Followers

Monday 4 June 2012

Rakyat Lebih Percayakan Gelombang Biru


Kebangkitan gelombang biru semakin di rasai di seluruh negara.Walaupun Pas baru sahaja selesai mengadakan perhimpunan yang kononnya mahu ke Putrajaya namun di satu sudut jelas menunjukkan mereka semakin tertekan dan seakan sudah tahu bahawa PRU13 tidak akan menyebelahi Pakatan Haprak apatah lagi parti Pas yang semakin hilang arah.

Gelombang biru kini sudah di rasai di seluruh negara bahkan Kelantan yag terkenal sebagai kubu kuat Pas juga sebenarnya sudah mula menampakkan perubahan bila mana Pakatan Haprak mula di tolak kerana dilihat sebagai satu ikatan yang tidak mempunyai dasar dan pendirian seperti mana Barisan Nasional.

Di tambah pula dengan kesilapan demi kesilapan yang di tunjukkan oleh para pimpinan Pas dalam menerajui parti sehinggakan ianya dilihat sudah lari dari landasan perjuangan membuatkan rakyat semakin menolak Pas dan Pakatan Hapraknya.

Pembangkang yang bimbang tidak dapat sokongan sekuat dijangkakan sengaja melancarkan perang psikologi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional jika mereka gagal dalam proses demokrasi pilihan raya umum akan datang.


Ini ekoran tindakan pembangkang membangkitkan isu kononnya pilihanraya negara tidak bebas dan adil serta mengadakan rusuhan haram Bersih 3.0 sedangkan banyak penambahbaikan berkaitan pilihanraya sudah dilakukan Suruhajaya Pilihanraya (SPR).

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan atas dasar apa perlu Bersih 3.0 dan sebelumnya yang diketuai Datuk S Ambiga padahal banyak perkara dicadangkan mereka sudah diterima malah kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas penambahbaikkan pilihanraya di peringkat Parlimen.

“Mungkin analisis pembanbangkang mereka tidak dapat sokongan sekuat mereka jangkakan. Mereka fikir BN akan jadi lemah selepas 2008 dan BN tidak pulih, tetapi jangkaan mereka meleset kerana BN kembali kuat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihanraya BN Wilayah Persekutuan  di Stadium Tasik Tititwangsa yang dihadiri lebih 5,000 jentera BN.Klik Sini

Dari satu sudut MMI mengakui bahawa Pas merupakan satu-satunya parti dalam Pakatan Haprak yang masih mempunyai sokongan dan sokongan ini merupakan yang terbesar jika di bandingkan dengan DAPigs dan PKR.Namun seperti biasa Pas tidak mampu untuk bersuara malah dilihat hanya menjadi pak turut dan jentera yang dipergunakan untuk memperkuatkan Pakatan Haprak.

MMI cukup yakin walaupun Pas merupakan satu-satunya parti terkuat dalam Pakatan Haprak namun semuanya terkulai tidak bermaya apabila sikap tamak dan riak untuk berkuasa menjadikan mereka hanya menyerahkan segalanya kepada yang tidak sepatutnya.

Persoalannya mampukah Pas menjadi pemimpin dalam Pakatan Haprak untuk menerajui negara sekiranya mereka menang PRU13 ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels