Followers

Saturday 11 August 2012

GEMPAR - Pak Ali Jumpa Pari-Pari !!


Alhamdulillah , bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya maka kerja-kerja MMI dapat diselesaikan dan berjalan lancar.Jadi maksudnya MMI boleh teruskan dunia blogging macam biasa.

Ok entri kali ini MMI nak santai-santai ja sebelum kita pick up balik bab dunia politik yang sememangnya penuh dengan berita.Apatah lagi dalam suasana hari ini Pakatan Haprak dilihat seolah-olah semakin gila meroyan sampaikan ada pemimpin sorang tu dah berkira-kira nak jadi PM sebelum election ! Hebat permainan politik mamat tu tapi MMI yakin rakyat Malaysia sudah pun kenal dengan sikap mamat tu yang suka sangat menipu.

Ok sudah-sudahlah tu , Kali ini MMI bawakan satu cerita berkenaan seorang lelaki tua dan pari-pari.Tapi sebelum tu ampa semua kena ingat na cerita ni tak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah mati.

Ceritanya bermula begini ,

Pada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak Ali.

Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari-pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

Moral Of The Story ampa pakat-pakat pikir lah noo..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels