Followers

Sunday 24 June 2012

PANAS ! Jom Tumbangkan Kerajaan BN


Puak-puak Pakatan Haprak makin hari makin galak ataupun taksub untuk menguasai negara Malaysia.Malah MMI yakin ramai yang sudah mendengar malah melihat sendiri bagaimana rakusnya mereka hinggakan terkinja-kinja untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional.

Sebelum ini pun kita sering kali mendengar bahawa perjuangan Pakatan Haprak hari ini tidak lain dan tidak bukan mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan mengambil alih Putrajaya.Soal perjuangan menjadi perkara kedua kerana yang penting tumbangkan Barisan Nasional.Paling terkinja-kinja sekali adalah puak yang paling bangang sekali dalam Pakatan Haprak siapa lagi kalau bukan parti Pas.

Jika dulunya merekalah yang lantang sekali mengkritik usaha kerajaan Barisan Nasional untuk membangunkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara sehinggakan ada diantara pemimpin mereka telah pun berikrar sekiranya berjaya menguasai Putrajaya maka Putrajaya akan di lelong.

Begitu hebat sekali cita-cita penyangak negara ini.

Kemudiannya seluruh negara digemparkan dengan berita seorang khatib mendoakan kesejahteraan ketua menteri dalam satu khutbah jumaat yang berlaku di Tasek Gelugor Pulau Pinang.Gemak gempita negara dengan isu ini sehinggakan laporan polis dibuat terhadap khatib berkenaan.


Kali ini kita digemparkan sekali lagi dengan berita yang berlaku di Guar Perahu Permatang Pauh Pulau Pinang juga didalam khutbah jumaat bilamana khatib yang sedang berkhutbah di mimbar masjid telah mendoakan supaya kerajaan di tumbangkan.

Masyaallah,Apakah ini tindakan yang seharusnya dilakukan oleh seorang khatib diatas mimbar dalam satu khutbah jumaat ?

Jelas sekali tindakan tersebut merupakan satu lagi kesempatan yang diambil oleh juka-juak Pakatan Haprak menjadikan mimbar masjid sebagai tempat untuk menjalankan kempen politik sempit mereka.

Apakah dengan berdoa supaya kerajaan di tumbangkan mampu memberikan mesej terbaik kepada para jemaah yang hadir ? Bukankah berdoa untuk umat Islam diperkasakan serta diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk kebaikan Islam dan seluruh umatnya adalah yang paling baik.


Bukankah berdoa untuk umat Islam di Malaysia bersatu atas nama perpaduan adalah lebih afdal ?

Oh ya! MMI mungkin terlupa kerana dasar parti Pas sahabat baik kepada DAPigs dan PKR dalam Pakatan Haprak adalah menolak perpaduan sesama Islam.Ianya amat jelas sekali apabila Pas secara terang-terangan menolak untuk bersama UMNO sedangkan orang-orang UMNO adalah juga mereka yang seagama dan sebangsa dengan mereka.


Lihat saja kata-kata yang dipetik daripada Haji Hadi sendiri.Apakah ianya "konsisten" atau berubah-rubah mengikut cuaca dan selera pengundi ? 

Inilah yang MMI bimbangkan kerana hari ini kita umat Islam sedang berdepan dengan satu gerakan yang kononnya berjuang atas nama Islam tetapi dalam masa yang sama sedang berusaha untuk memecah belahkan sesama Islam.


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels