Di saat semua pihak bertungkus-lumus mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya ke 13 , juak-juak Pakatan Haprak di laporkan sudah mula mengatur jadual untuk melupuskan segala dokumen-dokumen yang dianggap sulit kerana bimbang mengalami kekalahan dalam pilihan raya nanti.
MMI yang mendapat maklumat ini agak terkejut kerana dalam suasana hari ini sepatutnya Pakatan Haprak lebih-lebih lagi bagi negeri-negeri yang di tadbir mereka seharusnya lebih yakin untuk terus berkuasa.Malah jika diikutkan dari hebahan yang dibuat sepatutnya tidak perlu ada sedikitpun perasaan takut untuk kalah kerana merekalah yang melaung-laungkan BN hanya akan menang di 3 buah negeri sahaja.
Jika diukur dari maklumat dan tindakan oleh pihak Pakatan Haprak ini jelas mereka hanya pandai berkata-kata tetapi dalam masa yang sama sudah menghidu retak menanti belah.
Kejadian melupuskan dokumen sulit ini diberitakan berlaku di Selangor dan telah diarahkan oleh salah seorang exco kerajaan negeri untuk di shredder.Manakala petugas-petugas untuk melupuskan dokumen-dokumen ini di lakukan hanya oleh petugas berbangsa Cina kerana petugas Melayu dikhuatiri membocorkan maklumat dalam erti kata sebenar tidak boleh dipercayai.
Gambar diatas adalah merupakan gambar sebenar dokumen-dokumen yang telah di shredder dan menunggu masa untuk dibuang.Sumber menyatakan gambar tersebut telah di email kepada salah seorang blogger oleh mereka yang berada di pejabat salah seorang exco kerajaan negeri Selangor.
Jika ianya benar bermakna Pakatan Haprak sudah menghidu bau-bauan kekalahan dan jika ianya tidak benar maka gambar di atas adalah gambar sampah-sampah yang perlu dibuang seperti rutin biasa sesebuah pejabat.
Anda rasa mana satu ????
MMI.
No comments:
Post a Comment