Followers

Friday 6 January 2012

Himpunan Bebaskan Anwar DiBenarkan - Sejauh Mana Ketelusan Juak-Juak Anwarinas ?


Ketika seluruh rakyat Malaysia menghitung detik demi detik dalam menghadapi tarikh 9 Januari 2012 negara digemparkan dengan satu pengumuman oleh pihak Polis Di Raja Malaysia bahawa himpunan 901 Bebaskan Anwar dibenarkan.Semuanya kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri yang membenarkan himpunan tersebut diadakan dengan syarat berbincang dengan pihak polis seterusnya memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang tindakan provokasi dan radikal yang boleh mencetuskan keadaan huru-hara di ibu kota pada 9 januari nanti.

MMI sememangnya kurang senang dengan kebenaran yang diberikan kerana sejarah telah membuktikan himpunan seperti ini pastinya akan berakhir dengan kekacauan yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda seterusnya kecederaan sama ada benar atau di buat-buat seperti mana yang berlaku sebelum ini.


Soalnya sekarang sejauh mana pihak pembangkang mampu mengawal penyokong-penyokongnya daripada bertindak membuat kekacauan ? Lupakah kita sebelum ini dalam siri-siri himpunan oleh puak-puak pembangkang semuanya boleh dikatakan mendatangkan kekacauan bukan saja kepada negara bahkan kepada rakyat Malaysia khususnya yang berada di persekitaran kawasan tempat perhimpunan tersebut.





Gambar diatas adalah bukti bahawa pembangkang tidak mampu mengawal pengikutnya daripada bertindak merusuh dan merosakkan harta awam serta mampu mendatangkan bahaya dan kecederaan.

Hari ini pun barisan pembangkang sudah memulakan gerakan mereka dengan cuba mendapatkan simpati dunia kononnya Anwar Ibrahim bakal dianiaya oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dalam kes liwat beliau yang dianggap sebagai fitnah oleh juak-juak pembangkang.Klik Link Ini

Apa yang MMI boleh perkatakan adalah sudah pasti pada 9 Januari 2012 nanti pasukan keselamatan perlu bertindak untuk menyuraikan para perusuh kerana mereka sememangnya kumpulan radikal yang telah terbukti melalui perlakuan dan tindakan mereka sebelum ini.


Cumanya dari satu sudut ianya dilihat sebagai satu sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia apabila sedia berbincang dan memberikan kebenaran atas nama rakyat Malaysia untuk berhimpun bagi memberikan sokongan kepada pemimpin mereka dalam menghadapi saat-saat akhir beliau bebas sebagai seorang rakyat dan pemimpin.

Rakyat termasuk penyokong pembangkang seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia kerana memberikan kebenaran ini dan ianya terbukti bahawa kerajaan telus dan ikhlas dalam membawa perubahan kepada negara termasuklah juga dalam soal-soal sebegini.

Jangan pula selepas ini ada pihak-pihak tertentu bersuara dengan menyatakan kebenaran yang diberikan itu hanyalah sebagai umpan atau hanya helah kerajaan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia mendengar pandangan semua pihak tetapi dalam masa yang sama bertindak secara kekerasan terhadap mereka yang berhimpun.

Perlu diingat sekiranya kekecohan berlaku sudah semestinya anggota keselamatan perlu bertindak  kerana ianya jelas bakal mengenepikan perjanjian yang dibuat oleh Azmin Ali kepada pihak Polis.Namun MMI optimis bahawa kekecohan pastinya berlaku apatah lagi dengan laungan provokasi oleh mereka terhadap mana-mana pihak di hari penentuan nanti.

Bagi MMI inilah masanya dan waktu terbaik untuk kerajaan menyiapkan barisan utama negara untuk turun dan bersedia di lokasi perhimpunan untuk memastikan sebarang kekacauan tidak berlaku.


Turunkan barisan TENTERA untuk bersama-sama dengan pihak Polis Di Raja Malaysia sebagai persediaan untuk kita mengekang mana-mana pihak daripada bertindak melebihi batas yang mampu memberikan gambaran buruk kepada dunia luar terhadap Malaysia.Tidak salah jika kita bersedia lebih awal kerana kejadian-kejadian sebelum ini jelas menunjukkan pembangkang sentiasa mencetuskan kekecohan.

Paling menarik dalam topik kali ini adalah tindakan sahabat baik PKR dan DAP iaitu PAS yang telah bersetuju untuk sama-sama hadir pada hari tersebut untuk memberikan sokongan kepada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang sedang menanti keputusan perbicaraan kes liwatnya.Cukup menjelekkan tindakan pemimpin dan penyokong Pas hari ini kerana mereka bakal hadir dalam satu perhimpunan semata-mata untuk membebaskan seorang manusia bernama Anwar tetapi dalam masa yang sama melarang sekeras-kerasnya semua ahli dan penyokongnya daripada turun dalam Perhimpunan HIMPUN yang jelas matlamat dan agendanya untuk mempertahankan akidah umat ISLAM di Malaysia.


Hahaha sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam mereka lebih memilih untuk berhimpun membebaskan seorang manusia yang disabitkan dengan kesalahan salah laku seks daripada bersama-sama dengan jutaan umat Islam untuk mempertahankan akidah orang-orang Islam.

Dan MMI bawakan pendedahan ini untuk anda bandingkan adakah perjuangan Pas hari ini umpama menjilat ludah sendiri ? Klik Sini

Kepada anda yang mengikuti artikel ini MMI cuma minta fikirlah sekejap apakah tindakan Pas itu adalah salah satu tindakan paling bijak sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam ? 

MMI juga yakin seluruh rakyat Malaysia termasuk MMI sendiri mahukan sebuah negara yang aman dan tidak diganggu-gugat oleh anasir-anasir perosak seperti puak-puak pembangkang ini.Oleh itu suara MMI juga sebenarnya merupakan suara anak Malaysia yang turut mempunyai haknya sendiri untuk menikmati keadaan yang aman dan damai dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia.Jadi jangan anggap pembangkang membawa suara majoriti rakyat Malaysia kerana SILENT MAJORITI masih belum bersuara dan mereka hanya menanti detik dan ketikanya untuk mereka turunkan sokongan dan tanda mahukan sebuah negara yang aman dan selamat dihari pengundian nanti dengan memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional.Insyaallah.

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels