Followers

Tuesday 22 January 2013

RASIS Guan Eng Di Cabar Penyokong Sendiri ?!


DAP terus menerima tekanan daripada ahli-ahlinya berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang disifatkan mengandungi unsur-unsur manipulasi.

Kira-kira 45 ahli dan penyokong DAP berkumpul di hadapan pusat khidmat ADUN Air Putih yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menuntut parti itu memberi penjelasan berkenaan kesilapan pengiraan jumlah undi pada Kongres Kebangsaan DAP yang lalu.

Mereka juga menuntut agar parti itu melakukan pemilihan semula CEC bagi membuktikan ketelusan DAP seperti yang dilaungkan sebelum ini.

Ahli DAP cawangan Sungai Bakap, S Sivasamy berkata, sebagai ahli DAP beliau begitu kecewa dengan sikap kepimpinan parti itu kerana sehingga kini gagal memberikan penjelasan mengenai kesilapan yang berlaku.

Menurutnya, mustahil kesilapan pengiraan undi boleh berlaku kerana pengundian dibuat untuk pemilihan kepimpinan parti di peringkat tertinggi.

"DAP sering melaungkan yang mereka ini bersih namun dalam pemilihan ini di mana bersihnya? Semuanya penipu.

"Kalau dia takut untuk bertemu dengan ahli-ahli bagi menjelaskan perkara sebenar, dia boleh mengeluarkan kenyataan kepada media dan menjawab persoalan kami. DAP harus membuat pemilihan semula untuk membuktikan DAP bersih," katanya kepada media ketika ditemui.


Sivasamy yang mendakwa telah bersama DAP sejak September 1987 melahirkan rasa kesal apabila mendapati pusat khidmat Guan Eng ditutup dan menyukarkan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan dari pemimpin mereka.

Sementara itu, dalam himpunan yang diadakan kira-kira jam 2 petang semalam, kumpulan berkenaan turut membawa beberapa kain rentang yang tertulis 'Kerajaan DAP Pilih Kasih', 'Hentikan Penipuan dan Kami Mahukan Pemilihan Semula'.

Mereka turut melaungkan ‘kami mahukan keadilan’ sepanjang berarak ke pusat khidmat Guan Eng di Jalan Air Itam.

Bagi MMI ini merupakan tindakan luar jangkaan serta memalukan khususnya buat Guan Eng kerana yang bertempik dan bersorak itu adalah ahli parti DAP sendiri yang mengaku berlaku penipuan dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Malah penipuan itu telah mengukuhkan dakwaan bahawa DAP adalah parti yang tebal dengan sifat rasisnya walaupun keahliannya dibuka kepada semua bangsa.

Paling penting yang semua perlu tahu adalah mereka yang bertempik dan melalak itu merupakan mereka yang dulunya menyokong Guan Eng dan DAP semasa pilihan raya 2008 yang lalu.

Jadi MMI tak hairan sangatlah sebab depa yang mau sangat , sekarang ni nak bising buat apa ? BANGSAT !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels