Followers

Friday 16 November 2012

HOT Khalwat Dengan Pegawai Sendiri !!

Gambar Hiasan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang pegawai kementerian itu di sebuah hotel di sini awal pagi ini.

Hasan, 56, yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 boleh dihukum penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Pasangan beliau, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, yang turut mengaku bersalah di bawah Seksyen 27(b) akta sama, didenda RM2,900 atau penjara 30 hari.


Kedua-duanya didakwa berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya di sini kira-kira pukul 2.18 pagi ini.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain menjatuhkan hukuman tersebut setelah mengambil kira pengakuan mereka, kesalahan pertama kali dan masing-masing menyatakan keinsafan serta mempunyai niat untuk melangsungkan perkahwinan selepas kes selesai.

Baguslah dah nak kahwin tu , tapi kenapa sampai perlu kena tangkap khalwat baru nak kahwin ? Sebelum ni tak rasa nak kahwin ker ? atau mungkin hanya sekadar suka-suka macam mat dan minah saleh kat luar negara buat tu "One Night Stand " ?

Buat malu kementerian saja , rasanya dua-dua tu patutnya di pecat saja..Macam-macam hal !!

MMI.

1 comment:

Labels