Followers

Saturday 20 October 2012

PANAS Siapa Yang Kena Pecat ??


PANAS ! PANAS ! PANAS ! Siapa pula yang di pecat ni ? Apakah ianya pemimpin UMNO ? Barisan Nasional ? Pakatan Haprak ? Mengapa dipecat ? Pastinya persoalan inilah yang bermain di fikiran masing-masing apatah lagi dalam suasana yang tinggal tidak berapa bulan saja lagi untuk menghadapi pilihanraya.

Untuk makluman juga gambar diatas tidak ada kena mengena dengan entri ini dan ianya hanya sekadar hiasan.

Sebagai peringatan untuk setiap ahli UMNO yang ada hajat bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang bakal berdepan dengan tindakan pecat dan tidak akan diterima semula sebagai ahli parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa ianya telah diamalkan sejak dulu lagi di mana ahli parti yang bertanding sebagai calon bebas akan secara automatik dipecat sebagai ahli.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Jumaat.

Diminta mengulas persiapan jentera parti di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi menghadapi PRU13, Najib memberitahu untuk memantapkan lagi persiapan parti segala arahan berjalan sebagaimana diarahkan.

Menjawab soalan samada calon akan diumum lebih awal bagi mengelakkan sebarang protes, Najib meminta perkara itu dikemudiankan dan tidak perlu 'excited' tentang perkara tersebut.

Inilah yang membuatkan juak-juak Pakatan Haprak semakin tidak senang duduk , UMNO kini dalam fasa terakhir melakukan persiapan sebelum gendang perang dibunyikan.

Kepada ahli UMNO yang ada niat dalam hati nak bertanding juga atas tiket bebas kerana tak terpilih oleh pucuk pimpinan nanti lebih baik duduk diam-diam ja lah tak pun keluar ja dari parti sebab UMNO tak perlukan orang macam kamu.

Tegas tu..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels