Followers

Friday 9 March 2012

Terkini - Azizan Razak Bantah Penubuhan Jawatankuasa Pemantau


Datuk Seri Azizan Razak Menteri Besar Kedah hari ini membantah penubuhan jawatankuasa pemandu yang diwujudkan oleh pihak Pas Pusat kononnya bagi memantau negeri Kedah di bawah pentadbiran beliau.Semuanya bermula apabila isu lantikan exco negeri yang menyaksikan 2 orang ahli exco tidak mahu menerima lantikan semula.Kes tersebut seterusnya melibatkan pimpinan Pas Pusat masuk campur bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Setelah satu perbincangan diadakan diantara pihak-pihak terlibat maka kemelut tersebut dianggap selesai dengan 2 orang exco tersebut menerima lantikan dan pihak Pas Pusat kemudiannya menubuhkan satu jawatankuasa pemandu.Klik Sini untuk berita lanjut.

Namun hari ini timbul persoalan daripada Datuk Seri Azizan Razak sendiri berkenaan apa tujuan dan fungsi jawatankuasa ini ditubuhkan ? 

Dalam masa yang sama beliau turut menyatakan penubuhan jawatankuasa pemandu seperti ini tidak terdapat dalam perlembagaan negeri Kedah itu sendiri.

Sewaktu ditemubual oleh wartawan dikediamannya siang tadi Datuk Seri Azizan Razak sempat bertanya undang-undang mana yang mereka pakai ? 

Ini merupakan satu mesej jelas bahawa tindakan yang diambil oleh Pas Pusat ternyata tidak disegani oleh Datuk Seri Azizan Razak sendiri selaku Menteri Besar Negeri Kedah.Bahkan ianya boleh dilihat sebagai satu usaha pihak-pihak tertentu untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Yang pasti sesuatu sedang berlaku di Kedah yang dilihat dalam sedikit masa lagi akan menjadi lebih besar.MMI optimis rakyat akan terkejut dengan ledakan gunung berapi yang sudah tidak dapat dibendung lagi melibatkan parti Pas,Bila ? Masa saja yang menentukan..Tungguuuuuuu..

Mungkin juga juak-juak Pas tak senang dengan Datuk Seri Azizan Razak yang selalu dilihat memakai songkon hitam !!

Psssttt Dengar-dengar kata Mat Sabu nak jadi Menteri Besar Kedah,betul ke ??????

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels