Followers

Tuesday 20 November 2012

Alahai Kerana KeDUNGUAN PAS Di Hentam Lagi !!


PAS perlu meneliti dan memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia terlebih dahulu sebelum mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) gagal memartabatkan pendidikan negara, kata Profesor Dr Sidek Baba (gambar).  

Pakar pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, ini kerana tanggungjawab membangunkan pendidikan negara bukanlah sesuatu perkara yang mudah sebaliknya memerlukan modal insan yang berkualiti lagi berpengetahuan tinggi.

Justeru, mana-mana pihak yang ingin menyuarakan pandangan atau kritikan tidak perlu membuat andaian sendiri atau terikut-ikut dengan pandangan pihak lain yang langsung tidak memahami kandungan pelan tersebut.

"Membangun pendidikan ini dalam konteks masyarakat berbilang merupakan cabaran besar bagi kita di Malaysia.

"Ia tidak semudah cakap dengan idealisme yang tinggi tetapi memerlukan modal insan yang berkualiti dan ilmuan yang tinggi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

"Adalah tidak adil jika kita hanya jadi penonton mengharapkan sesuatu perubahan yang cepat berlaku tanpa menyumbang ke arah perubahan," katanya kepada Antarapos.

Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dalam ucapan Dasar Muktamar parti itu baru-baru ini mendakwa PAS berkewajipan memperkenalkan agenda pembangunan insan sebenar mengikut acuan Allah S.W.T. 

Bahkan Hadi secara langsung menempelak Kerajaan Persekutuan gagal menjadikan negara dan bangsa ketinggalan, lemah dan hina. 

Sehubungan itu, Sidek berkata PAS sebenarnya tidak faham tentang pendidikan negara yang harus diseimbangkan bukan hanya Pendidkan Islam semata-mata. 

Bekas Timbalan Rektor UIAM ini turut menjelaskan, Malaysia tidak pernah menolak kewujudan pusat-pusat pengajian Islam sebaliknya melakukan transformasi pendidikan berteraskan agama itu.

"Mereka sebenarnya tidak jelas tentang pendidikan Islam itu sendiri, apa yang sepatutnya dibuat. Pendidikan Islam itu bermula daripada diniyah iaitu agama," ujarnya.

Mengulas lanjut, Sidek berkata untuk menuju ke arah pendidikan yang cemerlang, negara harus dilengkapi dengan pakar-pakar yang faham tentang menghasilkan sistem pendidikan secara menyeluruh. 

"Untuk menghasilkan sistem pendidikan yang menyeluruh kita perlu tenaga yang berkualiti tidak hanya faham tentang tasawur Islam ilmu dunia tetapi juga memerlukan kepakaran.

"Pendidikan yang tradisional seperti pondok dan madrasah dan mahad tahfiz menyumbang dari segi ilmu diniyah iaitu agama.

"Tetapi tidak sangat menyumbang ilmu mengurus sistem yang memerlukan tahasuf iaitu pengkhususan dalam bidang ICT, professional, sains dan teknologi," katanya.

Katanya lagi, kerajaan kini melakukan banyak usaha untuk menaik taraf pendidikan Islam seiring dengan pembangunan pelan pendidikan yang lain tidak seperti yang didakwa oleh PAS, kononnya pendidikan Islam semakin tersisih.

"Kalau tidak apa yang akan berlaku adalah corak pendidikan yang pada masa kini lebih berkembang tanpa asas tasawuf yang betul-betul berkualiti. 

"Kita sedar bahawa pendidikan dalam negara ini masih lagi ada elemen yang lain tetapi perubahan sedang berlaku," ujarnya.

Bagi MMI inilah masalah pemimpin PAS yang suka sangat takbur kononnya merekalah yang tahu segala-galanya.Dalam diri mereka sudah pasti tersemat satu perasaan kebencian yang penuh dendam yang kini sudah pun menutupi hati masing-masing.

Kerana itulah PAS kini dilihat lebih terarah kepada usaha memenuhi keperluan rakyat demi untuk mendapatkan sokongan agar pengundi memilih mereka dalam pilihan raya nanti.

Meninggalkan perjuangan asas sejak di tubuhkan dulu , PAS kini di lihat tidak lagi Islamik malah ada ketikanya mereka dilihat sudah hilang pendirian dan kini sedang tercari-cari rentak bagi memenuhi tuntutan nafsu bersama Pakatan Haprak untuk berkuasa.

Agak pelik melihat PAS kini sudah mula membicarakan hal-hal dunia yang dulunya langsung tidak di sentuh atas alasan perjuangan menegakkan Islam lebih penting dari segalanya.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM !! Ke mana perginya slogan ini agaknya ??

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels