Followers

Friday 16 November 2012

18SX Gadis Di Rekrut Untuk Melacur !!


Dunia semakin gila dengan sikap manusia , malah manusia sendiri sanggup menjadikan manusia lainnya sebagai barang dagangan bagi mendapatkan keuntungan mudah.

Kini sindiket tertentu lebih berani dengan memperdaya gadis-gadis miskin yang kemudiannya dipaksa untuk menjadi pelacur.Bahkan kegiatan pelacuran ini sedikit sebanyak menjejaskan imej negara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan puluhan sindiket pemerdagangan orang yang aktif ke luar negara mencari penduduk tempatan untuk direkrut menjadi orang tengah bagi membantu mereka ‘menjerat’ gadis-gadis miskin untuk dilacurkan di negara ini.

Warga asing yang bersekongkol dengan sindiket terbabit akan pergi ke kawasan perkampungan terpencil di negara mereka untuk mencari wanita berusia bawah 30 tahun yang miskin dan ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah dengan upah lumayan iaitu mencecah AS$5,000 (RM15,000) di Malaysia.

Selain ‘menggula-gulakan’ gadis miskin terbabit dengan tawaran gaji lumayan, sindiket juga membiayai dahulu tiket penerbangan dan kos membuat pasport dengan syarat bayaran balik secara bulanan dibuat selepas mangsa mendapat pekerjaan.

Tahukah anda bahawa sebahagian daripada aktiviti ini sebenarnya dibantu oleh sikap sesetengah pihak yang memejamkan mata dan membiarkan kewujudan pusat-pusat urut,refleksologi,spa malah pusat pelacuran beroperasi ?

Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor bahkan di kedah dan Kelantan juga turut tidak ketinggalan.

MMI tak nafikan di negeri-negeri lain juga wujud kegiatan seperti ini namun langkah pengawalan sentiasa dilakukan dengan menghadkan jumlah premis-premis tersebut.Namun berbeza dengan negeri-negeri yang MMI sebutkan tadi khususnya di Pulau Pinang dan Selangor.

Tahukah anda bahawa selama ini agensi kerajaan Barisan Nasional yang sering melakukan tindakan penguatkuasaan ? Di mana agaknya tindakan daripada Pakatan Haprak dalam menangani permasalahan ini ?

Yang selalu kita dengar mereka lebih terarah kepada mahu mendapatkan Putrajaya , adakah ini sikap yang seharusnya di tunjukkan oleh mereka-mereka yang sering mendabik dada kononnya lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional ?

Psstt apa nak hairan perjuangan sendiri pun puak-puak tu lacur !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels