Followers

Wednesday 11 January 2012

Tumpuan Sekarang Ke Arah Kemenangan Barisan Nasional


Nama Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas tidak terdapat dalam senarai bakal calon parti itu untuk pilihan raya umum ke-13 nanti yang dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Mengesahkan perkara itu hari ini, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada bertanding atau tidak kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

"PPP memang telah menghantar senarai nama calon yang berpotensi untuk bertanding dalam PRU ke-13 nanti dan nama saya tidak terdapat dalam senarai itu walaupun ahli parti mahukan saya bertanding semula. Biarlah Datuk Seri Najib putuskan sama ada saya bertanding atau tidak. "Saya mengambil pendirian itu kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang telah berjasa lama. Mereka telah memberi sumbangan besar kepada parti dan masyarakat. Jadi pemimpin-pemimpin itu perlu diberi peluang. Mereka perlu menang dan menguatkan BN,” katanya.

Syabas MMI ucapkan kepada pemimpin PPP ini , beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang memahami bahawa soal calon untuk mewakili Barisan Nasional sebenarnya bukanlah terletak kepada faktor jawatan dalam parti.Ianya mestilah bermula dengan patuh dan akur kita kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional yang semestinya akan memberikan wadah terbaik kepada setiap pemimpin parti-parti komponen kerana yang paling penting hari ini adalah perkhidmatan Barisan Nasional kepada rakyat.

MMI yakin jika inilah intipati dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap pimpinan Barisan Nasional kita mampu menyumbang kepada kemenangan parti malah dapat membawa seluruh rakyat Malaysia kearah masyarakat yang gemilang.


Kepada Kadir Sheikh Fadzir seharusnya UMNO perlu sepak terajang saja orang-orang sebegini kerana kumpulan-kumpulan ini jelas mempunyai agenda dan kepentingan peribadi selain tidak memahami maksud transformasi yang dilaung-laungkan oleh YAB PM.Jika dibiarkan maka ianya akan hanya menjadi barah kepada perjuangan parti UMNO dan Barisan Nasional.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels