? Kihkih si nuar katanya...Hahahaha

MMI

Tuesday, 16 September 2014

Cerita HANTU Kena TETAK Di TUMPAT Kelantan !!!


Seorang wanita di Tumpat, Kelantan berjaya menewaskan saka hantu raya yang ingin merogolnya telah mencetuskan kekecohan di laman sosial.

Wanita yang dikenali dengan nama Hani berjaya menewaskan saka tersebut dan menetak kemaluan makhluk syaitan itu yang menyerupai seperti sebiji anak lesung batu yang biasa digunakan untuk menumbuk sambal belacan.

Banyak pihak memberi reaksi lucu kepada pengalaman wanita itu dan berkata lesung yang disangkakan alat untuk memasak rupa-rupanya zakar sejenis hantu.

“BSeorang wanita bernama Hani merupakan janda berusia 32 tahun melalui detik-detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan hantu raya saka keluarganya yang ingin merogolnya.

“Pergelutan berlaku hampir dua jam dan akhirnya wanita tersebut berjata menetak kemaluan makhluk tersebut,” menurut petika berkenaan.sumber 

MMI

Monday, 15 September 2014

Kenapalah Ampa Pakai JERSI Macam Tu !!!


Sekali tengok pasti ada yang kata atlet lumba basikal ni GILA !! Sebab sanggup ramai-ramai tayang bahagian sulit pada orang ramai , macam-macam hal !! 

Sebuah pasukan lumba basikal wanita dari Colombia yang mengambil bahagian di dalam sebuah acara perlumbaan basikal di Itali telah membuatkan orang ramai berasa jelik kerana rekaan jersi yang disarungkan oleh pasukan tersebut lapor media Sabtu lalu.

Pakaian sukan berkenaan yang telah ditaja oleh kerajaan bandar Bogota, diperbuat daripada fabrik yang menyerupai warna kulit di bahagian pinggang dan pinggul... termasuk di bahagian sulit pelumba, yang menunjukkan mereka seolah-olah berbogel.

"Sangat Menyedihkan" laman web perlumbaan di Itali, Tutobiciweb meletakkan perkataan itu sebagai tajuk utama kepada artikel mereka yang merujuk kepada pasukan berkenaan yang dilihat seperti berbogel.

Pendedahan kepada gambar tersebut terus menjadi popular dan viral di media sosial di mana ada yang berpendapat rekabentuk tersebut adalah "sangat salah" dan merupakan sebuah "bencana" kepada pasukan berkenaan dan negara yang diwakili.sumber 

Sapalah yang reka jersi bebudak nikan ?? Kalau kat Malaysia maunya kena balun si pereka tu !!!

Tapi apa boleh buat bebudak kat atas tu bukannya tak perasan , betul tak ?? Sendiri cari bala !!!

MMI

Sunday, 23 February 2014

Kepada Yang Sukakan CABARAN JOM !!


Jika anda inginkan kelainan daripada pusat membeli belah yang umumnya TERLALU banyak di Malaysia ini, mungkin sesuai anda mengunjungi gua TERBESAR di dunia! Ops, lokasi gua ini bukan di Malaysia tetapi di Vietnam. Gua SON DONG  adalah gua terbesar didunia pernah dijumpai. 

Anehnya hanya tahun 2009 gua tersebut baru ditemui. Yang tambah menarik, gua sepanjang hampir 9KM ini mempunyai HUTAN dan SUNGAI didalamnya. Keunikan ini terjadi kerana bumbung gua tersebut telah runtuh pada suatu ketika yang lampau dan membenarkan tumbuhan serta haiwan yang tidak pernah dijumpai hidup disitu!

Pada 2009, orang British telah melakukan ekspedisi di gua ini namun "Pintu Masuk" kegua ini sangat CURAM. Demi tontonan umum dan sektor perlancongan, tali sepanjang 80 meter disediakan untuk anda memasuki gua yang curam itu. 

Ada berani? Jadi jika anda sangat gemarkan aktiviti LASAK, mungkin tempat ini amat menarik untuk anda. Moralnya, Maha Agung ciptaan Allah swt.





Memang terbaik bro , ada sapa-sapa yang nak try ker ?

MMI

Wednesday, 7 August 2013

Apa Yang Menarik Tentang Wanita Yang Baru Selesai Shopping Ni ?!!


Semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri besok dan sudah semestinya mereka yang paling sibuk selalunya adalah orang perempuan.Maklumlah dari bab membeli belah sampailah ke dapur semuanya menjadi tanggungjawab mereka walaupun ianya bukanlah satu tanggungjawab khusus.

Untuk itu MMI ingin berpesan kepada semua kat luar sana dalam kesibukan membeli belah atau apa sahaja yang berkaitan dengan sibuk maka ingatlah dalam diri tentang maksud SABAR.

Kerana kesabaran itu cukup penting apatah lagi kita sebagai orang Islam.

Jangan jadi macam video kat bawah ni ..


MMI

Sunday, 4 August 2013

GEMPAR Pulau Pinang Bakal Tenggelam ?!


Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.

Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

Tu dia lama-lama boleh hilang Pulau Pinang macam ni.

Tapi ada sorang kawan berseloroh kalau dah di tenggelami air maksudnya akan ada kawasan-kawasan melibatkan DUN akan turut hilang.Jadi kalau dah kawasan DUN hilang kiranya jumlah kerusi DUN yang akan di pertandingkan turut akan menjadi lebih sedikit daripada sekarang.

Jika sekarang ni ada 40 kerusi mungkin selepas ni tinggal 30 ja , bila dah tinggai banyak tu mungkin ada can lah UMNO dan BN rampas balik Pulau Pinang.

Huih sampai macam tu ? MMI pun tanya kenapa nak kena tunggu tenggelam baru boleh , pilihanraya nanti tak boleh ka ? Dia jawab kalau dah MCA dengan Gerakan asyik kena tolak ja boleh ka UMNO dan BN rampas balik Pulau Pinang ?

Huhuhuhu ada sapa-sapa nak komen ???

MMI

Jom Ambik Tau Sikit !!!


Jangan pula ampa kata MMI merapu sebab letak gambar badak air ni , sebenarnya ada cerita yang MMI nak kongsi dengan semua.Kepada yang dah tau tu kira "refresh" lah sebab benda-benda macam ni kita kena pastikan orang tahu.

Oklah citanya "simple" ja mengikut kajian badak air seperti gambar kata atas sana tu walaupun di lihat macam spesis malas yang asyik berendam ja kerja dia , dah tu dengan badan besar bukan main mampu berlari lebih laju dari manusia.

Hah !! Jangan terkejut pula bro .. Ini cerita mengikut kajian mereka-mereka yang arif lah.

Tak percaya ka ? Percaya ja lah kalau tak mau juga ampa cari sendiri kat "google" kihkih..

Amacam brader nak test ka ??

Ada lagi bro mengikut cerita singa kalau dia mengaum boleh menjangkau 3 kilometer .. Tu dia lagi dasat hihihi tapi MMI nak pesan ampa jangan pula besok pakat-pakat pi cari singa nak buat "test" pula , hanya yang pakar ja tau macam mana nak "test" dia.

Ampa semua jangan marah na .. Tapi ada lagi satu yang rasanya perlu MMI ingatkan , ini berkenaan manusia pula dan berlaku di Malaysia.

Ada sorang lelaki ni dia cakap apa pun walaupun terang-terang menipu ada orang boleh percaya !! Betoi gang tak percaya cuba ampa chek tengok...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

MMI

Thursday, 18 July 2013

Buka Puasa Dengan Nasi Kandar TERBAIK Untuk Yang Benar-Benar TAHAN !! WHY ??


Sebut saja nasi kandar maka pasti Pulau Pinang merupakan hub untuk menu terbaik ini kihkih hub tu !! MMI antara ribuan peminat nasi kandar ni namun taklah sampai hari-hari bedal menu ni cumanya entri kali ini bakal mendedahkan tentang segelintir peniaga nasi kandar yang tidak mementingkan kebersihan dalan menjalankan perniagaan mereka.

BAYAN LEPAS - Selamba saja si tukang masak sebuah restoran nasi kandar di sini memakai singlet serta berkain pelekat yang diikat tinggi, sambil memasak lauk pauk untuk dijual kepada pelanggan.

Tepung yang digunakan untuk membuat roti canai dan pelbagai jenis roti lain pula hanya diletakkan di sebelah tandas sahaja.

Bukan itu saja, si tukang masak yang juga dipercayai pemilik restoran berkenaan mengejutkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ketika membuka peti sejuk tempat menyimpan bahan mentah.

Di dalam peti tersebut didapati kuah kari meleleh di segenap ruang dalam peti sejuk yang terdapat di dalam restoran yang terletak di kawasan Bayan Lepas itu.

Operasi mengejut yang bermula seawal jam 8.30 pagi semalam turut mendapati darah haiwan bertakung di atas lantai di bahagian dapur belakang.

Selamba saja si tukang masak bersinglet dan berkain pelekat diikat tinggi ini menyediakan bahan masakannya di tepi tandas dengan pintu terbuka

Sudah tumbuh akar, begitulah rupa kacang dal yang disimpan dalam peti sejuk sebuah restoran nasi kandar

Tidak basuh sebelum masak

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamed kemudiannya bertanya kehairanan bagaimana telur yang dimasak untuk pelanggan dipecahkan dalam keadaan yang mengotorkan.

“Saya tahu telur-telur ini memang tidak basuh kerana lihatlah bagaimana keadaan kamu gunakannya, kamu basuh atau tidak?,” katanya.

Kemudian selamba sahaja lelaki yang penuh dengan jambang itu mengaku kepada penguat kuasa telur ayam yang dimasaknya langsung tidak dibasuh sebelum dimasak.

Ketika ditegur supaya mencuci peti sejuk, lelaki berkenaan dengan nada ceria menjawab, ‘hari-hari saya cuci encik’.

Jawapannya hanya disambut dengan senyuman daripada anggota penguat kuasa sedangkan kacang dal yang berada di dalam peti sejuk sudah mula tumbuh akar.

Pemeriksaan kebersihan itu kemudiannya beralih ke sebuah lagi restoran nasi kandar yang terletak di hadapan lokasi restoran yang sama.

Pegawai kesihatan mengesan lipas yang begitu banyak dalam stok tepung dan gula di sebuah premis nasi kandar.
Ketika melangkah ke satu ruangan yang dipenuhi bekalan tepung dan gula dalam restoran itu, didapati lipas dan pelbagai jenis serangga memenuhi kawasan tersebut.

Akibatnya, kedua-dua restoran berkenaan diarahkan tutup oleh JKNPP selama dua minggu.

Operasi setiap bulan

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi hampir tujuh jam itu mengakibatkan 22 premis makanan ditutup di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 34 premis diperiksa dan hampir 50 peratus daripadanya melibatkan kedai nasi kandar.

“Kesemua premis yang ditutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, sekiranya didapati bersalah, pemilik premis boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya dalam tempoh dua minggu ada antara pemilik premis yang berdegil, kami tidak akan teragak-agak dan akan mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

Operasi yang turut melibatkan Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan pejabat Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut mengeluarkan sebanyak 57 kompaun dan enam notis amaran dari KPDNKK.

Bermula Januari 2013 hingga Julai ini, sebanyak 96 premis ditutup atas kesalahan terlalu kotor di seluruh negeri ini sementara 3,288 telahpun diperiksa. Ku Nafishah berkata, pihaknya akan menjalankan risikan selama lima hari untuk melihat premis yang mana perlu diperiksa.

“JKNPP kami akan menjalankan operasi kebersihan ini setiap bulan sehinggalah memastikan premis makanan di Pulau Pinang mencatat tahap kebersihan yang sepatutnya,” katanya.sumber 

Macam yang MMI kata tadi hanya yang benar-benar tahan saja boleh berdepan dengan masakan yang semacam ini..Huhuhu tapi jangan risau banyak pilihan nasi kandar di Pulau Pinang sekarang yang penting buatlah pilihan dan cari yang benar-benar bersih.

Lagi menarik kalau ada kenalan di Pulau Pinang minta mereka tolong rekomen atau tunjukkan di mana kedai terbaik pasti ampa semua tak akan kecewa....

MMI

Wednesday, 17 July 2013

Apa ISTIMEWANYA Makanan Ini ??


Amacam gang ? Boleh buat juadah buka puasa ? Atau kejap lagi untuk sahur ka ?? Hahaha kompom anak gua lari hihihi....

MMI

Monday, 15 July 2013

Penangan CANDY CRUSH Bung Mokhtar Pun LALOK !!!


Hahahaha Bung Mokhtar pun boleh lalok dengan game ni..Hihihi Candy Crush ni kalau tak di tangani dengan baik boleh bikin orang jadi gila nih..Dengar cita dah ada yang sampai pakai baju logo candy crush huh hebat !!


Mengikut pos Zizie, suaminya itu mula berjinak-jinak dengan Candy Crush buat kali pertama sejak tiga minggu lalu. Sejak itu, Zizie mula mengepos beberapa gambar yang memperlihatkan Bung Mokhtar begitu khusyuk bermain permainan itu.

Malah dalam pos hari ini (15 Julai), Zizie mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan:  ‘Bini duduk sebelah pun dah x di pandang.I hate u Candy Crush!! Baca Selanjutnya 

Psst ada sapa-sapa nak bagi nyawa ka ???

MMI

Saturday, 13 July 2013

KECOH WAWA Tak Pakai Spender ?!!


wawa : mak, tadi abu dan kawan kawan buli wawa mak.
mak : kurang ajar tenuk tenuk neh. diorang buat apa dengan kau.
wawa : diorang suruh wawa panjat pokok kelapa tadi sebab diorang nk tengok sepender wawa.
mak : dah melampau neh. abis kau panjat la pokok kelapa tadi. seronoklah abu dengan tenuk tenuknya tengok sepender kau tu.
wawa : mak, dont worry mak. relax mak.
mak : relax tengkorak unyang kau. diorang dah tengok sepender kau, lagi mak nak relax ke.
wawa : mak jangan risau, hari neh wawa tak pakai sepender.
mak : APAAAAA !!!! (pengsan)

Jangan marah bro , saja kasi ringan kepala sikit .. Oh ya gambar kat atas tu bukan bukan wawa dalam cerita tu ye hihi 

MMI

Friday, 12 July 2013

Pasangan Seminggu Dah Berpisah !!


Puteri Awani Ahmad merupakan seorang pelajar biasa yang tidak dikenali sebelum ini. Tetapi baru-baru ini, kesilapannya memuat-naik video tersebut dan meletakkannya sebagai “public” dan boleh ditonton semua orang mengundang padah apabila dirinya dan pasangan teruk dikritik masyarakat yang tidak senang melihat gelagat pasangan tersebut. Berikutan itu, timbul beratus-ratus video parodi yang meniru apa yang dilakukan Puteri Awani di dalam video tersebut.

MMI ada memuatnaik video aksi cintan adik Puteri ni sebelum ni Klik Sini 

Berikutan itu Puteri Awani tampil melalui laman blog peribadinya memberikan penjelasan serta memohon maaf kepada semua yang merasa tidak senang hati dengan kehadiran video tersebut;

Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan cerita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia.

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :’) Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang .

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin cerita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah.

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa .

Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :’)

Di taip oleh jari-jari runcing Puteri Awani

Apa pun yang berlaku MMI nak berpesan kepada adik-adik kat luar sana tumpulah kepada pelajaran dulu sebolehnya..

Cinta sahaja tidak mampu membawa kebahagian kerana ia perlu seiring dengan ilmu yang kita miliki..

MMI

Tuesday, 9 July 2013

HOT Tu Dia Kisah Cinta Ka Ni ??


Aduhai menengok tahap kesetian yang budak ni bagi kepada balak dia membuatkan MMI rasa macam nak bercinta lagi lah hahahaha tapi rasa ja bukan betul-betul pun.Kepada adik-adik yang kat luar sana tu MMI nak pesan satu perkara ja kalau ikutkan daripada video cinta la sangat kat bawah ni mereka baru seminggu kenal.

Huh seminggu punya penangan dah siap boleh sumpah-sumpah dah , HEBAT !!



MMI

Apa Yang MENARIK Tentang Siaran Berita Di Timur Tengah Ini ??


Kalau diikutkan inilah kali pertama MMI menyaksikan penyampaian berita yang mempunyai cara tersendiri dan mungkin yang berlainan daripada penyampaian berita-berita sebelum ini.Rasanya mungkin selepas ini TV3 boleh cuba buat perkara yang sama dan sudah tentu ramai di kalangan masyarakat kita akan tertunggu-tunggu waktu Buletin Utama.Nak tahu kenapa tengok video kat bawah ni..



Menarik kan ? Cubalah ! Cubalah !

Psst katanya lepas ni ada video aksi 3D pula ! Siapa tu ? Siapa tu ?

MMI

Wednesday, 3 July 2013

Datuk Seri Reezal Nafi Tuduhan


Sebelum ni heboh di laman-laman media berita yang menyatakan Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal melangsungkan perkahwinan ketiganya dengan Mas Anizan dan MMI pun pernah mengeluarkan artikel berkenaan gosip tersebut Baca Sini

Namun seperti yang MMI nyatakan sejauh mana kebenaran gosip tersebut tidaklah dapat MMI sahihkan sehinggalah baru-baru ini Datuk Seri Reezal Merican mengeluarkan kenyataan menafikan berita dan gosip tersebut.

Orang putih kata, 'lies would have travelled half-way around the world before truth put its boots on'. Al kisah kes naya yang Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal  Merican kena tanggung.Ini gara-gara tersebar laporan blog-blog hiburan dan politik kononnya beliau sudah berkahwin tiga dengan seorang bekas artis.

Artis yang digembar-gemburkan menjadi isteri terbaharunya itu ialah Mas Anizan, bekas isteri Allahyarham ahli perniagaan dari Pahang, Datuk Ali Bapoo.

“Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya  itu menerusi “direct negotiation bukan menerusi  tender, tau” katanya dalam nada berseloroh.

“Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran,” tambahnya cara berjenaka lagi.

Reezal berkata demikian ketika ditemui wartawan Agendadaily di lounge kenamaan parlimen pagi Selasa.

Menurut Reezal, beberapa blog telahpun menarik balik laporan itu apabila menyedari bahawa ia tidak benar. Beliau juga berharap blog-blog lain yang masih belum berbuat demikian supaya melakukan perkara yang sama.

“Saya nak saman pun banyak sangat. Tetapi saya ingin tahu siapa yang memulakannya,” sumber 

Kepada semua yang kat luar sana kita sudah mendapat pengesahan dan jawapan dari tuan tubuh sendiri.Jadi muktamad Datuk Seri Reezal Merican tetap dengan statusnya.

Apa pun tahniah MMI ucapkan kepada Datuk Seri Reezal kerana mendepani isu ini dengan bersahaja tanpa melenting tak tentu pasal , bagi MMI ianya adalah sebahagian daripada rencah politik apabila Datuk Seri di tabalkan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas.

Teruskan usaha dan berkhidmatlah kepada rakyat khususnya di Kepala Batas dengan bersungguh-sungguh.

MMI

Labels