Followers

Monday 7 November 2011

Anwar Ibrahim KANTOI


Ibadah haji adalah satu daripada 5 rukun Islam.Maka ianya merupakan pegangan yang harus ada pada setiap umat Islam.Namun janganlah kita sebagai hamba Allah swt yang cukup kerdil ini cuba untuk mempermainkannya hatta untuk bersuka-suka sekali pun.Paling dasyat membohongi sesama manusia berkenaan rukun Islam ini.

MMI mahu mengajak semua untuk sama-sama menilai dan mengambil iktibar daripada satu peristiwa yang cukup memalukan  bilamana Anwar Ibrahim digambarkan sebagai seorang pemimpin yang telah pergi menunaikan haji. 

Semuanya bermula apabila YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.Liputan berita pemergian YAB PM menunaikan haji dikeluarkan oleh media elektronik dan media cetak.Seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar YAB PM selamat pergi dan pulang.

Blog-blog pro BN juga tidak ketinggalan dalam membuat liputan ini dan pengikut-pengikut dunia siber semuanya mengetahui dengan jelas berita dan perkembangan YAB PM di Kota Suci Mekah ini. Apa yang menggelikan hati MMI adalah berkenaan tindakan Anwar Ibrahim dan blogger pro pembangkang.Mungkin mereka merasakan bahawa pemergian YAB PM ke Kota Suci Mekah bagi menunaikan haji merupakan satu tindakan yang boleh menyebabkan reputasi pemimpin agung mereka tercalar.Bangun dengan satu perasaan untuk mengangkat pemimpin agung mereka agar setanding dengan YAB PM maka blog-blog pembangkang memulakan kempen dajjal mereka.


Kempen dajjal ini bermula dengan memuat naik gambar Anwar Ibrahim dalam blog-blog pembangkang yang kononnya turut berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji.Bermacam-macam cerita dan gambar di muatkan namun mereka terlupa bahawa soal Haji dan Rukun Islam ini sebenarnya tidak boleh dimain-mainkan.Akhirnya penipuan ini terbongkar.


Kantoi sudah ! Ternyata gambar-gambar diatas disuperimposekan daripada gambar asal dibawah 



Inilah sikap blogger puak-puak pembangkang yang cukup hebat dengan pembohongan demi pembohongan dan MMI yakin semua ini berlaku kerana Bos mereka juga sememangnya seorang kaki putar belit.Anwar Ibrahim dalam Twitternya telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah 2 kali menunaikan ibadah haji dan bloggers pembangkang pula cuba untuk mempertahankan penipuan ini dengan merujuk kenyataan Anwar Ibrahim didalam blognya bertarikh 14 November 2007.



Soalnya sekarang benarkah Anwar Ibrahim menunaikan haji ? Dalam kenyataan diatas bertarikh 14 November 2007 beliau tidak jadi ke Mekah kerana perlu memberi ucapan dalam satu persidangan dunia mengenai pos dan teknologi maklumat pada sesi pertama keesokkan harinya.Seterusnya dalam blog Anwar Ibrahim bertarikh 16 November 2007  menunjukkan teks ucapan dan gambar beliau berada di Jakarta Indonesia menghadiri UN Forum "Towards Transparent And Accountabale Governance" pada tarikh 15 November 2007.Lihat gambar dibawah.


Anwar Ibrahim berucap sehari selepas beliau mendakwa menunaikan haji pada 15 November 2007.Persoalannya bagaimana Anwar Ibrahim boleh berada di Jakarta dalam tempoh yang singkat ? Mungkin ada yang berkata perjalanan hari ini tidak mustahil kerana ianya mampu dilakukan sepantas kilat dengan penerbangan-penerbangan antarabangsa.Namun kita perlu ingat bahawa jarak diantara Arab Saudi dan Jakarta adalah 7300 kilometer dan mengambil masa hampir 9 jam.

Mampukah Anwar Ibrahim melakukan semua itu ? Jika ditanya kepada Wan Azizah dan konco-konco Pakatan Rakyat pastinya memang boleh kerana Anwar Ibrahim adalah "ANUGERAH TUHAN" dan mungkin perjalanan sepantas kilat itu hanya boleh dilakukan oleh Anwar Ibrahim. 

MMI tinggalkan persoalan ini untuk semua.

Kehebatan Anwar Ibrahim bukan saja berakhir disini beliau juga turut mampu memukau blogger-blogger pro pembangkang hingga sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan talian hayat manusia bernama Anwar Ibrahim ini dapat bertahan.

Apa pun ceritanya MMI tinggalkan kepada semua untuk menilai.Nilailah sebaik mungkin pihak mana kah yang sentiasa bercakap benar dan sentiasa melaksanakan kerja untuk kebaikan rakyat Malaysia.MMI turut yakin YAB PM pastinya memanjatkan doa didepan Kaabah memohon kepada Allah swt untuk memberikan hidayah dan keberkatan kepada semua rakyat Malaysia dalam usaha kita membawa Malaysia mendepani cabaran yang makin hebat ini.


Semoga rakyat Malaysia kenal dan tahu siapa itu Anwar Ibrahim.Marilah kita bersama hentikan politik menjijikkan Anwar dan konco-konconya agar negara Malaysia dan seluruh rakyatnya dapat hidup dengan selesa dan membawa kejayaan untuk Bangsa,Agama dan Negara.

Jadi jangan tunggu lagi buktikan dalam PRU 13 nanti.

Kita kuburkan Pakatan Rakyat!

Kita pastikan Barisan Nasional terus menjadi kerajaan yang dapat membawa kemajuan kepada seluruh rakyat Malaysia.

MMI.

      

No comments:

Post a Comment

Labels