Followers

Thursday 12 January 2012

Hadi Awang Kecut Perut Takut Di Pecat !


Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

"Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.


Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.


Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan mempertahankan institusi kesultanan Melayu.

"Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan dipecat.

"Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya.

Ternyata tindakan Pas yang dilihat hanya menjadi boneka kepada PKR dan DAP telah memakan diri sediri.Mereka hilang integriti parti , apatah lagi untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia perkhidmatan sebagai kerajaan.

Rakyat jangan keliru dengan dakyah dan permainan Pas ini yang jelas hanya pandai berbohong.Sebagai seorang pemimpin dan presiden parti Hadi Awang seharusnya turut di pecat kerana beliau juga terlibat dalam soal kerajaan perpaduan yang amat dibenci oleh Nik Aziz.Mengapa hanya Hasan Ali ? 

Mungkin Hadi Awang tidak dikenakan apa-apa tindakan kerana beliau adalah seorang manusia yang sanggup menikam dari belakang apabila turut bersekongkol memburuk-burukkan Hasan Ali.Jika Pas gagal bertindak dengan turut memecat Hadi Awang maka ternyata Hadi Awang adalah seorang manusia dan pemimpin yang pengecut dan dayus yang sanggup melihat rakan sendiri dianiaya sedangkan beliau tahu niat dan matlamat Hasan Ali itu adalah untuk kepentingan Islam.

Lupakah kita akan peristiwa ini ? 
Apakah ini seharusnya balasan seorang manusia bernama Nik Aziz terhadap saudara seagama dengannya ?


Bagi MMI tindakan ini adalah tindakan paling biadap oleh seorang manusia bernama Nik Aziz yang seharusnya menghormati YAB PM kerana beliau adalah pilihan rakyat Malaysia melalui pilih raya.Sistem demokrasi yang diamalkan jelas memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk tampil sebagai kerajaan pemerintah.Hanya manusia yang penuh dengan hasad dengki dan nafsu dendam sahaja yang mampu bertindak sejauh ini yang tidak pernah dilakukan oleh-oleh mana-mana manusia apatah lagi seorang manusia yang diangkat sebagai ulama oleh juak-juaknya.

Ini membuktikan bahawa mereka terdiri daripada sekumpulan manusia yang taksub dengan pemimpin bukannya Allah SWT kerana boleh bersama-sama dengan pemimpin yang telah melakukan pelbagai perkara-perkara yang meragukan dari sudut Islam. 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels