Followers

Sunday 25 November 2012

Dah Memang Jenis Suka Menunjuk-Nunjuk !!


Pasti ampa semua masih ingat masa kerajaan negeri Kelantan bentang bajet ari tu siap masukkan dana royalti petroleum yang tak ada dalam tangan mereka.Bahkan kes tersebut masih berjalan di mahkamah.

Kini berlaku pula di Kedah bila mana kerajaan negeri memasukkan dana daripada penjualan air mentah ke Pulau Pinang sedangkan menurut Guan Eng tidak ada satu pun persetujuan di capai setakat ini.

Puak-puak ni sesama sendiri pun buat pandai , macam mana la agaknya kalau jadi kerajaan.Benda semacam ni seharusnya dibawa berbincang barulah laksanakan bukan main serbu ja.

Setakat sekarang Kelantan dengan Kedah ni lebih kuranglah , benda tah apa-apa masukkan dalam bajet kerajaan negeri.Kalau setakat nak menunjuk kata baguih tu tok sah lah kot sebab rakyat dah muak dengan cara ampa ni...

Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan pernah bersetuju membuat bayaran bagi pembelian air mentah dari Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mendapatkan penjelasan berkenaan Belanjawan 2013 negeri Kedah yang dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan (DUN) Selasa lalu yang menyatakan negeri itu akan mendapat anggaran pendapatan kira-kira RM40 juta menerusi urusan jualan air tersebut.

"Setakat ini, tidak ada Exco kerajaan negeri Kedah yang berjumpa dengan saya bagi membincangkan isu pembayaran air.

"Tidak dinafikan ada pegawai daripada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) bertemu dengan Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa dan Ahli Lembaga Pengarah PBAPP, Mohamad Sabu baru-baru ini, namun tiada sebarang keputusan dibuat," katanya.

Jumpa Mat Sabu hahahaha jumpa dia bukan bincang bab tu , silap-silap aribulan jumpa sebab nak bagi imbuhan maklumlah katanya puak-puak ni ada orang dok taja setiap bulan !!

Kalau dah jenis suka menunjuk macam ni , ampa tunggu nanti rakyat akan tunjuk jalan keluar kat ampa !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels