Followers

Monday 13 August 2012

Our National Hero - Datuk Lee Chong Wei


Tersentuh hati MMI apabila menyaksikan semangat rakyat Malaysia yang menunjukkan kematangan mereka dengan terus memberikan sokongan padu kepada atlet negara kita khususnya kepada Datuk Lee Chong Wei.

Menangis MMI kerana usaha dan kreativiti rakyat Malaysia yang mahu menunjukkan sokongan mereka kepada Datuk Lee Chong Wei cukup menyentuh hati dan ini membuktikan kepada mereka di luar sana rakyat Malaysia sebenarnya tahu menilai dan membezakan siapa sebenarnya yang bekerja bersungguh-sungguh untuk kebaikan negara dan seluruh rakyatnya.


 

Video-video di atas memadamkan terus cacian serta tohmahan oleh segelintir mereka di luar sana yang tidak langsung mempunyai semangat kenegaraan.

Di kesempatan ini juga MMI nak ucapkan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bersatu hati dalam memberikan sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei dan kita sebenarnya sudah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu untuk terus hidup dalam sebuah masyarakat yang berbilang bangsa dan berbilang agama kerana kita 1Malaysia.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels