Followers

Friday 16 December 2011

DAP Cuba Heret Tentera Ke Kancah Politik


GEORGETOWN - DAP negeri hari ini menyarankan supaya kerajaan mewujudkan lima kawasan Parlimen Khas khusus kepada anggota tentera bagi memudahkan mereka mengundi.

Setiausaha DAP Negeri Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, kawasan Parlimen Khas Tentera itu perlu diwujudkan mengikut zon utara, zon tengah, zon selatan, zon Sabah dan Sarawak.

"Memandangkan ketelusan pengundian tentera sering diangkitkan dan dipertikaikan, kita mencadangkan agar diwujudkan Parlimen Khas Tentera ini.

"Zon utara mewakili Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, manakala zon tengah diwakili Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu. Zon selatan pula diwakili Pahang, Melaka dan Johor," katanya ketika sidang media selepas menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Dewan Sri Pinang, pagi ini.


MMI hairan juga dengan kenyataan mafia komtar ni,Siapa yang sering bangkit dan pertikaikan berkenaan undi tentera ni kalau bukan DAP keparat dan Pakatan Haprak.

Nampak sangat puak-puak pencetus peristiwa 13 Mei ni sentiasa berusaha untuk mengkucar-kacirkan negara Malaysia.

Sejauh manakah mereka mentadbir Pulau Pinang ? Hebat sangatkah mereka sehinggakan saban hari dan minggu ada saja cerita tak puas hati dan bantahan terhadap rejim DAP keparat ni.


Cubaan melibatkan pihak tentera dalam kancah politik sebenarnya satu tindakan biadap yang dilakukan oleh puak-puak DAP ni kerana dalam masa yang sama mereka cuba untuk mempertikaikan kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung selaku ketua negara.

MMI tidak bersetuju dan menganggap usaha yang cuba dilakukan oleh Ng Wei Aik ini adalah semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.Pihak tentera tidak pernah terlepas daripada mengikuti perjalanan pengundian dan turut membuang undi dalam setiap pilihan raya.

Mereka-mereka ini adalah pejuang barisan pertahanan negara

Melibatkan tentera dalam politik bererti berusaha untuk memecah-belahkan anggota tentera sendiri dan kesannya cukup dasyat kepada Bangsa,Agama dan Negara.Cukup-cukuplah puak-puak pembangkang mengaitkan tentera dalam kancah politik contohnya Isu Scorpene.Harapan MMI agar ketenteraan negara jangan sekali-kali dipersoalkan oleh pihak-pihak berkepentingan politik sempit seperti ini. 

Jangan sesekali melibatkan institusi raja dan tentera dalam kancah politik kerana kedua-duanya merupakan benteng dan pertahanan bukan saja kepada orang Melayu bahkan kepada seluruh rakyat dalam negara Malaysia.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels