Followers

Thursday 9 August 2012

PANAS ! Blog Surau Siarkan Artikel Lucah


MMI bawakan entri yang mengejutkan melibatkan sebuah blog milik Surau Al-Ikhwan yang didedahkan oleh sahabat blog MMI , Penggempur Mutiara.

Beristighfar panjang PM apabila terbaca sahaja entri terbaru yang dikeluarkan oleh Surau Al- Ikhwan yang dinaungi oleh ADUN Sungai Bakap dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ustaz Mokhtar Shafie.

Manakan tidak, sebaik sahaja PM layari blog yang PM sangkakan diisi penuh dengan info keagamaan, entri pertama yang terpampang bertajuk MENIKMATI KELAZATAN HIDANGAN PENIS mengganggu konsentrasi PM. (KLIK SINI UNTUK MEMBACA ENTRI BLOG TERSEBUT YANG PM MAKSUDKAN)

Adakah makanan berunsurkan kelucahan melampau seperti itu adalah sebahagian promosi berbuka puasa anjuran Surau Al Ikhwan berkenaan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini?

Berdasarkan header yang dipamerkan, PM dapati surau berkenaan dipengerusikan oleh seorang individu berideologi Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Ustaz An-Nur.

Kewajaran telahan PM sebelumnya bahawa Pengerusi surau tersebut adalah berideologi Pakatan Rakyat dikuatkan lagi dengan pautan ke blog Adun Sungai Bakap, Ustaz Mokhtar Bin Shafie pada penjuru atas sebelah kanan blog tersebut.


Komen MMI

Mungkin inilah kesan dasar Negara Berkebajikan yang di perjuangkan PAS hari ini.Kebajikan sungguh depa..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels