Followers

Monday 24 December 2012

Haron Din Bakal Tinggalkan PAS ?!


Berita kini tersebar dengan cepat berkenaan Ustaz Haron Din yang bakal meninggalkan PAS.

Seperti semua sedia maklum Ustaz Haron Din antara pemimpin dalam parti PAS yang kurang senang dengan Anwar Ibrahim khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah.Malah beliau pernah mengeluarkan kenyataan menyanggah serta menolak penggunaan kalimah Allah daripada di guna pakai oleh penganut-penganut agama lain.

Di khabarkan juga Haron Din bakal menyertai kumpulan Ustaz Nasha dan Hassan Ali ( kumpulan yang tidak pernah menjadi pengampu kepada Nik Aziz ).

Mnurut sumber dalaman PAS, kemarahan Haron Din kepada pimpinan PAS semakin membuak-buak selepas PKR dan DAP secara terbuka meminta penambahan kerusi dalam PRU nanti dan kepimpinan PAS hanya sperti pak angguk yg sudah terkena nasi kangkang, tidak berkeras serta mahu mempertahankan kerusi yang sedia milik mereka.

Sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat dipastikan tetapi sekiranya Ustaz Haron Din benar-benar berpendirian sedemikian maka jelaslah PAS kini benar-benar terpesong kerana kerakusan pemimpin mereka sendiri yang gagal mengawal nafsu dendam dan kuasa.

Sekiranya ampa semua perasan sejak kebelakangan ini Ustaz Haron Din juga antara pemimpin PAS yang banyak mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Apakah kerana tiada isu untuk diperkatakan ataupun sememangnya PAS kini sudah semakin teruk kerana kedangkalan sesetengah pemimpin yang rakus dan tewas dek pengaruh Anwar dan Pakatan Haprak.?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels