Followers

Tuesday 6 December 2011

PM rasmi Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa  Langkawi 2011 (LIMA 11 ),yang menekankan peri mustahaknya pertahanan serta keselamatan kepada kepentingan strategik negara dan serantau.


Pada edisi ke-11 LIMA yang disertai lebih 400 syarikat dari 35 negara beliau berkata,pertahanan dan keselamatan menjamin bukan sahaja keutuhan wilayah tetapi juga kedaulatan yang amat dihargai oleh semua negara.

Beliau berkata,Asia kini menikmati ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia,dan perbelanjaan pertahanan tidak terkecuali.


"Perbelanjaan aeroangkasa dan maritim semakin melonjak dan bakal meningkat lagi ketika kerajaan terus menangani ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional," kata YAB Perdana Menteri ketika merasmikan pameran pertahanan dan keselamatan terulung Malaysia di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.


Turut hadir ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,bekas Perdana Menteri dan tokok pengasas LIMA,Tun Dr. Mahathir Mohamad,Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi selain ketua-ketua pertahanan dan keselamatan dari luar negara.


Paling menarik pada LIMA kali ini adalah penyertaan Kapal Selam negara KD Tun Razak yang telah pun berlabuh di Awana Porto Malai semalam.Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi turut menjemput pemimpin pembangkang untuk menaiki kapal selam ini namun tiada maklum balas setakat ini.

Kapal Selam kedua negara KD Tun Razak berlabuh di Awana Porto Malai semalam bagi menyertai LIMA 2011
Haha pemimpin pembangkang kecut perut takut ditenggelamkan terus.Apa pun MMI memuji tindakan dan pelawaan tersebut kerana ini membuktikan kerajaan telus dan ikhlas.Kepada puak-puak pembangkang kenapa tak terima jemputan ini ? 

MMI turut bersetuju dengan kenyataan terbaru daripada Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan apabila beliau berkata  Kerajaan tidak perlu membabitkan penyertaan pemimpin parti pembangkang dalam urusan pembelian aset pertahanan negara kerana yakin dengan kemampuan jawatankuasa penilaian dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Kerajaan yakin dengan keupayaan dan ketelusan jawatankuasa berkenaan, selain sistem perolehan aset pertahanan turut membabitkan penyertaan Kementerian Kewangan.
“Kita yakin sistem sedia ada melalui pembentukan jawatankuasa penilaian dan ditentukan oleh Kementerian Kewangan mampu membuat keputusan yang terbaik dan telus.

“Misalnya, jika aset itu hendak dibeli oleh tentera darat, maka jawatankuasa Tentera Darat yang buat penilaian terhadap produk berkenaan dan menentukan spesifikasinya,” katanya kepada pemberita di atas kapal KD Jebat yang berlabuh di jeti Awana Porto Malai sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di sini, semalam.

Ahmad Zahid menjelaskan penilaian itu bukan saja meliputi sudut teknikal, malah mengambil kira aspek pemindahan teknologi dan faedah yang diperoleh negara bagi jangka masa panjang, terutama kepada industri pertahanan tempatan.Berita Penuh 


Kepada puak-puak pembangkang kamu semakin tersasar dari perjuangan membela rakyat.Pegangan fitnah dan cacian kamu adalah senjata paling kuat yang pastinya akan mengkuburkan kamu dalam PRU ke-13 nanti.

Salah satu contoh gerak kerja pembangkang
Rakyat semakin matang dan bijak dalam membuat penilaian dan MMI percaya mereka juga tertanya-tanya apa yang pembangkang lakukan untuk memastikan Malaysia terus maju dan apa yang kamu lakukan untuk rakyat selain dari berceramah tanpa berusaha ke arah kebaikan rakyat Malaysia.

MMI serahkan kepada semua untuk menilai.

Yakin hanya UMNO dan Barisan Nasional mampu membela nasib rakyat dan Malaysia.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels