Followers

Friday 11 January 2013

Guan Eng & Teresa Kok PERLU BERTANGGUNGJAWAB !! Soalnya DAPigs Ni Telus Ke ?


Cakap banyak tak maulah , berdasarkan kenyataan di bawah jelas ianya merupakan bukti jelas bahawa ahli akar umbi DAPigs sendiri pun tahu ada sesuatu yang tak kena dalam keputusan pemilihan CEC yang boleh berubah-rubah.

Apa yang tak kenanya ? Yang pertama puak-puak yang kata dah hebat seluruh dunia tu kira campur pun "failed" pastu ada macam wayang sudah main loo...

Pengerusi DAP Cawangan Taman Chi Liung Indah, K. Yogasigaman menyuarakan desakan dari akar umbi parti tersebut agar pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) diadakan semula.

K. Yogasigamany berkata pemilihan semula ini perlu untuk mengembalikan semula imej DAP yang tercalar disebabkan isu kesilapan pengiraan undi ini.

"Ahli DAP akar umbi mahu keputusan pemilihan parti sebelum ini dibatalkan dan pemilihan semula harus dibuat untuk memulihkan integriti dan keyakinan terhadap parti.

"Jika tidak, persepsi bahawa DAP memanipulasi keputusan pemilihan untuk meletakkan seorang pemimpin Melayu di dalam CEC akan berterusan dan menjejaskan integriti parti." katanya pada sidang media di Jalan Gasing Petaling jaya di sini semalam.

Beliau juga mempertikaikan tindakan parti tersebut yang mengambil masa sehingga tiga minggu untuk memperbetulkan keputusan CEC tersebut.

"Dan jika terdapat kesilapan dalam pengiraan, mereka harus menangguhkan keputusan lebih awal.

"Kita tidak bercakap mengenai perbezaan 10 atau 15 undi di sini, tetapi ia mencecah hingga ratusan undi...dan lebih pelik lagi hanya dua individu sahaja yang terlibat kesilapan kiraan undi itu," soal beliau.

Beliau juga berpandangan Pengarah pilihan raya DAP, Pooi Weng Keong tidak sewajarnya dipersalahkan, akan tetapi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha penganjur DAP, Teresa Kok merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas kemelut dalaman parti.

Beliau juga mengambil risiko untuk menyatakan desakan secara terbuka menerusi media bagi mewakili suara akar umbi yang disekat dari memberikan pandangan mengenai isu berkaitan.

"Tidak, saya tidak mempunyai akses."

"Tetapi dalam demokrasi, ahli mesti dibenarkan untuk bercakap fikiran mereka," katanya.

Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung pada 15 hingga 16 Disember yang lalu telah mengejutkan semua pihak apabila kesemua calon Melayu tewas dalam pemilihan tersebut.

Alo kawan lu main wayang maaa...sumber klpos

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels