Followers

Sunday 11 March 2012

Keputusan Shahrizat Wajar Di Puji - Umum Lepaskan Jawatan Menteri


Pujian harus diberikan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan keputusannya petang tadi untuk mengundurkan diri daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bilamana nama beliau hari ini cukup panas dengan isu yang mengaitkan beliau dengan NFC.

Seperti ramai mengetahui berkenaan skandal NFC yang dicetuskan oleh pembangkang sebenarnya tidak sedikit pun melibatkan Datuk Seri Shahrizat Jalil namun tindakan beliau untuk mengundurkan diri dilihat sebagai satu tindakan yang wajar diberikan pujian.

Pujian kerana tindakan ini membuktikan bahawa beliau lebih mementingkan parti dan kerajaan daripada membiarkan juak-juak Pakatan Haprak menjadikan isu ini sebagai medan atau modal untuk terus menabur fitnah.MMI yakin beliau telah mengambil kira dari semua sudut dan sesungguhnya jasa beliau dalam membantu kerajaan sewajarnya dihargai.

Hari ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau kira-kira 4 petang tadi.

Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.

Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.

Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).


"Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.

"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan," kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih 2012 di Desa Water Park di sini petang, yang turut mendapat liputan lebih 60 wartawan dan jurugambar yang telah menunggu beliau sejak dari jam 1 tengah hari tadi.

Semalam, Najib berkata, beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Shahrizat sebagai menteri pada waktu yang sesuai.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

"Pelbagai khabar angin... kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation, yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan."

Ternyata hari ini Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin dan pejuang parti UMNO yang sebenar dengan keputusan yang telah dibuat meletakkan kepentingan parti dan negara lebih penting daripada individu.

Syabas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pssstttt Ampa tau dak Shahrizat umum letak jawatan sedangkan tiada kes dimahkamah apatah lagi tersebarnya gambar-gambar bogel diserata internet.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels