Mungkin penulisan kali ini agak berat bagi sesetengah mereka yang diluar sana , tetapi MMI berasa terpanggil untuk terus melontarkan pandangan memandangkan ia melibatkan mereka yang bernama Melayu.
Entah kenapa dan secara tiba-tiba artis ini boleh beraksi sedemikian seolah-olah maruah diri sebagai seorang isteri tidak lagi menjadi pegangan buat dirinya.
Maaflah kalau apa yang disebut ini menyebabkan si dia kurang selesa tetapi apakah kewajaran tindakan sebegitu dalam pada kita mengaku sebagai Melayu dan beragama Islam ?
Kepada yang kurang faham dengan apa yang MMI cuba sampaikan bolehlah klik di pautan bawah untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut SINI ..
Secara jujurnya inilah bahana yang sedang menimpa umat Melayu dan Islam di bumi Malaysia !
Dalam apa jua keadaan sekalipun , kita wajar melihat kembali kepada asas kita dan apakah natijahnya apabila satu-satu tindakan itu diambil.
Untuk rekod MMI pernah mengulas tentang isu yang hampir sama cuma dalam konteks yang lain iaitu politik.Kebimbangan yang MMI lahirkan itu bukan sengaja diada-adakan tetapi kerana memikirkan tentang kesannya kepada generasi , agama Islam dan bangsa kita Melayu.
Sedarlah bahawa terdapat dikalangan kita orang Melayu itu sendiri yang tidak lagi menganggap keterbatasan pergaulan dan hukum halal haram itu sebagai sesuatu yang WAJIB dipatuhi.Bersepah golongan ini melata diluar sana dan semakin hari mereka semakin bertambah.
Apa pun MMI percaya kepada hikmah ! Jika perlakuan atau tindakan itu tidak disertai dengan niat yang betul maka sudah pasti akan ada natijahnya.
Walaupun agak sibuk sikit semalam tapi MMI sempat menonton persembahan kumpulan Mojo yang begitu unik dengan menampilkan penyanyi buta bernama Azmi.Meremang segala bulu roma apabila menyaksikan kelunakan suara Azmi sewaktu menyampaikan lagu romancinta bersama-sama dengan Mojo dan Caliphbuskers.
Well secara terus terang MMI benar-benar teruja dengan persembahan tersebut dan sudah pasti ianya disebabkan oleh seorang penyanyi buta yang punya bakat istimewa.Walaupun tidak mampu menikmati keindahan serta keterujaan penonton , persembahan Mojo jelas bukan sahaja menarik malah membuktikan sesuatu kepada kita semua.
Siapa sangka dari seorang penyanyi jalanan tiba-tiba caliphbuskers muncul menggegarkan pentas Anugerah Juara Lagu ?
Malah mereka sendiri pun tidak pernah menyangka akan berdiri dan membuat persembahan di situ !
Well inilah dunia , kita jangan berbangga kononnya kitalah paling hebat kerana di luar sana mereka yang kita lihat lemah itu sebenarnya jauh lebih hebat dari kita.
Banyak pengertian daripada persembahan Mojo semalam .. So ampa semua terjemahkanlah mengikut cara masing-masing.
Kalau kita bersungguh dan gunakan bakat kita sebaiknya , kejayaan pasti ada !!!
Ampa tengok macam mana reaksi penonton .. SALUTE Edry KRU dan persembahan yang mantap dari Mojo & CaliphBuskers.
Bukan obses dengan apa yang berlaku tetapi mampu dijadikan renungan untuk kita semua sempena petang Hari Raya Aidil Adha.
Semuanya bermula dengan jemputan keatas pelakon Hollywood Ben Affleck untuk mempromosikan filem terbarunyaGone Girlyang bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam.
Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.
Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.
"(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,
“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.
Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan 'nasi tambah' pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.
Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.
“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”
Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.
Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya. Sila tonton Video di bawah ini untuk gambaran lebih jelas Ben Affleck pertahankan Islam.
Boleh buat carian di YouTube ...
Komen MMI ..
1.Ia mengingatkan MMI tentang Tun Mahathir satu ketika dulu
2.MMI bagi pujian kepada Ben , walaupun beliau bukan ISLAM tetapi mempertahankannya diwaktu pihak lain sedang cuba mengheret orang lain supaya percaya dengan dakyah YAHUDI mereka.
3.Terfikir juga kalau manusia semacam Ben boleh mempertahankan Islam kenapa masih ada orang kita sendiri lebih rela menyerahkan Islam itu untuk dicanai oleh mereka yang sedang memerangi kita dalam diam.
Tu dia apa jadi agaknya kalau Nora Danish si artis cun melecun ni jadi pegawai khas pak menteri ? Boleh jadi datin-datin kat rumah tak senang duduk rasanya hihi maklumlah dato kat pejabat dengan pegawai khas yang macam ni mau cair bro.
Tapi kepada semua datin-datin jangan risau Nora Danish tak jadi pegawai khas kepada mana-mana pak menteri pun cumanya dia tengah berkawan dengan seorang anak pak menteri yang baru-baru ni di lantik jadi pegawai khas bapak sendiri.
Sapa lagi kalau bukan anak si Nazri Aziz tu.Romantik sungguh noo apa pun berkawan elok-eloklah , MMI doakan semoga semuanya baik belaka.
Hari ini dunia hiburan tanahair kecoh gara-gara berita penceraian pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini bercerai talak satu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) . Berita itu dilaporkan oleh salah satu stesen radio terkemuka tanahair.
Ada juga desas desus mengatakan penceraian itu banyak berpunca dari munculnya seorang wanita dalam hidup Aidil yang dikenali sebagai Zarema yang juga anak bekas ADUN malah Rita turut meluahkan rasa hati yang bengang dengan kewujudan wanita tersebut.
Bagi mendapatkan kesahihan berita ini, Aidil Zafuan yang ditemubual namun enggan mengulas lanjut tentang isu itu dan hanya meminta supaya semua pihak menunggu jawapan dari perbicaraan di mahkamah.
“Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti,” katanya memilih enggan mengulas mengenai cerita cerai sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang.
“Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti,” tambah Aidil Zafuan lagi.
“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil,”
“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya.” ujar Rita Rudaini ketika ditemubual oleh wartawan Berita Harian.
Untuk makluman MMI bukannya nak menjaga tepi kain orang cumanya di saat bulan baik dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis nanti berlaku pula pergolakan rumah tangga pasangan ini.
MMI sedih kerana mengenangkan anak-anak mereka yang sudah pasti akan turut merasa tempiasnya di saat rakan sebaya mereka menyambut Hari Raya dengan keluarga masing-masing.
Walau apa pun yang berlaku MMI harap Rita tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Jika sebelum ini Aeril Zafrel pernah dikaitkan bercinta dengan Ummi Nazeera namun masing-masing memberitahu bahawa tiada apa yang berlaku, kini Aeril Zafril dikaitkan pula dengan artis yang semakin meningkat naik, Wawa Zainal.
Gosip tersebut dengarnya bermula selepas masing-masing digandingkan di dalam filem terbitan MIG berjudul “7 Petala Cinta” tahun lalu, namun tiada pengesahan dari mereka berdua & masing-masing dengarnya pandai menyimpan rahsia sehingga tiada siapa dapat menghidu bahawa mereka kini benar-benar bercinta.
Apa yang menguatkan cerita tersebut adalah Wawa Zainal sanggup meninggalkan keretanya kepada Aeril ketika pulang ke kampung di Lahad Datu, Sabah dan Aeril Zafrel pula bersedia membayar ganti rugi di atas kehilangan kereta yang dijaganya itu.
Namun bukan bab bercinta yang MMI nak kongsi dengan semua tapi bab sikap manusia ni khususnya orang-orang kita yang suka sangat main jalan belakang.
Menurut laporan Wawa Zainal kini berada di Sabah hampir sebulan kerana menjalani rawatan tradisional.Beliau di beritakan terkena buatan orang sehingga menjejaskan kesihatan serta keupayaannya untuk menjalani pengambaran dan kerja-kerja yang perlu beliau lakukan.
Walaubagaimanapun Wawa Zainal memberitahu yang dirinya kini semakin pulih selepas menjalani rawatan tradisional akibat terkena buatan orang dan banyak berehat di Sabah sepanjang bercuti.
Tak nafilah bila dah jadi public figure ni macam-macam cara orang buat kalau dah dengki dengan kita so kepada semua kat luaq sana hati-hati sama no zaman sekarang ni bukan setakat buat sihir-sihir tapi dah sampai ke tahap tembak bagi mati terus.
Kena ingat brader tak ada AKTA apa -apa untuk charge puak-puak yang suka pakai sihir ni tapi ada sorang kawan bagitau yang ada AKTA pun tak boleh nak charge Oh betoi juga hmmm...
HAFIZ Hamidun bukan orang baru dalam industri muzik tempatan. Dia pernah menyertai kumpulan nasyid UNIC dan menghasilkan beberapa buah album sejak tahun 2003. Antaranya berjudul See You Di IPT dan Satu Tekad terbitan Hijjaz Music Entertainment.
Malah sejak 2007 penyanyi irama nasyid dan ketuhanan berusia 29 tahun ini juga telah menghasilkan tiga album solo termasuk yang terbaharu bertajuk Zikir Terapi Diri terbitan syarikatnya sendiri, Arteffects Production.
Sepanjang menyertai UNIC dan menghasilkan dua album solo, ramai yang kurang memberi perhatian kepada Hafiz. Kalau dulu mungkin ada yang bertanya, siapa Hafiz Hamidun?
Bagaimanapun pada 15 November 2012 , penyanyi ini telah membuka mata banyak pihak apabila dia berjaya mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun.Klik Sini
Konsert yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur itu mendapat sambutan dengan disaksikan 2,600 peminat. Ramai yang terkejut dan kagum kerana Hafiz mampu mengadakan konsert berskala besar itu meskipun tanpa banyak pihak yang sudi menajanya.
Sambutan itu antara lain disebabkan oleh lagu-lagu dan album yang telah dihasilkan. Konsert itu juga secara tidak langsung telah mendedahkan banyak kejayaan yang telah dicapainya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkin ramai yang tidak tahu atau kurang perasaan dengan pencapaian-pencapaiannya itu.
Penyanyi berasal dari Teluk Intan, Perak ini misalnya dilihat telah membuat beberapa anjakan dalam persada muzik tanah air dan dikatakan penyanyi tempatan paling cemerlang pada saat ini.
Ini dapat dilihat berdasarkan jualan album Zikir Terapi Diri dalam bentuk cakera padat yang melebihi 80,000 unit dalam masa 10 bulan. Album itu turut tersenarai sebagai paling laris di Malaysia bagi tahun 2012 dan menjadi satu rekod baharu serta penanda aras bagi industri muzik tempatan pada hari ini.
Pada ketika ini tidak ramai penyanyi tempatan yang mampu membuat penjualan album sebanyak itu termasuk Datuk Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai penyanyi nombor satu negara.
Album itu juga menduduki tangga teratas paling laris di iTunes di Malaysia dan Asia, sebaris dengan nama-nama besar lain dalam industri muzik dunia.
Fakta itu berdasarkan pencarian di iTunes yang mendapati album itu turut dimuat turun di Mexico, Jepun, Uganda, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Album Zikir Terapi Diri turut dicalonkan untuk dua kategori iaitu Rakaman Album Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) yang lalu.
Dalam era muzik yang sentiasa berkembang, elemen muzik berkonsepkan world music yang sarat dengan unsur ketuhanan dilihat dekat dengan para pendengar. Tidak kira pendengar beragama Islam mahupun yang bukan Islam juga mudah untuk menghayati irama muzik Hafiz.
Senario itu mungkin ada kaitannya dengan trend world music yang bertemakan keIslaman seperti yang telah banyak diketengahkan penyanyi dari luar negara seperti Maher Zain, Sami Yusuf, Irfan Makki, Zain Bikha dan Hamza Namira.
Irama itu juga tidak lagi dilihat stereotaip seperti dulu malah pendekatan dalam lirik lagu juga diperluaskan dan meliputi isu-isu kemanusiaan sejagat.
Apatah lagi lagu-lagu Hafiz banyak yang berunsurkan zikir seperti Ya Latif, Astaghfirullah, La Hawla Wa La, Tawbatan Nasuha, Subhanallah, Alhamdulillah dan Lawkana Bainana amat sesuai diamalkan oleh para pendengar beragama Islam.
Selain berbentuk hiburan, lagu-lagu itu juga boleh dijadikan amalan beribadah dalam kehidupan seharian.
Kemunculan semula Hafiz yang lebih menyerlah berbanding dulu itu harus diberi perhatian ramai. Mungkin bekas pengacara rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 itu akan membawa suatu anjakan baru dalam industri muzik tempatan.
Ironinya, kemunculan paling menyerlah Hafiz pada Konsert Zikir Terapi Diri itu sempena sambutan tahun baru Hijrah 1434. Sebabnya pada 1997, kumpulan nasyid Raihan pernah mengejutkan industri muzik tanah air apabila album sulung mereka, Puji-Pujian dijual lebih 750,000 unit dan rekod itu belum dipecahkan sehingga kini. Album itu diedarkan di pasaran pada Ramadan tahun itu sempena mengambil berkat bulan tersebut.
Justeru, diharap seiring Hafiz mampu membawa anjakan baru terhadap trend penerimaan lagu-lagu berunsurkan keIslaman dan ketuhanan di kalangan karyawan serta peminat muzik tanah air.
Berikut merupakan klip video daripada Hafiz Hamidun yang paling MMI suka ..
Jangan lupa Album Zikir Terapi Diri 2 telah di lancarkan petang ini.TERBAIK !!
Heboh sana sini orang dok hebohkan pasal Ostazah Segera Abby Abadi yang membawa suami baru dinikahi 12 hari yang lalu.
Tahniah diucapkan kepada Abby dan suami barunya dan takziah diucapkan kepada mana-mana pemimpin & penyokong PAS yang ada terniat di hati untuk tackle Ostazah Segera ini.
Ramai orang bercerita sana sini, semalam saya sempat pergi ke ceramah Dato Takiyuddin di Kuala Besut. Berborak dengan seorang kenalan baru berkenaan suami muda Abby yang berusia 24 tahun tersebut.
Katanya suaminya itu merupakan student yang baru lepas graduate dan paling memeranjatkan beliau adalah seorang ahli UMNO di dalam Pemuda.
Jeng jeng jeng....
Adakah kisah ini benar ataupun tidak, saya tak tau lah nak nafikan ataupun tidak. Tapi mungkin Abby sendiri boleh memberi jawapannya kelak kepada seluruh rakyat Malaysia melalui Instagram nya. Betul tak Ostajah Abby? Hi hi hi .. sumber
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.
“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.
“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.
"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.
Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.
“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya."Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.
Apa pun tahniah buat Abby semoga lepas ni tak meroyan meraban lagi..
Pada PRU-13 lepas umum mengetahui ada sekelompok artis yang sudah hilang seri popularitinya terlibar secara aktif membantu kempen parti pembangkang seperti PAS dan PKR. Jumlahnya boleh dikira dengan jari tapi bagi pembangkang kehadiran artis-artis ini dikira satu publisiti murahan untuk kempen mereka.
Antara artis yang terlibat itu termasuklah bekas pelawak yang dikenali sebagai Bob Lokman yang kini menjadi ostad jadi-jadian serta Leman Raja Lawak, pelakon filem seperti Hairie Othman, Pak Jambit, Mustapa Kamal dan Abby Abadi serta penyanyi Faisal Tahir, Aisyah dan Dayangku Intan.
Dua daripada mereka yakni Aisyah dan Dayangku Intan telah diangkat sebagai calon PAS dan PKR tetapi tewas, namun ia tetap satu peningkatan taraf berbanding sebelumnya hanya berceramah, manakala yang lainnya menjadi penceramah jemputan sebagai satu daya tarikan yang tak berapa nak menarik.
Di antara kesemua mereka ini, Abby Abadi boleh dikira paling kontroversi kerana tangan gatalnya yang gemar tweet sana sini dengan komen separa masak dan tak cerdik, sementara Bob Lokman pula diingati ramai disebabkan pernah mengkafirkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura.
Samada Abby mahupun Bob Lokman, kini kedua-duanya sudah tenggelam selepas berakhirnya PRU-13, semacam sudah hilang peranan dalam PAS seolah-olah habis madu sepah dibuang atau lebih tepat lagi selepas diperalatkan oleh PAS masing-masing kini hidup umpama kain buruk yang terbuang.
Malah menjelang hari pengundian 24 Julai 2013 untuk PRK DUN Kuala Besut juga sampai kini nama mereka langsung tak kedengaran, kecuali Aisyah yang ada juga satu dua slot berceramah tapi yang lain-lainnya senyap sunyi macam sudah ghaib dari dunia politik yang baru setahun jagung mereka kenali.
Barangkali PAS tahu nasibnya dalam PRK DUN Kuala Besut amat kelam dan tak mustahil jurang perbezaan undi majoriti yang memihak kepada BN akan lebih besar berbanding sebelumnya, mungkin itu faktor utama kenapa PAS terpaksa melupakan selebriti artis yang bukan kepalang upah khidmat bakti mereka.
Tapi kot iya pun dah tahu kemungkinan besar akan kalah teruk, setidak-tidaknya bagilah peluang semua artis pro pembangkang yang malang itu beberapa slot ceramah, supaya ada juga sekupang dua wang poket buat meringankan bebanan kehidupan.
Tapi inilah hakikat politik terutama sekali melibatkan PAS, waktu masih baru dan fresh bukan main lagi diusung ke sana ke mari sampai tak cukup tidur dibuatnya mengelilingi negara demi menabur bakti untuk parti, alih-alih kain buruk juga jadinya.
Itulah agaknya sebab utama yang mengakibatkan bekas pelakon filem Leftenan Adnan melenting tak keruan baru-baru ini apabila kehidupannya selepas PRU-13 terumbang ambing sehingga terpaksa merayu meminta simpati PAS supaya prihatin dengan nasib yang menimpa dirinya.
Dulu-dulu sewaktu menjadi artis sepenuh masa, baik Hairie mahu pun artis yang lain adalah juga kerjanya mencari rezeki walau tak kerap menerima tawaran berlakon atau undangan menyanyi sekurang-kurangnya tidaklah sampai mati kutu dibuatnya macam sekarang terbiar tanpa pembelaan selepas selesainya PRU-13.
Kasihan, tapi dah nasib badan akibat mudah tertipu dengan propaganda PAS, terima sajalah. Harapnya tak usahlah para artis yang pernah tertipu dengan janji manis PAS sebelum ini terlalu melayan sangat rasa kecewa.
Tak dapat cari makan melalui PAS atau di negeri yang ditadbir PR tak mengapalah. Manalah tahu kot selepas ini dek kerana pernah berkhidmat bersama PAS dulu kemudiannya mendapat pembalasan menerima ‘kunci syurga’ bukankah berbaloi namanya tu, tak gitu? sumber
Tak pastilah minah ni jenis apa sebab menengok daripada tingkah lakunya tak semacam manusia bernama Melayu.Tindakan demi tindakan yang minah ni buat sebenarnya memberikan tanggapan buruk kepada bangsa Melayu itu sendiri.
Mungkin kerana masih muda dan merasakan diri dah jauh terkenal maka segala yang di terapkan oleh kedua ibu bapa sebelum ini di persetankan.
Rasanya tak perlu MMI komen banyak-banyak sebab manusia jenis ni bukan reti faham.Rasanya dah sampai masanya pihak berwajib mengambil tindakan contohnya kementerian penerangan "banned" minah ni supaya jadi pengajaran kepada yang lain.
Sebagai artis minah senget ni perlu ingat akan ada peminat serta pengikut di kalangan anak muda yang mungkin akan terpengaruh dengan segala tindakan bodoh lagi bangang yang beliau lakukan.
Sebelum ni heboh di laman-laman media berita yang menyatakan Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal melangsungkan perkahwinan ketiganya dengan Mas Anizan dan MMI pun pernah mengeluarkan artikel berkenaan gosip tersebut Baca Sini
Namun seperti yang MMI nyatakan sejauh mana kebenaran gosip tersebut tidaklah dapat MMI sahihkan sehinggalah baru-baru ini Datuk Seri Reezal Merican mengeluarkan kenyataan menafikan berita dan gosip tersebut.
Orang putih kata, 'lies would have travelled half-way around the world before truth put its boots on'. Al kisah kes naya yang Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican kena tanggung.Ini gara-gara tersebar laporan blog-blog hiburan dan politik kononnya beliau sudah berkahwin tiga dengan seorang bekas artis.
Artis yang digembar-gemburkan menjadi isteri terbaharunya itu ialah Mas Anizan, bekas isteri Allahyarham ahli perniagaan dari Pahang, Datuk Ali Bapoo.
“Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya itu menerusi “direct negotiation bukan menerusi tender, tau” katanya dalam nada berseloroh.
“Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran,” tambahnya cara berjenaka lagi.
Reezal berkata demikian ketika ditemui wartawan Agendadaily di lounge kenamaan parlimen pagi Selasa.
Menurut Reezal, beberapa blog telahpun menarik balik laporan itu apabila menyedari bahawa ia tidak benar. Beliau juga berharap blog-blog lain yang masih belum berbuat demikian supaya melakukan perkara yang sama.
“Saya nak saman pun banyak sangat. Tetapi saya ingin tahu siapa yang memulakannya,” sumber
Kepada semua yang kat luar sana kita sudah mendapat pengesahan dan jawapan dari tuan tubuh sendiri.Jadi muktamad Datuk Seri Reezal Merican tetap dengan statusnya.
Apa pun tahniah MMI ucapkan kepada Datuk Seri Reezal kerana mendepani isu ini dengan bersahaja tanpa melenting tak tentu pasal , bagi MMI ianya adalah sebahagian daripada rencah politik apabila Datuk Seri di tabalkan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas.
Teruskan usaha dan berkhidmatlah kepada rakyat khususnya di Kepala Batas dengan bersungguh-sungguh.
Ampa semua masih ingat dengan nama Mas Anizan ? Haa pasti ada setengahnya dah lupakan ? Untuk rekod Mas Anizan ni dulu pernah bergelar pelakon masa era 90 an dulu lah.Cerita atau filem apa yang di berlakon MMI sendiri kurang pasti ampa pakat-pakat cari di google tengoklah.
Untuk makluman MMI bukan nak cerita tentang filem apa dia berlakon tetapi tentang satu cerita yang MMI labelkan sebagai GOSIP kerana tak pasti sejauh mana kesahihannya.
Menurut sumber di katakan Mas Anizan ni bakal berkahwin dengan seorang Ahli Parlimen yang baru-baru ini telah menang dalam pilihanraya.Uiii siapa tu ??
Berita yang MMI terima menyatakan pasangan yang di maksudkan itu adalah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas.
Seperti yang semua sedia maklum Datuk Seri Reezal sebelum ini sudah pun mempunyai 2 orang isteri.
Isteri pertamanya adalah Datin Ismalina Ismail, 41 tahun dan isteri keduanya seperti yang diketahui umum adalah pelakon yang pernah popular suatu ketika dulu iaitu Sharifah Norhaslinda atau lebih dikenali Lin dan mereka telah berkahwin pada 20 Mac 2005 dalam satu majlis yang agak ringkas yang diadakan dekat Cheras Kuala Lumpur.
Datin Ismalina Ismail ni merupakan bekas Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Pengarah Eksekutif Puncak Seni Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat pembinaan dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata.
Kalau tak salah dahulunya Mas Anizan ni pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Allahyarham Datuk Ali Bapoo tetapi jodoh Mas Anizan dengan arwah suaminya tidak panjang apabila Ali Bapoo meninggal dunia pada 19 Mei 2008 akibat serangan angin ahmar.
Namun seperti yang MMI catatkan di atas sana , sejauh mana kesahihan berita ini masih belum dapat di sahkan dan MMI akan cuba untuk dapatkan maklumat lanjut.
Bagi MMI mudah , dalam soal berumah tangga ini sekiranya seseorang itu mampu dan layak malah di tambah pula dengan keizinan daripada isteri-isteri sebelumnya maka ianya sememangnya di bolehkan.Tidak ada salahnya di situ.
Kepada Datuk Seri Reezal sekiranya gosip malam jumaat ini benar maka MMI ingin mengucapkan sekalung tahniah dan selamat pengantin baru.
Dan sekiranya ianya tidak benar maka MMI menyusun sepuluh jari memohon maaf kerana gosip ini mungkin mengganggu urusan seharian Datuk.
Semalam sahabat blog MPP ada mengeluarkan cerita tentang mamat superman ni..Siapa yang tak kenal dengan mamat superman ni ye tak , dulunya pernah menggemparkan dunia hiburan apabila dia buat gila atas pentas buka baju semua.Mungkin masa tu terlalu obses kot dah ingat jadi penyanyi kat Malaysia ni macam penyanyi di luar negara sana .
sekarang ni macam-macam dok meroyan katanya kena banned dengan pihak-pihak tertentu siap curah perasaan dalam tweeter lagi.Ada juga yang kata sebab dia ni dok ikut puak-puak pembangkang.Ish ni mesti kes nak salahkan kerajaan lagi ni . Baca Sini
MMI pun sambil-sambil dok pekena kopi petang-petang ni belek-belek la tengok betul ka mamat ni kena banned ! Belek punya belek last sekali jumpa laa dia bukan kena banned beb !!!
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah di’gam oleh stesen televisyen di’bawah Media Prima.
“Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali”
“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di’gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini,” jelas Ahmad Izham Omar.
Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan & beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak.sumber
Habis yang mamat ni dok meroyan tu kenapa ???? MMI rasa mungkin sebab kurang undangan buat persembahan kot.Macam ni lah kalau dah orang tak mau undang buat persembahan jangan la kita dok main tuduh tak ketahuan.Bukan salah sapa-sapa jadi lagu tu dah orang tak mau nak buat lagu mana !!!
Tu dia lagi insiden runtuh setelah 2 kejadian sebelum ini yang benar-benar menggemparkan di Pulau Pinang.Malah seluruh rakyat Malaysia sebenarnya turut terkejut dengan apa yang berlaku apatah lagi ianya melibatkan kehilangan nyawa.Baca SINI & SINI.
Apa pun insiden runtuh yang bakal MMI catatkan nanti rasanya sedasyat kejadian runtuh sebelum ini malah mungkin lebih teruk dari itu.Paling pasti gambar kat atas sana tu hanyalah sekadar hiasan dan insiden runtuh ini bukannya melibatkan sebarang menara mahupun mana-mana kerja-kerja pembinaan.
Runtuh yang MMI maksudkan adalah MORAL anak-anak muda hari ini yang pada pandangan MMI harus juga di berikan perhatian serius seperti mana kita memberikan perhatian terhadap insiden-insiden yang MMI catatkan diatas.
Bukan itu sahaja dunia penuh glamour para artis juga turut menyumbang kepada insiden RUNTUH ini.Buat sedikit carian di bawah label artis di blog MMI anda akan menyaksikan antara ragam para artis yang kadang-kalanya menjelekkan kita khususnya orang-orang Melayu dan beragama Islam.
Terkini adalah perihal seorang artis yang tak kurang hebat seksinya sampaikan ke tahap......Huh tengok dan baca sendirilah !!
Mungkin akan ada yang kata MMI ni dok busy body ape hal ? Bukan busy dik , MMI cuma menjalankan kewajipan untuk menyedarkan mereka yang mungkin kini alpa tentang siapa kita.Kalau ada yang nak marah-marah tu MMI terima sekurang-kurangnya MMI bersuara.
Psst sayangkan kalau negara dah maju tapi bangsa kita makin RUNTUH ?!!
Huh tercemar lagilah Malaysia apabila berita menyatakan bekas Miss Malaysia ni sekarang jadi pelacur jalanan pula.Bukan itu sahaja selain dari jadi pelacur Miss Malaysia ni turut jadi mak ayam sekitar Kuala Lumpur.Tu dia aih bukan setakat di jalanan pusat-pusat karaoke pun dia balun.
Aktres dan penyanyi jelita Soo Wincci mengakui dia telah menyamar menjadi pelacur di pusat karaoke sekitar Kuala Lumpur demi menjiwai watak pelacur dan mak ayam sebelum menjalani penggambaran filem "Sindiket".
Dipetik daripada laporan Malaysian Digest, bekas Ratu Malaysia ini memberitahu watak yang bakal dipegangnya itu mencabar kewibawaannya sebagai pelakon dan disebabkan itu dia perlu melakukan 'kerja rumah' sebelum menjayakan filem terbaru arahan Bade Haji Azmi itu.
"Watak ini memang mencabar bagi saya. Kerana kali ini bakal menampilkan personaliti yang berbeza. Saya perlu menjadi seorang yang jauh dari imej Soo Wincci ataupun bekas ratu cantik. Kalau untuk drama Cina, pernah juga saya bawa watak berat seperti watak perempuan gila. Namun kali ini lebih mencabar iaitu seorang pelacur dan kemudian menjadi mak ayam," ujarnya.
Wincci pernah meminta rakannya untuk membawa ke lokasi seperti di Jalan Chow Kit dan pusat karaoke KTV sekitar Kuala Lumpur bagi membolehkannya melihat sendiri golongan mereka itu bekerja.
"Di sana saya kena menyamar sebagai pelacur. Rasa takut juga. Walaupun menyamar tapi saya memang buat kerja rumah ini betul-betul. Saya minta bantuan dikalangan kawan lelaki. Saya menyuruh mereka temankan saya. Saya buat seperti melayan mereka, padahal semua yang kami lakukan hanyalah pura-pura. Daripada hasil itu, saya perlu buat satu laporan dan berikan pada pengarah," katanya lagi.
"Sindiket" yang mengisahkan isu perdagangan manusia turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.
Hahaha jangan marah na biasa gang malam-malam ni kita santai sikit , cuma MMI nak kongsi dengan semua 2 perkara.
Pertama kalau dah si Wincci ni boleh buat latihan dekat tempat-tempat maksiat tu dan mengakui di situ adanya ayam-ayam maka pihak berkuasa tunggu apa lagi ? Pi lah cari Wincci dan soal dia kat mana dan sebagainya supaya tindakan boleh di buat.Tapi MMI pun tak pastilah sejauh mana kat belah Selangor dengan Kuala Lumpur ni sebab PKR perintah.Dulu Hasan Ali nak cegah bab arak pun kena sailang.
Keduanya Wincci pi buat latihan sebab dia nak berlakon tapi ada sorang lagi dia bukan buat latihan dan dia bukan berlakon...dia balun kaw-kaw punya siap ada rakaman video lagi..Emmm sapa aaaa ????
Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri kecewa dengan sikap pemilik pawagam di negara ini yang tidak sensitif apabila menayangkan filem-filem tempatan pada waktu Maghrib.
Ahmad Idham berkata, keadaan itu turut berlaku terhadap filem terbitannya iaitu Lari di mana terdapat beberapa pawagam menayangkan filem itu pada pukul 7 malam sehingga menimbulkan kemarahan segelintir pihak.
"Isu ini sebenarnya sudah lama berlaku dan saya mahu bercakap tentang perkara ini apabila sudah tidak tahan disindir dan ada kalanya dimaki oleh peminat-peminat seolah-olah saya tidak menghormati waktu Maghrib.
"Sedangkan penetapan waktu tayangan bukan ditetapkan oleh saya, tetapi oleh pihak pawagam itu sendiri.
"Bukan filem saya sahaja yang menjadi mangsa keadaan, sebaliknya juga filem-filem tempatan lain,” katanya.
Terdahulu Ahmad Idham pada Isnin telah meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi laman sosial Twitter dengan mengatakan dia tidak faham kenapakah pihak pawagam meletakkan masa tayangan filem-filem Tempatan pada pukul 7 petang, waktu di mana umat Islam menunaikan solat Maghrib.
Tambah penerbit syarikat produksi Excellent Pictures itu lagi keadaan berkenaan membuatkan seolah-olah pihak pawagam seperti tidak menghormati umat Islam.
"Saya rasa bukankah lebih elok kalau tayangan filem Melayu diakhiri pada pukul 6 petang dan kemudian disambung semula pada pukul 8 atau 8.30 malam memandangkan tempoh masa solat Maghrib begitu singkat,” katanya.
Dalam pada itu Ahmad Idham turut menegur Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kerana tidak mengambil berat hal berkenaan selain meminta pihak berkenaan agar mengkaji semula isu masa tayangan filem-filem tempatan di bawah Syarat Wajib Tayang.sumber
Walaupun ianya sudah lama berlaku dan baru kini gesaan seperti ini di buat , kita harus menyokong sekurang-kurangnya ianya sudah berlaku.Banyak pihak kena main peranan ini bagi memastikan apa yang dinyatakan oleh Ahmad Idham menjadi kenyataan.
Rasanya tidak salah untuk kita bersantai sambil menonton cuma lebih baik sekiranya pihak pawagam menghormati waktu solat orang Islam.
MMI baru mendapat berita ni semalam , aisey artis putih gebu ni masuk hospital katanya.Sakit apanya ?? Ada sumber yang kata dia masuk sebab terlalu putih !! Aii putih sangat pun kena penyakit juga ker ??
Kata sumber itu lagi, Adira telah dimasukkan ke pusat perubatan Damansara Specialist Centre, Damansara Utama setelah dia dikatakan lemah dan terjatuh pada malam Jumaat yang lepas. Malah, ada yang terserempak dengan Naib juara Akademi Fantasia Musim 8 ini dan melihat dia seperti dalam keadaan kurang sihat.
Ohh kurang sihat sikit jadi tak ada apa lah sangat ye tak !! Kalau nak tau perkembangan selanjutnya boleh baca kat SINI
Kepada yang selalu singgah di blog MMI ni , janganlah terkejut pula sebab MMI letak cerita tentang Adira ni bukan apa kadang-kadang saja nak santai sikit.Maklumlah asyik politik jer kan !!
Lagu Ombak Rindu peh terbaik...Tapi sebab Adira sakit jom kita layan Cassidy Anderson nyanyi..
Setakat tengahari tadi MMI mendapat berita dari rakan blogger yang mengatakan ramai rakyat Malaysia termasuk yang muda-muda sudah lupa kepada jasa seorang pejuang tanahair iaitu Leftenan Adnan Saidi.Apa benarkah berita yang MMI terima itu ? Untuk mendapatkan sedikit kepastian , MMI membuat sedikit pencarian untuk mengetahui sejauh mana berita yang disampaikan itu benar.
Melalui saluran yang paling mudah sahaja iaitu internet berlambak cerita tentang Leftenan Adnan Saidi seorang anak muda yang gagah dan berani serta sanggup mati mempertahankan tanahairnya daripada penjajah Jepun sewaktu perang dunia kedua.Malah Leftenan Adnan Saidi turut di geruni oleh tentera jepun kerana semangat melawannya.Selebihnya ampa cari lah naa...
Jadi MMI rasa kalau di saluran semudah internet pun ianya mudah didapati mengapa timbul isu rakyat Malaysia dah lupa jasa Leftenan Adnan ? MMI selidik lagi dan akhirnya benarlah apa yang di perkatakan itu.
Tapi MMI langsung tak rasa gundah gulana kerana rasanya memang patut pun sebab Leftenan Adnan ni jauh sangat bezanya dengan Leftenan Adnan Saidi.
Alalala cianye die...Kihkihkih nampak sangat lah , kalau betullah dia ni pejuang kenapa nak meroyan kalau orang dah tak jemput ? Alo brader dari dulu lagi orang dah cakap puak-puak tu pergunakan ang saja !
Lagi satu kalau dah meroyan tahap gaban ni maksudnya dulu ada masyuk sekarang dah tak masyukkkkkk kihkihkih...Alo brader pejuang tak boleh marah tau !!!