Followers

Friday, 9 August 2019

Ini Cerita Kita



INI CERITA KITA

Inilah Jalur Gemilang
Jalurannya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia
Ringkasnya
14 jaluran menjadi tanda perpaduan seluruh negeri-negeri
Bulan sabit dan bintang pula tanda Islam dan Raja-Raja

Hebat Jalur Gemilang
Tapi kenapa jalur gemilang ini sebegitu rupa ?
Apa yang telah berlaku ?
Kenapa sampai begitu keadaannya ?

Wahai sahabat-sahabat
Inilah wajah Malaysia hari ini

Aku umpamakan cariknya jalur gemilang itu sebagai satu kesilapan kita
Aku umpamakan koyakan jalur gemilang itu sebagai kebodohan kita
Aku umpamakan buruknya jalur gemilang itu sebagai hinanya kita

Sahabat
Hayati dan lihat dengan mata dan hati yang ikhlas
Lihat betul-betul .. Teliti betul-betul …
Ya Allah
Walaupun carik dia tetap berkibar
Ya Allah
Walaupun koyak dia tetap berkibar
Ya Allah
Walaupun buruk dia tetap berkibar

Inilah pengajaran wahai sahabat
Jalur Gemilang itu tidak mampu bersuara
Ia tidak mampu untuk elak dari dicarik
Ia tidak mampu untuk elak dari dikoyak
Malahan jauh sekali untuk membersihkan dirinya

Namun sekali dia diarahkan untuk berkibar
Ia akan terus berkibar
Kibarnya kerana ia tahu dan sedar
Kibaran itulah sahaja sumbangan yang ia mampu berikan kepada kita semua

Sahabat
Hayati dan lihat dengan mata dan hati yang ikhlas
Lihat betul-betul .. Teliti betul-betul …
Ya Allah
Walaupun carik dia tetap berkibar
Ya Allah
Walaupun koyak dia tetap berkibar
Ya Allah
Walaupun buruk dia tetap berkibar

Wahai Sahabat
Dulunya kibaran itu langsung kita tak ambil enteng
Kita lebih bangga dengan apa yang kita ada
Kita lebih pentingkan diri dari sahabat-sahabat yang lain

Dulunya kibaran itu langsung tak memberi makna pada kita
Kita anggap perkara biasa sedangkan ada isyarat didalamnya

Hari ini apa yang kita ada ?

Sahabat
Hayati dan lihat dengan mata dan hati yang ikhlas
Lihat betul-betul .. Teliti betul-betul …
Ya Allah
Walaupun carik dia tetap berkibar
Ya Allah
Walaupun koyak dia tetap berkibar
Ya Allah
Walaupun buruk dia tetap berkibar

Wahai Sahabat
MELAYU berpecah dan dipecahkan
Semata-mata untuk kepentingan sesetengah pihak
PERPADUAN kita dianggap sebagai pengistiharan perang
KESETIAAN kita dikhianati sesama kita
Kita BERMUSUH sesama sendiri

Wahai Sahabat
Diwaktu kita dipertembungkan ini
ISLAM di caci
NABI di hina
AGAMA kita dikutuk dengan sewenang-wenangnya
Bangsa kita ditekan

Wahai Sahabat
Kita semakin lupa bahawa kita berpegang kepada prinsip rukun negara

Kita semakin lupa bahawa kita sama-sama berikrar untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kita bagi mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Lupakah kita dengan prinsip yang kita pegang selama bumi bertuah ini MERDEKA ?

AYUH Sahabat
Eratkan perpaduan sesama kita
Kita gerakkan wadah bersama
KITA MULA SEMULA
KITA BINA SEMULA

AYUH SAHABAT
Kita ambil semangat JALUR GEMILANG
Walaupun dicarik-carik ia tetap berkibar
Walaupun koyak ia tetap berkibar
Walaupun buruk ia tetap berkibar

BANGKITLAH
KITA MULA SEMULA
KITA BINA SEMULA
Kerana INI CERITA KITA

1 comment:

Labels