Followers

Thursday 18 October 2012

Nilai Wanita Ini RM100 Juta !! Biar Betul ??


RM100 juta untuk wanita ini ? Fuh mahalnya , apa yang istimewanya sampaikan ianya bernilai RM100 juta ? Kalau setakat cantik dan body yang menarik banyak lagi aih daripada dok membazir duit tu.

Apa pun pasti ada sesuatu yang menarik tentang nilai RM100 juta tersebut.

Untuk makluman semua gambar diatas hanyalah sekadar hiasan dan nilai RM100 juta tu ampa kena baca yang dibawah ni..Selamat membaca..

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Namun, menurut Perdana Menteri, masyarakat sering mengambil mudah fakta itu walaupun jelas tiada negara lain khususnya di rantau ini yang mengiktiraf sistem pendidikan Cina kecuali Malaysia.

Malah, Najib menegaskan, beliau pernah menarik semula peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 yang memberi kebenaran kepada menteri menukar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan ketika memegang jawatan Menteri Pelajaran.

"Apa yang dilakukan itu merupakan tanda komitmen dan keikhlasan kita mengiktiraf sistem pendidikan Cina, seterusnya meletakkannya di dalam sistem pendidikan kebangsaan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kerajaan juga mengiktiraf kewujudan 60 sekolah menengah persendirian Cina yang terdapat di negara ini.

Katanya, sekolah-sekolah itu turut mengambil peperiksaan awam seperti sekolah-sekolah lain.

Malah Najib turut menjelaskan kedudukan terkini permohonan pembinaan sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan, Pahang seperti yang dituntut komuniti di kawasan tersebut.

"Kita bersetuju dengan permohonan itu tetapi menetapkan semua pelajar wajib mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika pelajar mahu mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), itu terpulang kepada mereka," katanya.

Kerajaan juga menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membangunkan SJKC di seluruh negara.

Selain itu, tambah beliau, kerajaan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar terbaik UEC selain menyelesaikan segera isu kekurangan guru di SJKC.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan harapan melihat masyarakat Cina di negara ini fasih berbahasa Melayu.

Apa lagi yang dimahukan oleh sesetengah pemimpin cauvinis yang sering menjadikan pendidikan bangsa Cina sebagai agenda bagi menyerang kerajaan?

Sepatutnya mereka bersyukur kerana di negara ini hak mereka sentiasa dipelihara dan dijaga oleh kerajaan Barisan Nasional.Lihat saja peruntukan RM100 juta sudah cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melupakan mana-mana bangsa di negara ini malah diberikan perhatian yang sewajarnya.

Hanya yang biadap dan kurang ajar sahaja yang sering menimbulkan masalah !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels