Followers

Tuesday 22 November 2011

Pakatan Haprak Pulau Pinang Kecut Perut


20 November 2011 Bertempat di PWTC Konvensyen Media Sosial 1Malaysia telah mencatatkan sejarah apabila ianya menjadi platform kepada semua penggiat media sosial dihimpunkan dan seterusnya menjadi medan terbaik dalam usaha kerajaan mengiktiraf peranan pengamal media sosial hari ini.

Seramai 2000 peserta telah menyatakan kesediaan mereka untuk terus bersama dengan kerajaan dalam memastikan Gagasan 1Malaysia terus dipacu dan dilaksanakan.

Tahniah kepada Dr. Novandri Hassan Basri atau Dr. MiM kerana dipilih untuk membaca resolusi Konvensyen Media Sosial 1Malaysia dan seterusnya menyerahkan resolusi tersebut kepada YAB Perdana Menteri.

Bagi MMI ini merupakan satu pengiktirafan kepada semua bloggers pro BN dan sesungguhnya Pulau Pinang hari ini telah melahirkan seorang Panglima Perang.

Kepada Rejim DAP di Pulau Pinang nantikan ketumbukan tentera elit BN pimpinan Dr. MiM Ianya bakal menghancurkan DAP dan anjing-anjingnya dari bumi Pulau Pinang.

MMI bawakan kepada semua resolusi Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang disampaikan oleh Dr. Novandri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. 



 


BAHAWASANYA kami peserta Konvensyen Media Sosial 1Malaysia,

1.Mengakui bahawa Gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan ,Pencapaian Diutamakan dan pelan transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merupakan satu langkah berwawasan bertujuan untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan sosial,ekonomi dan politik di dalam negara.

2.Menginsafi akan peri pentingnya bagi kerajaan,para pemimpin dan penggiat media sosial untuk mempunyai hala tuju dan pelan komunikasi yang terancang agar usaha menyebarkan maklumat dan memperjelaskan isu dapat dibuat secara lebih berkesan.

3.Menyedari bahawa terdapat pihak tertentu yang sanggup menggunakan pelbagai cara yang tidak beretika serta menyebarkan kepalsuan semata-mata untuk memberi imej yang negatif terhadap pemimpin dan usaha murni kerajaan.

4.Mengiktiraf akan kepentingan media sosial yang menjadi saluran informasi dan komunikasi pilihan generasi muda hari ini serta keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya media sosial ini sebagai saluran utama bagi mendekati golongan muda dan menyampaikan maklumat kepada mereka Maka dengan ini , Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mengambil ketetapan untuk :

Pertama Menggesa agar hala tuju pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasikan dengan baik supaya maklumat dan isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan.

Kedua Mencadangkan agar sebuah bank informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas seterusnya membolehkan ia disebarkan kepada masyarakat pelbagai peringkat dan lapisan demi mempertahankan kebenaran.

Ketiga Menubuhkan satu seketariat bagi menguruskan bank informasi ini secara efisien dan efektif.

Keempat Menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi kerajaan dipertingkatkan bagi memberikan mereka gambaran yang jelas mengenai komitmen kerajaan terhadap rakyat,seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjelaskan transformasi yang sedang dilaksanakan ini di media sosial.

Kelima Menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh Negara sebagai satu langkah bagi mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan.

Keenam Mendesak agar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial,memanfaatkan sepenuhnya media ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan secara pro aktif menyebarkan maklumat,memperjelaskan isu dan mempertahankan dasar-dasar  kerajaan.

Ketujuh Menyarankan agar Perdana Menteri menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial sebagai salah satu kriteria untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya.

Kelapan Berikrar akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan menyebarkan maklumat,memperjelaskan isu,menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan.

Kesembilan Menyeru agar semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan kepada agenda bersama dan mengetepikan segala perbezaan serta perbalahan peribadi dan kumpulan.

Kesepuluh Berjanji untuk menggunakan media sosial secara bertanggungjawab demi memastikan hasrat gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi terlaksana dengan jayanya.   

MMI yakin peranan semua pengamal media sosial hari ini akan lebih bersemangat dan sesungguhnya gandingan tentera siber bersama-sama gerak kerja jentera BN perlu untuk memastikan Gagasan 1Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional terus dipertahankan.

Kepada puak-puak Pakatan Haprak terutamanya DAP masa kamu makin hampir penamatnya.

Kepada PAS dan Keadilan jangan bermimpin untuk menguasai Putrajaya 

Ayuh semua kita bersama sebagai Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia.

KAMI BARISAN TENTERA BN BERIKRAR AKAN TERUS MEMPERTAHANKANNYA!

HIDUP UMNO ! HIDUP BN !

MMI.
    

No comments:

Post a Comment

Labels