Followers

Friday 17 August 2012

For Those Who Contribute To Rock - Nantikan LEFTWINGS !!


Kali ini kita cerita bab rock pula lah , selalu sangat politi-politik ni bukan apa kadang-kadang kena rehat juga.MMI cukup meminati muzik jenis rock dan seangkatan denganya maklumlah MMI dibesarkan di zaman band-band rock tengah meletup-letup.

So kepada ada yang meminati muzik rock sememangnya filem LEFTWINGS adalah sebuah filem yang pastinya dinanti-nantikan.

Adakah anda merupakan peminat sejati band rock gergasi tempatan WINGS? Pernah membesar dengan mendengar lagu Sejati? Bernafas Di Dalam Lumpur? Opera Hidup? Hukum Karma? Ataupun sekurang-kurangnya Biru Mata Hitamku? Ikutilah kisah mengenai band indie tempatan yang memperjuangkan jalur muzik mereka berpaksikan pengaruh irama WINGS.

Leftwings merupakan sebuah filem muzikal yang mengisahkan tentang empat anak muda (Ray, Dino, Rizal, Shah) yang telah menubuhkan sebuah band indie dengan menjadikan band rock WINGS sebagai idola mereka. Mereka bercita-cita ingin memperjuangkan jalur muzik Rock dan juga cuba mencipta nama di dalam industri mainstream. Mereka juga memasang impian ingin menjadi pelapis kepada band pujaan mereka, WINGS dengan menamakan band mereka sebagai LEFTWINGS, iaitu band 'sayap kiri' kepada WINGS.

Di samping itu, mereka juga menghadapi rintangan di dalam kehidupan peribadi mereka, konflik dalaman serta masalah cinta yang akan mempengaruhi hala tuju band mereka. Dapatkah keempat-empat anak muda ini mengekalkan perjuangan band mereka disebalik konflik yang dihadapi oleh mereka?

Menarikkan ? So pastikan 30 Ogos 2012 LEFTWINGS bakal menjengah pawagam berdekatan anda.Sebagai warmup sebelum anda dapat menyaksikan LEFTWINGS , MMI bawakan trailer filem tersebut.



Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari laman blog leftwings2011.blogspot.com .

Rock Steady !!

Psstt Teringat masa main band dulu fuh !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels