Followers

Monday 24 December 2012

Pulau Pinang - Antara Tsunami & Tanah Runtuh


Kerana kerakusan mahu menjadikan ianya sebagai sebuah destinasi elit , Pulau Pinang bakal gondol dalam sedikit masa lagi.Malah kesan daripada pengondolan yang tidak terkawal ini mampu mengundang kepada bencana alam seperti tanah runtuh.

Siapa yang bakal menerima natijahnya apabila projek pembinaan rumah-rumah mewah di teruskan malah sedang dipersiapkan secepat mungkin ini kalau bukan rakyat Pulau Pinang sendiri.

Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu mengawal projek pembangunan di kawasan tanah tinggi bagi mengelak berlaku kejadian tanah runtuh, kata Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
    
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang berkata pihaknya telah mengenalpasti 19 projek perumahan yang dibina di lereng bukit yang kecerunannya melebihi 25 darjah dan berketinggian 250 kaki di sekitar Sungai Ara, Bayan Lepas dan Batu Ferringhi di kawasan sebelah pulau.
    
"Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dulu, kita tidak potong bukit sesuka hati. Memang kita buat juga pembangunan lereng bukit tetapi ia hanya melibatkan bangunan satu hingga dua tingkat dan ia tidak melanggar Garis Panduan Pembangunan Tanah Bukit," katanya. 
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Prihatin 1Malaysia peringkat Parlimen Balik Pulau di Dataran Taman Negara Teluk Bahang hari ini.
    
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas ini menyaskikan 100 penduduk menerima sumbangan.

Dr Hilmi berkata tindakan kerajaan negeri yang begitu berani meluluskan pembinaan bangunan setinggi 14 hingga 20 tingkat akan menjejaskan kualiti alam sekitar dalam jangka masa panjang dan dikhuatiri tragedi tanah runtuh di Highland Towers, Selangor satu ketika dahulu akan berulang pula di Pulau Pinang.
    
Beliau berkata sebagai anak jati Pulau Pinang dan lahir di Balik Pulau, beliau memahami struktur muka bumi di negeri ini yang kebanyakannya terdiri daripada tanah gambut.
    
"Tanah di Pulau Pinang tidak seperti di Hong Kong atau Singapura. Tanah di sini longgar, bila musim hujan ia akan serap air seperti span. Jadi jika bukit digondolkan tanpa perancangan, risiko tanah runtuh memang ada," katanya.
    
Beliau sebaliknya menggesa kerajaan negeri memperbanyakkan projek perumahan mampu milik terutama di kawasan sebelah pulau daripada menumpukan pembinaan rumah mewah untuk golongan elit.

MMI kata jika dulunya kita selalu berhati-hati apabila berada di sekitar pantai di Pulau Pinang sebab bimbang berulangnya kejadian Tsunami yang meragut nyawa kini penduduk juga perlu melihat kebelakang juga.

Bukan apa takut asyik tengok kedepan takut-takut ombak tsunami alih-alih batu besar bergolek mai kot belakang...Tak ka naya tu... 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels