Followers

Thursday 8 November 2012

TV3 Bakal Di Saman Si Anak Rintik ?!!


Buletin Utama TV3 malam ini menyiarkan klip video kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menyatakan orang Melayu bebas memilih agama mereka.

Dalam klip video berkenaan, Nurul Izzah dipetik antara lain berkata, ‘‘Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.’’

Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya Sabtu lalu.

Kenyataan Nurul Izzah itu dilaporkan oleh portal propembangkang Malaysiakini sebelum dipetik oleh media-media lain termasuk Utusan Malaysia.

Apa benar Nurul bakal menyaman TV3 ??? Sama-sama kita tunggu !! Sesuatu yang harus beliau faham adalah ramai pihak tertumpu kepada beliau kini dan persoalan yang bermain di fikiran setiap rakyat adalah mengapa sehingga kini masih belum kedengaran niat Nurul untuk menyaman Malaysiakini ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels