Followers

Thursday 25 October 2012

Anwar Pasti Benci Berita Ini !!!


Anwar pasti benci dengan berita ini malah kencing pun dah mula tak lawas bilamana kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah diiktiraf oleh badan dunia terhadap segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan melalui GTP selama ini. 

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini memuji dan menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan pembaharuan undang-undang di bawah Program Transformasi Politik yang selaras dengan perjuangan hak asasi antarabangsa.

Penyelaras PBB Malaysia, Kamal Malhotra berkata, kerajaan dan rakyat Malaysia dilihat begitu komited dalam memastikan pembangunan serta demokrasi terus subur di negara ini.

"Pemansuhan Akta Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Akta Kediaman Terhad 1933 merupakan bukti komitmen kerajaan menambahbaik hak asasi manusia di Malaysia.

"Malah, kami menyambut keputusan kerajaan untuk melaksanakan 26 daripada daripada 32 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya sebelum Pilihan Raya Umum akan datang,"katanya.

Hairan bagaimana orang luar boleh mengiktiraf dan melihat Malaysia sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat tetapi segelintir rakyat sendiri sanggup untuk menggadaikannya ??

Kepada Anwar , MMI nak bagitahu sikit semuanya kerana komitmen , usaha dan niat yang baik bukan kerana sifat tamak haloba , dengki lagi kianat yang telah sebati dalam diri kamu !!

Apa pun MMI bersyukur kepada Allah SWT keranamulah Malaysia kini mampu terus cemerlang ..

Psstt ramai yang bagitau MMI dah sedia dan akan bagi komitmen 100% untuk pastikan Pakatan Haprak berkubur dalam PRU13 nanti.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels