Followers

Thursday 5 July 2012

SERAM ! Ganguan Hantu Raya Di Laporkan Semakin Menjadi-Jadi Di Ibu Kota


Heboh sudah di seluruh negara menceritakan berkenaan ganguan hantu raya yang dilaporkan semakin menjadi-jadi di Ibu Kota.Di khabarkan sudah ada mereka-mereka yang angkat kaki kerana tak tahan melihat kelibat dan ganguan yang sering dilakukan oleh apa yang disebutkan sebagai hantu raya tersebut.

Jika benarlah ganguan ini berlaku maka sudah semestinya seluruh penduduk di ibu kota berada dalam keadaan kurang selesa kerana boleh menyebabkan tekanan perasaan malah gangguian emosi kepada mereka-mereka yang merupakan penghuni tetap di ibu kota seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

Tetapi MMI dimaklumkan gangguan ini bukan saja menyebabkan mereka-mereka di Kuala Lumpur dan Selangor bahkan sudah sampai ke seluruh negara.

Namun hantu raya yang MMI maksudkan adalah SUARAM sebuah badan yang kononnya memperkenalkan diri sebagai NGO tetapi dalam masa yang menjadi hantu raya kepada Pakatan Haprak.

Kumpulan ini menyatakan bahawa mereka adalah organisasi bebas,sebenarnya hanyalah salah satu daripada “kawan-kawan” Anwar. Kumpulan tersebut sering menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan perkara yang bermotifkan politik dengan mengembalikan isu Scorpene – namun, Suaram tetap cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan fakta di mana mereka bekerjasama bersama Anwar.

Walaupun laman web mereka tidak menyatakan identiti sebenar mereka.Setelah diteliti, Suaram sebenarnya dipenuhi oleh orang PKR. Jadi, mereka sebenarnya hanyalah pihak pembangkang.

Antara mereka termasuk aktivis kanan organisasi Suaram, Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah, ahli Majlis Tertinggi PKR Irene Fernandez, anggota ADUN PKR, Elizabeth Wong dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin. Ahli-ahli Suaram yang lain di Suaram termasuk Ahli Parlimen DAP dan pegawai-pegawai kanan Parti Sosialis Malaysia – kedua-duanya sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel juga merupakan ahli majlis perbandaran di Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Jadi, Suaram sememangnya Pakatan Rakyat. Mungkin ini menjelaskan mengapa dalam beberapa bulan kebelakangan ini,terbuktilah mengapa mereka tidak bertindak sebagai sebuah organisasi bebas, tetapi sebagai sebuah parti politik bagi menghadapi pilihan raya.

Namun, bagi mereka yang inginkan kebenaran, terdapat beberapa perkara yang perlu kita tahu terhadap isu yang dikeluarkan oleh Suaram. Penyiasatan yang dijalankan oleh Hakim Mahkamah Perancis bagi isu yang ditimbulkan oleh Suaram dikatakan akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Mengapa Suaram tidak boleh tunggu sehingga keputusan dikeluarkan?

Mungkin mereka bimbang bahawa hakim mungkin akan mengumumkan bahawa bukti-bukti mereka tidak kukuh? Atau mungkin mereka rasakan bahawa isu ini adalah modal terbaik mereka bagi menghadapi PRU-13?

Organisasi ini juga kelihatan seperti tidak membenarkan wartawan untuk menyiasat sendiri perkara ini. Apabila wartawan bertanyakan soalan sama ada mereka boleh mendapatkan sumber asli daripada Suaram, mereka berkata bahawa menurut undang-undang Perancis, mereka tidak boleh membawa bukti-bukti mereka keluar daripada Perancis.

Lagi bukti pembohongan oleh hantu-hantu raya belaan Anwar Ibrahim.

Suaram telah mereka satu keadaan di mana segala informasi yang diberikan kepada pihak media tidak boleh disiasat dan mereka mahu pihak media percaya akan setiap perkara yang mereka nyatakan – namun, sepertimana yang kita ketahui, Suaram bukanlah satu organisasi yang bebas ataupun mereka mahu memperjuangkan hal rakyat.

Terbaru pula SUARAM melolong seperti hantu yang ditinggalkan tuan apabila menyalahkan pihak SSM yang kononnya menyerbu pejabat mereka.

Hantu-hantu ini mendakwa tindakan sekumpulan anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuat pemeriksaan di sebuah premis di Petaling Jaya petang semalam sebagai satu gangguan ke atas badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Suaram melalui satu kenyataan media mendakwa, pemeriksaan rutin SSM ke premis terbabit dianggap sebagai kurang kredibiliti kerana Suaram mempunyai rekod yang baik selama 23 tahun dengan SSM malah memperoleh anugerah daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

“Kami mempersoalkan pemeriksaan rutin yang pertama kali dilakukan ke atas Suaram selepas 23 tahun kami beroperasi. Suaram tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan dan kami bersedia berkerjasama berdasarkan undang-undang dan menyerahkan rekod penuh audit kami”.

Manakala Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan laporan kononnya suruhanjaya tersebut membuat pemeriksaan ke atas premis kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) petang semalam.

SSM sebaliknya melalui satu kenyataan media menjelaskan bahawa pihaknya membuat pemeriksaan terhadap syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) di premis yang terletak di Gasing Indah, Petaling Jaya, Selangor tersebut.

“SSM menjalankan pemeriksaan rutin ke atas Suara Inisiatif yang dikaitkan dengan Suaram di premis perniagaan tersebut.  Pemeriksaan yang dijalankan SSM untuk memastikan syarikat mematuhi peruntukkan Akta Syarikat 1965 seperti yang biasa dijalankan terhadap syarikat lain,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pegawai SSM dibenarkan oleh undang-undang untuk memasuki mana-mana premis bagi tujuan tersebut mengikuti Seksyen 7B Akta Syarikat 1965 tanpa memerlukan waran untuk menjalankan pemeriksaan rutin tersebut.

Justeru,laporan sebuah portal berita bahawa sekumpulan pegawai SSM terpaksa berpatah balik semasa hendak melakukan pemeriksaan ke atas premis tersebut kerana waran tidak sah petang semalam sebagai tidak tepat.

Sehubungan itu, SSM menggesa semua pihak memberi kerjasama kepada pegawai SSM dalam menjalankan tugas mereka. 

Paling menarik adalah perihal SUARAM yang selama ini berbohong dengan seluruh rakyat Malaysia dengan menyatakan bahawa SUARAM merupakan satu pertubuhan NGO.Ini merupakan satu bukti jelas SUARAM sememangnya berbohong dan merupakan agen mahupun hantu kepada Anwar dan Pakatan Haprak untuk menjalankan agenda menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.


Sebuah akhbar pada 1 Julai lalu melaporkan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta Suaram menjelaskan kedudukan sebenar pertubuhan itu kerana semakan di SSM mendapati ia merupakan syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.

Presidennya, Azwanddin Hamzah dilapor berkata, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jadi selama ini SUARAM itu apa ? NGO ? Jika dikira dari pendedahan yang dibuat oleh JMM jelas ianya merupakan sebuah syarikat swasta yang berpendapatan dan bukannya NGO sepeti yang diheboh-hebohkan.

SUARAM tidak didaftarkan sebagai sebuah NGO ! Maka melabel SUARAM sebagai HANTU amatlah bertepatan dan mereka sememangnya bergerak serta bertindak seperti HANTU yang sentiasa menggangu orang lain dan dalam hal ini HANTU-HANTU ini sanggup menjadi balaci kepada Anwar Ibrahim bagi memenuhi impian untuk menjadi Perdana Menteri.

Kepada anda semua diluar sana pastikan hari-hari anda tidak diganggu oleh HANTU-HANTU bertuankan Anwar Ibrahim ini.

Pssstt Jangan Pandang Belakang ! 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels