Followers

Monday 13 August 2012

Pemuda PAS Pertahankan Khalid Gagap !!


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas Datuk Seri Noh Omar kerana didakwa mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya meletakkan jawatan jika gagal menangani isu air di negeri itu.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor mendakwa, desakan itu dilihat seperti satu bentuk ugutan kepada Menteri Besar yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak.

“Beliau (Noh) sepatutnya membantu menyelesaikan masalah air di Selangor dengan berusaha membantu kerajaan negeri menyelesaikannya, bukan mengugut Menteri Besar meletakkan jawatan jika gagal menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh yang dijanjikan.

“Tidak wajar beliau mengugut sedemikian terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Riduan berkata, Noh sepatutnya membantu Khalid menyelesaikan isu air dengan menyokong usaha kerajaan Selangor membuat penstrukturan semula air di negeri itu serta usaha pengambilalihan syarikat konsesi.

Tambah beliau, apa juga keputusan yang menguntungkan rakyat perlu disokong tanpa mengira siapa yang mengusahakannya.

Apa benar itu maksudnya ? Bagi MMI kenyataan Riduan itu hanyalah retorik semata-mata dan ianya dibuat dengan kepentingan politik Pakatan Haprak yang sedang nazak.

Apakah Riduan tahu bahawa kenyataannya itu seolah-olah mengata kepada diri sendiri ? Bukankah sebelum ini juak-juak Pakatan Haprak yang paling hebat sekali dalam soal menuntut seseorang pemimpin itu untuk meletak jawatan ? Lupakah Riduan dengan apa yang juak-juak Pakatan Haprak lakukan terhadap Shahrizat kalau bukan menuntut beliau untuk meletakkan jawatan dalam kes NFC sebelum ini walaupun beliau akhirnya didapati tidak bersalah.

Mengapa di saat itu Riduan seorang Ketua Penerangan Pemuda PAS diam seribu bahasa.Mengapa tidak mengeluarkan kenyataan yang sama seperti mana yang dikeluarkan untuk mempertahankan Khalid Gagap yang sudah terbukti gagal mentadbir Selangor dengan baik.Klik Sini

Juak-juak PAS ni kalau bercakap sampai lupa daratan.MMI pun kadang-kadang mushkil juga dengan juak-juak ni sebab cara dan cakap mereka memang dilihat hebat tetapi pelaksanaan hancur.Sampaikan tahap tu pun masih nak bangga diri lagi.

Sebenarnya PAS pun dah ketandusan pemimpin yang baik-baik dan yang tinggal hanyalah mereka-mereka yang berjiwa Erdogan.Mereka dilihat lebih mahu menjadikan PAS sebagai parti mak bapak mereka.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan membuktikannya melalui kenyataan beliau terhadap kemasukan Datuk Mohd. Tamrinn Ghafar Baba ke dalam PAS sebagai penyuntik semangat.PAS sudah semakin nazak hinggakan memerlukan orang luar untuk menyuntik semangat kepada ahli-ahlinya.Mungkin artis saja tidak cukup umphhh kot.

Langkah Datuk Mohd. Tamrin Ghafar Baba menyertai PAS memberi suntikan semangat baharu kepada parti tersebut.

Riduan mendakwa, tindakan Tamrin menyertai PAS juga membuktikan beliau seorang yang berprinsip dan berani menghadapi sebarang cabaran.

“Penyertaan Tamrin ke dalam PAS memberi suatu suntikan semangat kepada seluruh ahli PAS. Beliau sanggup mengenepikan segala keseronokan yang dinikmati untuk menyertai perjuangan PAS,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Riduan seterusnya mendakwa, Tamrin juga membuktikan semakin ramai pihak kini sedar tentang dasar perjuangan parti PAS.

Sebuah portal berita pada 12 Ogos lalu melaporkan Tamrin secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS.

Tamrin dilaporkan berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.

Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, beliau kini bersedia “mewakafkan masa dan batang tubuhnya” untuk perjuangan PAS.

Sejauh mana kebenaran kenyataan Riduan apabila menyatakan kemasukan Tamrin membuktikan RAMAI PIHAK KINI SEDAR TENTANG PERJUANGAN PARTI PAS malah jika dilihat dalam suasana sekarang sememangnya ramai rakyat sudah sedar tentang perjuangan parti PAS yang semakin melencong dan sesat dan hasilnya ramai yang sudah mula beredar meninggalkan PAS.

Cumanya Tamrin sahaja yang masuk PAS dan tindakan tersebut langsung tidak memberikan impak kepada UMNO dan Barisan Nasional malah beliau sebenarnya mengalami krisis identiti sehinggakan lupa sejarah. 

Barangkali PAS juga semakin hilang identitinya..Cakap tarak serupa bikin punya!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels