Followers

Monday 10 December 2012

Taman Manggis BN Enggan Mengalah


Meskipun kerajaan DAP Pulau Pinang menolak tawaran membeli tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis di sini, Barisan Nasional (BN) tetap berusaha untuk meneruskan projek tersebut demi hak rakyat negeri ini.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan negeri, Baljit Singh berkata, pihaknya sedang berusaha memasukkan kaveat pendaftar bagi tanah berkenaan daripada Pejabat Tanah.

Menurut beliau, jika permohonan itu diluluskan, bermakna status quo tanah terbabit dikekalkan dan tiada pembangunan dibenarkan.

“Peguam kami memohon untuk memasukkan kaveat pendaftar ke Pejabat Tanah pada 28 November lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini kami belum menerima sebarang jawapan," katanya di sini hari ini.

Baljit berkata, permohonan kaveat pendaftar tersebut termaktub di bawah Seksyen 320(1)(a) Kanun Tanah Negara bagi mengelak penipuan dalam urus niaga seperti salah nyata dan salah penggunaan borang.


Sementara itu Kerajaan DAP Pulau Pinang ditempelak kerana tidak prihatin dengan keperluan golongan berpendapatan rendah apabila sanggup membatalkan tawaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk membeli tapak projek perumahan rakyat (PPR) di Taman Manggis di sini.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng langsung tidak memberi peluang kepada golongan tersebut untuk memiliki kediaman sendiri sebaliknya lebih rela menjual tapak PPR tersebut kepada syarikat swasta bagi mendapat keuntungan.

“Masih terdapat ramai rakyat miskin yang menghadapi masalah tempat tinggal terutama sepanjang hampir lima tahun kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah yang tidak membina rumah kos rendah.

“Selain itu, kerajaan negeri juga tidak mempunyai pengurusan yang baik menyebabkan harga rumah melambung naik.

Guan Eng ternyata silap apabila membuat keputusan sedemikian , membatalkan proses pembelian tanah Taman Manggis sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada Barisan Nasional untuk terus menggempur rejim DAPigs di Pulau Pinang.

Malah tindakan Guan Eng yang baru saja berjanji akan membina rumah untuk rakyat membuktikan bahawa selama ini kerajaan negeri tidak pernah membina rumah mampu milik malah janji Guan Eng setelah hampir 4 tahun memerintah Pulau Pinang di sifatkan hanyalah sebagai gula-gula kepada rakyat kerana pilihan raya makin hampir.

Sudahlah "game" bangang seperti ini orang dah tak pakai sekarang , kepada juak-juak Pakatan Haprak khususnya PAS terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada Guan Eng kerana tanpa sokongan anda sudah tentu rejim DAPigs tidak alpa dan lalai sebegini.

Pulau Pinang bakal kembali ke tangan Barisan Nasional..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels