Followers

Thursday 10 January 2013

Dewan Ulama PAS Kecam Hadi Awang , Setakat Mana ???


Kenyataan terbaru Dewan Ulama' PAS Pusat yang tegas berpendirian membantah penggunaan Kalimah Allah terhadap Agama bukan Islam membuktikan Presiden Hadi Awang telah meruntuhkan integriti dan peranan sayap paling kanan parti tersebut.

Bantahan secara terbuka yang dikeluarkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Haron Taib merupakan satu peringatan keras buat Presiden PAS agar tidak membelakangi peranan besar Majlis Syura Ulama PAS apatah lagi menyatakan pendirian berkaitan isu-isu Agama Islam.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.

Menurut Harun, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.

"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya.

Memang benar apa yang dibangkitkan Hasan Ali ketika bersama PAS satu ketika dahulu.  Peranan Dewan Ulama PAS semakin terpinggir dek kerana penguasaan puak-puak Parasit yang menyembah impian Anwar.

Politik tetap politik. Kejujuran hanya terletak pada prinsip setiap individu bergelar Pemimpin. Jika prinsip tersebut kian bertukar berulangkali tanpa henti, tiada lagi kejujuran pada pemimpin itu.

Soalnya setakat mana ???

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels