Followers

Wednesday 8 August 2012

Olimpik London 2012 - Atlet Hot & Seksi


MMI masih teringat apabila ada kejohanan sukan besar-besar macam olimpik ni pastinya akan ada atlet yang dianggap sebagai selebriti.Mengapa begitu mungkin kerana liputan dan kecantikan yang dimiliki oleh atlet tersebut menyebabkan hal sedemikian berlaku.

Dulunya ada seorang pelumba trek yang kalau tak silap MMI merupakan pelari selebriti kerana mempunyai wajah yang cantik dan siap bermekap ketika menyertai acara dan lebih hebat tu siap menang lagi.Kalau tak salah pelari wanita USA.

Kini dalam Olimpik London 2012 perkara yang sama berulang lagi. 

Atlet lumba basikal Britain Victoria Louise Pendleton 32 adalah merupakan pelumba basikal untuk negara Britain bagi acara pecut.Beliau dikhabarkan telah mewakili Britain dan England dalam banyak siri kejohanan antarabangsa.

Pencapaiannya yang terhebat adalah memenangi sembilan kali kejuaraan dunia dan mencatat rekod peribadi dalam enam pertandingan.


Di Olimpik London kali ini beliau telah berjaya memenangi pingat emas bagi acara keirin wanita dan perak dalam acara pecut.

Populariti beliau telah diberikan liputan meluas oleh pihak media hingga diundang oleh beberapa majalah sebagai model sukan untuk pengambaran. 





Memang beliau antara atlet yang cantik dan seksi dan kepada anda yang nak tengok gambar-gambar seksi Victoria Louise Pendleton Klik Sini dan tanggung sendiri aa..

Walaupun Britain berbangga dengan atlet selebriti mereka bernama Victoria Malaysia pun sebenarnya apa kurangnya , MMI pun sebenarnya turut berbangga malah menghormati atlet ni bukan kerana seksinya tapi kerana sifat dan kesungguhan beliau dalam setiap pertandingan malah perjuangan sehingga ke saat terakhir sudah membuktikan bahawa beliau merupakan kebanggaan negara.

Siapa lagi kalau bukan Datuk Lee Chong Wei pemain badminton perseorangan negara yang telah menunjukkan satu perlawanan yang cukup bermaruah.Walaupun kalah di perlawanan akhir namun bagi rakyat Malaysia ianya satu kemenangan.


Seksi tak ? Hehe MMI nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang baru-baru ini memberikan penghargaan kepada Datuk Lee Chong Wei wira negara kita yang berjaya merangkul pingat perak dalam Olimpik London 2012.

Sokongan dan penghargaan anda membuktikan rakyat Malaysia sebenarnya bijak dan matang dalam menilai satu-satu perkara bukan macam sesetengah pihak tu hancus.

Steady Datuk Lee Chong Wei..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels