Followers

Sunday 19 August 2012

Gelombang Kebangkitan Sudah Bermula !!


Sempena dengan kedatangan Syawal ini MMI rasakan gelombang kebangkitan bagi umat Islam khususnya di Malaysia sudah pun bermula.Pastinya hari ini semua jentera parti UMNO dan PAS sudah semestinya saling bersalam-salaman dan bermaaf-maafan membuktikan bahawa kita sebenarnya bersaudara dan seagama.

Apakah kita mahu membiarkan segala yang berlaku sempena hari dan bulan yang baik ini berlalu begitu saja ? MMI rasakan adalah satu kerugian kepada umat Melayu dan Islam di Malaysia sekiranya kita masih dengan ideologi politik sempit semata-mata untuk mengejar kuasa yang kita sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

Pastinya menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang faham bahawa Islam itu sebenarnya suci dan tidak seperti yang digambarkan oleh agen-agen Yahudi di luar sana untuk seluruh umat Islam bersatu di bawah satu bumbung.

Ayuh hentikan polemik mari kita usahakan sesuatu yang mampu menjadi realiti.Bukankah sesuatu yang hebat sekiranya PAS menjadi sebahagian daripada parti komponen dalam Barisan Nasional ?

Bersama UMNO kita mampu merealisasikan 183 kerusi parlimen lebih dari 2/3 majoriti untuk menubuhkan kerajaan.Paling tidak pun kita mampu mendapat majoriti 2/3 dan bukankah ianya cukup mudah untuk kita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam seterusnya menjadikan undang-undang Hudud sebagai undang-undang negara tanpa kita membelakangkan parti-parti serta bangsa lain di Malaysia ?

Cuba bayangkan gerakan yang akan berlau setelah semua orang Islam bersatu di bawah satu kerajaan dan sudah tentunya gerakan memberikan penerangan yang seadilnya berkenaan undang-undang Hudud dapat dijalankan dengan lebih hebat dan efisien.

Mungkin akan ada pihak-pihak tertentu yang merasakan ianya sesuatu yang mustahil untuk di jayakan kerana politik di antara UMNO dan PAS yang dilihat sukar untuk bersama dengan sebab-sebab tertentu tetapi cuba kita samakan dengan apa yang berlaku hari ini bilamana semua orang Islam yang menyambut Hari Raya bermaaf-maafan sesama kita.

Kita sudah pun membuktikan kita mampu menepis segala perasaan dendam dan bersalah dengan hanya bersalam dan bermaaf-maafan.Mengapa kita tidak mampu meneruskan dalam kancah politik negara ?

MMI akui gerakan ini memerlukan kesungguhan dan pengorbanan yang besar namun marilah kita bermula dengan memberikan sokongan kepada Nasharudin apabila beliau diberitakan akan disaman oleh Karpal Singh dalam isu anti Islam yang terang-terangan merupakan agenda beliau dan DAP sejak sekian lama.

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sedia bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh di mahkamah.

Ahli Parlimen Bachok itu menyifatkan Karpal yang menolak dan menentang keras pendirian Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud itu sebagai telah menolak sebahagian daripada Islam yang sekali gus menolak Islam.

“Justeru saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah.

“Menolak sebahagian daripada Islam bermakna menolak Islam," katanya kepada Mingguan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini.

Karpal semalam berkata, beliau dalam perkiraan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Nasharudin berikutan ulasan bekas Timbalan Presiden Pas itu bahawa Karpal anti-Islam kerana menentang hukum hudud.

Keberanian Nashrudin Mat Isa mempertahankan pendiriannya perlu dicontohi dan diikuti oleh semua umat Islam di negara ini. Jangan gentar dengan pepuak kafir harbi DAP. Jangan mudah tunduk kepada tekanan intimidasi oleh pepuak kafir harbi DAP. Nak saman ? Samanlah ! Peduli apa kita dengan ugutan kebudakan puak kafir harbi DAP pun!

MMI bukan penyokong PAS namun dalam hal ini MMI bersama Nasharudin yang telah pun menunjukkan sikap yang wajar di contohi oleh pemimpin-pemimpin lain apabila tahu membezakan diantara perjuangan dengan kepentingan politik.

Gelombang kebangkitan sudah bermula cumanya menantikan sejauh mana kita umat Melayu Islam di Malaysia mampu memahami isyarat yang sudah cukup jelas memerlukan seluruh kekuatan umat Melayu Islam untuk bersatu atas nama Islam.

Karpal dan DAP perlu di tentang habisan-habisan..

Soalnya sekarang sejauh mana orang Melayu mampu memahami isyarat tersebut ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels