Followers

Thursday 15 November 2012

Anwar Pasti Bengang Dengan Berita Ini !!


Anwar Ibrahim seorang penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor Khalid Gagap pasti bengang dengan berita dibawah.Semuanya kerana kenyataan beliau dan juak-juaknya kononnya ekonomi Malaysia bakal merundum kerana pentadbiran dan pengawalan yang tidak berhemah.

Namun semua tohmahan dan cakap-cakap kosong mereka selama ini terjawab dengan kenyataan daripada Christine Lagarde (gambar) jauh sama sekali jauh meleset daripada apa yang pernah diperkatakan oleh seorang penasihat ekonomi yang bergaji RM1 ini.

Bagi MMI memang selayaknyalah Anwar di bayar RM1 sebagai penasihat ekonomi Selangor memandangkan nasihat beliau selama ini hanyalah terarah kepada soal menjana ekonomi kantung sendiri daripada rakyat.

Buktinya lihat saja Selangor hari ini yang dilanda masalah kekurangan air sehinggakan mewujudkan isu Langat 2 yang sehingga ke hari ini masih gagal diselesaikan.

Anwar sememangnya bijak mengaburi mata rakyat apabila menggunakan seluruh kesempatan yang ada bagi memenuhi kantung ekonomi beliau dan parti sendiri.

Tak percaya lagi , jangan lupa apa yang ada diatas jalan sekarang kalau bukan bas mewah,lori kontena dan terbaru kenderaan pacuan empat roda yang digunakan oleh AMK bagi menjalankan kempen politik mereka.

Dari mana agaknya dana-dana tersebut datang ? 

MMI tinggalkan persoalan tersebut untuk anda selesaikan sendiri..

Kenyatan daripada Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa Christine Lagarde bahawa Malaysia mampu mewujudkan pertumbuhan yang mapan berikutan ekonominya yang seimbang daripada pelbagai aspek sudah cukup untuk menepis segala tohmahan Anwar dan juak-juaknya selama ini.

Beliau berkata, pelbagai sektor turut memainkan peranan bagi memastikan ekonomi negara tumbuh secara berterusan.

"Malaysia mempunyai objektif jangka pendek dan misi jangka panjang yang jelas dengan mengenalpasti sektor ekonomi yang akan menjana pertumbuhan pada masa akan datang.

"Ekonomi Malaysia adalah lebih seimbang. Bukan sahaja daripada sudut eksportnya, malah pelaburan dan penggunaan yang tinggi mewujudkan permintaan berterusan di negara ini," katanya selepas menghadiri sidang media di sini hari ini.

Jangan marah Anwar , rakyat dah makin bijak bro !! Lu Langsi PRU Wa Tak Kasi hehe..

MMI.

1 comment:

  1. ape la ko megarut ni hu3 politik pon ambik pot sat bdak2 , tak reti apa2 korang gaduh sana gaduh sini buat apa dosa? ka? jgn ckp pandai melalui blog aje cuba ko bersuara then cer tengok duit dah cukup ^_^ hahah pandai2 la menilai sekarang duit syiling pon dah melekat dengan magnet

    ReplyDelete

Labels