Followers

Wednesday 26 December 2012

Kalimah Allah - JELAS Tindakan Guan Eng Kerana Kepentingan POLITIK !!


Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.

"Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum," katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.“

Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.“

Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng  sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam soal ini MMI cuma nak mengingatkan kepada mereka-mereka yang masih dok lena kat luar sana tu , berdasarkan kenyataan di atas JELAS sekali Guan Eng sudah sedia maklum berkenaan kalimah Allah yang sudah pun diwartakan sebagai antara perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Malah Guan Eng sendiri sebenarnya sudah pun mengetahui dan sedia maklum tentang keputusan tersebut.

Persoalannya kenapa Guan Eng masih membangkitkan lagi tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ? Apakah Guan Eng lupa bahawa ianya sudah pun di wartakan ?

Sekiranya Guan Eng terlupa maka menjadi tanggungjawab YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang Salleh Man untuk bingkas bangun dan menegur kenyataan Guan Eng.Namun apa yang berlaku ? senyap sunyi diam tak terkata..

Setelah beberapa hari selepas isu ini diperkatakan barulah terhegeh-hegeh puak-puak yang mengaku Islam dalam Pakatan Haprak mengeluarkan kenyataan.

MMI bukan menafikan kenyataan tersebut tetapi mengapa perlu sampai beberapa hari untuk menegur serta mempertahankan kalimah Allah yang seharusnya menjadi tanggungjawab kita bersama khususnya barisan pemimpin ?

Ada yang berbisik ke telinga MMI , mereka harus duduk berbincang terlebih dahulu untuk mencari jalan bagaimana nak keluarkan kenyataan tanpa mengguris hati dan perasaan Guan Eng.

Agaknya kerana ikatan dalam Pakatan Haprak jauh lebih penting daripada mempertahankan kalimah Allah rasanya..

Selebihnya ampa pakat-pakat pikiaq lah noo..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels