Followers

Friday 19 October 2012

Tebuk & Kunci Kemaluan Isteri !! Gila Punya Kerja ..


Macam-macam hal manusia ni daripada yang pengotor sampailah kepada yang pelik-pelik , rasanya itulah sebenarnya yang membezakan antara manusia dan spesis-spesis lain di planet bumi ni.

MMI kadang-kadang hairan dalam dunia yang serba moden ini rupa-rupanya masih ada manusia yang cetek pemikirannya.Barangkali mungkin kerana corak kehidupan dan taraf pendidikan seseorang itu bakal menetukan sejauh mana  sikap dan tindakan mereka.

Di India , seorang wanita yang dikenali sebagai Sitabai Chouhan dikejarkan ke Hospital Maharaja Yashwant Raoin di Indore India kerana cubaan membunuh diri. Beliau cuba membunuh diri dengan memakan racun tikus. 

Semasa beliau cuba dirawat , pihak hospital menemui sebuah mangga yang mengunci kemaluan beliau. Yang mengerikan disini ialah mangga tersebut mengunci kemaluan beliau melalui lubang yang ditebuk secara terus melalui labia milik Sitabai. 


Setelah disoal siasat Sitabai memberitahu pihak hospital suami beliau Sohalnal Chouhan (38) mengunci beliau sejak empat tahun yang lalu. Setelah ditahan pihak polis Sohalnal berkata beliau melakukan kuncian ini kerana mengesyaki si isteri akan mencari lelaki lain ketika beliau tiada rumah.Seterusnya 

Apakah tindakan tersebut boleh dianggap sebagai perasaan sayang yang teramat mendalam atau ianya adalah tindakan manusia yang sewel ? 

Bagi MMI tak perlu jawab pun tak pa yang penting ampa semua jangan buat perkara lagu ni dekat isteri masing-masing sebab para isteri kita dah banyak berkorban untuk kita dan keluarga.

Psstt Dengar-dengar cerita katanya Kak Jijah pun tengah cari kat mana nak beli cawat besi macam diatas senang sikit kata dia..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels