Followers

Sunday 11 November 2012

Belia Felda BOIKOT H1mpunan Generasi Baharu ?!!



H1mpunan Generasi Baharu Felda yang bakal menghimpunkan kira-kira 10,000 belia Felda dari seluruh negara di padang kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM) esok merupakan manifestasi sebuah janji ditepati.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sejajar dengan manifestasi itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pemberian RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

“Perhimpunan mega seperti ini merupakan satu manifestasi janji ditepati sebagai menghargai sokongan masyarakat Felda khususnya generasi kedua kepada transformasi yang dilakukan kerajaan," katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Pada Mei lalu, Najib mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada peneroka, isteri dan generasi kedua Felda yang diagihkan dalam tiga fasa membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM1.689 bilion sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Yang turut hadir, Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad, Presiden Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof), Datuk Khairil Anuar Aziz dan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Manap.

Dalam pada itu, ketika berucap merasmikan H1mpunan Generasi Baharu Felda selepas sidang akhbar tersebut, Ahmad berkata, generasi kedua Felda wajib berbangga dengan kejayaan kerajaan membangunkan masyarakat peneroka sehingga diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Menyentuh pemilihan UiTM sebagai tapak perhimpunan pula, beliau berkata, ia bertujuan membangkitkan cita-cita generasi muda Felda untuk berlumba-lumba mengejar ilmu bagi mentransformasikan kehidupan mereka.

“UiTM sebuah institusi ulung yang telah banyak mengangkat masyarakat bumiputera.

“Kita mahu kesempatan berhimpun di sini digunakan untuk memasang cita-cita bagi mentransformasi hidup kerana kita tidak mahu mereka sekadar kekal sebagai peneroka," katanya.

Sementara itu, sempena program himpunan tersebut pelbagai aktiviti dirangka antaranya wacana ilmu bertajuk Satu Transformasi Untuk Dinikmati, pameran, persembahan pentas dan konsert generasi baharu Felda.

Inilah antara bukti kerajaan sentiasa memikirkan tentang rakyatnya.MMI yakin program sebaik ini pasti akan dijadikan modal oleh juak-juak Pakatan Haprak untuk menyerang kerajaan apatah lagi dalam suasana yang semakin meruncing bagi Pakatan Haprak kini sudah tentunya pelbagai medium akan dipergunakan.

Biasalah dah dasar juak-juak Pakatan Haprak sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan kerajaan tapi MMI rasa puak-puak tu terlupa satu perkara , dalam program himpunan belia Felda ni kerajaan sebenarnya menjalankan kewajipan mereka terhadap anak-anak belia Felda khususnya dalam memasang impian untuk berjaya.

Agaknya apa yang Pakatan Haprak buat selain dari ceramah penuh maki dan fitnah ?

Ops terlupa pula MMI , juak-juak Pakatan Haprak bukan fikir pun pasal rakyat ! puak tu hanya pasang niat untuk ke Putrajaya lepas tu nak pegang jawatan besar-besar supaya dapat penuhkan kantong masing-masing..Tak percaya tanya Mansor di Penang !!!

Psstt tak ada sapa pun boikot sebenarnya .. tapi ampa tunggu sikit hari lagi warga Felda pula nanti boikot Pakatan Haprak...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels