Followers

Wednesday 11 January 2012

101 Syarikat Malaysia Berurusniaga Di Arab Saudi - Lagi Usaha & Sokongan Kerajaan Barisan Nasional


Dalam kesibukan sebahagian besar dari rakyat Malaysia masih bercakap soal pembebasan Anwar Ibrahim mungkin ada di luar sana yang terlepas pandang bahawa kerajaan Barisan Nasional bukan saja telus malah menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada institusi kehakiman negara untuk membuat keputusan.

Apatah lagi disaat penyokong anwar Ibrahim sendiri turut merasakan bahawa beliau akan dijatuhkan hukuman sebagai bersalah , keputusan yang diumumkan telah memperlihatkan bahawa institusi kehakiman negara bebas daripada sebarang tangan-tangan ghaib yang menentukan sesuatu keputusan.

Itulah sebahagian daripada rentetan peristiwa kes liwat Anwar Ibrahim dan semestinya keputusan ini telah menyangkal sama sekali dakyah-dakyah pembangkang yang selama ini menuduh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional sebagai dalang dalam usaha menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Namun kali ini MMI mahu mengajak semua untuk sama-sama kita lihat dan amati disaat negara sedang menghadapi suasana politik dan gerakan 901 yang kesemuanya melibatkan Anwar Ibrahim , kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Sebagai sebuah kerajaan semestinya kebajikan rakyat dan pembangunan negara menjadi intipati utama dalam usaha membawa Malaysia mencapai negara maju.Ekonomi negara dijana dan dipantau dengan begitu rapi supaya keadaan ekonomi rakyat dan negara berada dalam keadaan baik.

Terbaru adalah berkaitan perdagangan di antara Malaysia dengan Arab Saudi dijangka kukuh pada tahun ini didorong oleh lebih banyak peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan oleh negara Islam itu.

Pesuruhjaya Perdagangan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Amran Yem berkata, Arab Saudi mengalu-alukan kemasukan produk-produk seperti bahan pembinaan, makanan dan minuman, alat ganti kenderaan serta kosmetik dan barangan penjagaan kesihatan dari Malaysia.

Dari segi perkhidmatan pula, negara tersebut kekurangan kepakaran dalam bidang pengurusan kemudahan.

''Berurusniaga dengan orang Arab adalah berbeza kerana apabila mereka menyukai sesuatu produk, mereka akan mengulang tempahan dalam kuantiti yang sangat banyak.

''Ini adalah peluang keemasan kepada ahli perniagaan Malaysia, tetapi mereka perlu memastikan produk yang ditawarkan disukai oleh orang Arab di samping mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan mereka," katanya semasa sidang akhbar Seminar Arab Saudi-Pasaran Yang Pesat Berkembang kepada syarikat-syarikat Malaysia di sini hari ini.

Arab Saudi merupakan rakan dagangan penting kepada Malaysia di kalangan rantau Timur Tengah dan ia menjadi rakan kedua terbesar selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada 2010, perdagangan melibatkan kedua-dua hala meningkat sebanyak 37.7 peratus kepada RM9.32 bilion.


Bagi 10 bulan pertama 2011, arah aliran tersebut menunjukkan kenaikan dengan pengukuhan sebanyak 49 peratus kepada RM10.5 bilion berbanding tempoh yang sama 2010.

"Daripada angka-angka ini, kita dapat melihat terdapatnya potensi pertumbuhan dalam perdagangan dengan Arab Saudi, justeru, ahli-ahli perniagaan Malaysia perlu merebut peluang yang terbuka luas ini," tambah Amran lagi.

Beliau berkata, Arab Saudi baharu sahaja mengumumkan perbelanjaan terbesarnya bagi Belanjawan 2012 dengan memperuntukan sejumlah SAR690 bilion (RM 580.2 bilion).

Peruntukan besar itu bagi membangunkan sektor bukan minyak negara tersebut sekali gus membuka permintaan terhadap produk dan perkhidmatan asing dijangka turut meningkat.

Ini kerana pembekal tempatan tidak mempunyai kapasiti terutama dari segi pembinaan, minyak, gas dan petrokimia, penjagaan kesihatan, teknologi alam sekitar dan perkhidmatan.

Tambah Amran, setakat ini sudah ada 101 buah syarikat Malaysia yang telah berurusniaga di Arab Saudi dan angka tersebut dijangka meningkat pada tahun ini.


Inilah yang MMI maksudkan usaha berterusan kerajaan bagi mencari dan menjana perdagangan dengan negara-negara luar. Selain daripada memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus meningkat rakyat juga sebenarnya pasti akan menerima kesannya dan mampu memberikan sumbangan kepada negara kita Malaysia.

Percayalah Malaysia mempunyai kepakaran yang tersendiri dan kita sedang bergerak kearah kejayaan bersama,Pastikan kita jangan rosakkan perjalanan yang cantik ini hanya dengan seekor kambing melintas kerana dihujung perjalanan nanti pastinya akan membuatkan seluruh penumpang tersenyum.

Buatlah pilihan yang tepat.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels