Apa jua yang kita lihat selama ini rasanya wajar kalau MMI kategorikan ianya berlaku kerana kebencian penuh emosi akibat daripada kerakusan politik melampau.Emosi ini kalau kita perhatikan sebenarnya sudah sebati dalam diri puak-puak pembangkang ni sebab mereka tak pernah fikir tentang soal dosa memfitnah.
Yang penting bagi mereka adalah untuk memiliki kuasa , musnahkan karektor pemimpin UMNO dan kerajaan supaya rakyat akan terlupa bahawa mereka sedang dipergunakan untuk membolehkan mereka memuaskan nafsu serakah politik mereka.
Hakikatnya rakyat dipesongkan dengan tingkah laku jijik pimpinan pembangkang dan artikel ini menjurus kepada tindak tanduk si Rafizi !
Tanpa kita sedar manusia sotong ini sudah pun banyak kali melakukan kesalahan malah ada diantaranya dihumban ke penjara.
4 PEMBOHONGAN RAFIZI RAMLI TENTANG KADAR INFLASI TAHUNAN, INFLASI SEMASA KEGAWATAN EKONOMI DAN GAJI PEKERJA MALAYSIA
Rafizi Ramli dikesan menipu lagi di laman Facebook miliknya dalam posting KENYATAAN MENTERI MENGENAI INFLASI MEMANDANG RENDAH MASALAH HARGA BARANG NAIK.
PEMBOHONGAN 1: Menggambarkan Kadar Inflasi Februari 2017 4.5% Sebagai Inflasi Tahunan
Rafizi berbohong apabila menggambarkan kadar inflasi Februari 2017 pada 4.5% adalah kadar inflasi tahun 2017 apabila membandingkannya dengan kadar inflasi tahunan semasa Malaysia dilanda krisis ekonomi pada tahun 1998. Hakikatnya, kadar inflasi 4.5% yang diumumkan adalah kadar inflasi bulanan pada bulan Februari 2017 dan *bukan kadar inflasi tahun 2017.
PEMBOHONGAN 2: Kadar Inflasi meningkat ketika Ekonomi Luar Kegawatan
01: Pengetahuan Rafizi mengenai ekonomi amat cetek kerana kadar inflasi boleh melonjak tidak kira semasa kegawatan ekonomi ataupun ketika ekonomi berkembang.
02: Misalnya, semasa ekonomi gawat pada 1985 (0.3%) dan 1986 (0.7%), kadar inflasi menurun kesan daripada penggunaan swasta yang menurun. Tetapi, semasa krisis ekonomi negara pada tahun 1998, kadar inflasi meningkat kerana penyusutan Ringgit yang ketara mengakibatkan harga makanan import meningkat terlalu tinggi.
03: Rafizi berbohong apabila mengatakan ekonomi Malaysia gawat pada tahun 2008. Hakikatnya pada tahun 2008 ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.8%. Bagaimanapun kadar inflasi meningkat pada tahun 2008 kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak sehingga USD140 setong. Kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol daripada RM1.92 kepada RM2.70 dan harga diesel daripada RM1.58 kepada RM2.58.
04: Keadaaan berbeza pada tahun 2009, ketika ekonomi Malaysia mengalami kegawatan dan kadar pertumbuhan menguncup sebanyak 1.5%. Bagaimanapun kadar inflasi pada tahun 2009 menurun dan pada kadar 0.6%.
PEMBOHONGAN 3: Gaji Pekerja di Malaysia Tidak Meningkat
01: Dakwaan ini adalah auta Rafizi yang paling nyata. Rafizi tertangkap menipu kerana purata gaji pekerja di Malaysia meningkat setiap tahun seperti dilaporkan Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah oleh Jabatan Perangkaan Negara.
02: Indeks purata gaji pekerja di Malaysia dikira 2010 sebagai tahun asas (2010 = RM1,772). Pada tahun 2015, gaji pekerja adalah RM2,312 dengan indeks pada 130.7, bermakna purata gaji pekerja meningkat 30%.
03: Ini bermakna purata GAJI PEKERJA di Malaysia MENINGKAT 30%, iaitu LEBIH TINGGI daripada KADAR INFLASI yang meningkat pada kadar 20%.
04: Kenapa Rafizi menyembunyikan FAKTA angka purata gaji dan upah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, iaitu pihak yang sama yang mengeluarkan laporan Indeks Harga Pengguna? Adakah beliau hanya akan percaya laporan “negatif” tetapi tidak mahu mempercayai laporan “positif” daripada jabatan yang sama?
PEMBOHONGAN 4: Dakwaan Najib Anti-Subsidi dan Pro-Perniagaan
01. Sebenarnya Rafizi yang TERLALU pro-perniagaan sehingga mahu menggunakan wang subsidi untuk menguntungkan peniaga, sedangkan wang subsidi ini sepatutnya diberikan kepada rakyat. Pendekatan Rafizi ini adalah kuno dan mengakibatkan golongan peniaga menerima manfaat subsidi yang paling besar berbanding rakyat.
02. Realitinya, sejak dulu sehingga sekarang, walaupun Kerajaan memberikan subsidi, harga barang tetap meningkat dan peniaga amat sukar mengurangkan harga barang selepas menaikkannya.
03. Najib bukan anti-subsidi. Sebaliknya pendekatan kerajaan hari ini adalah untuk memberikan SUBSIDI BERSASAR kepada golongan yang paling wajar menerima subsidi, iaitu rakyat berpendapatan rendah, bukannya golongan PENIAGA. Manakala, SUBSIDI PUKAL yang lebih menguntungkan peniaga dihapuskan secara berperingkat.
Lebih baik Rafizi luangkan masa untuk belajar mengenai inflasi, gaji dan ekonomi terlebih dulu sebelum menuduh orang lain tidak faham ekonomi. Sebelum sekolahkan menteri, elok Rafizi sekolahkan diri sendiri dahulu.
Inilah orang yang disanjung tinggi dalam Pakatan Harapan. Dalam Pakatan Harapan Makin banyak fitnah makin hebat orang itu.
MMI kata kepada yang dok puja si sotong ni beringatlah , jenis ni sampai masa ampa pun dia belit !
MMI
No comments:
Post a Comment