Followers

Sunday 10 February 2013

PR Makin Tersepit Mahfuz Pula Buat LAWAK SARKAS


Lawak sarkas apa yang Mahfuz buat ni ? Memang ayat lawak "super power" yang keluar dari mulut si Mahfuz ni mampu menimbulkan satu lagi persepsi dikalangan rakyat . Apakah motif Mahfuz mengeluarkan kenyataan sedemikian ? Bukankah beliau sendiri sebenarnya sudah pun faham tentang apa yang bakal berlaku sewaktu hari pengundian nanti ? Apa Mahfuz dah lupa ka SPR sudah pun melakukan yang terbaik tanpa menafikan mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

Apa yang MMI boleh katakan kenyatan Mahfuz itu merupakan kenyataan jahat lagi kurang bijak yang mempunyai agenda tersendiri dengan usaha utama beliau untuk cuba memecah-belahkan masyarakat.

Macam HARAM sampaikan boleh pula buat tafsiran dan agakan yang beliau sendiri tak tahu mana hujung pangkalnya.
KUALA LUMPUR: Keyakinan terlampau Perdana Menteri bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang pilihan raya menimbulkan pelbagai keraguan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"(Datuk Seri) Najib (Tun Razak) hari ini mahu kita menghormati keputusan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang dan jangan timbulkan huru-hara.
"Apa maksud beliau? Mengapa dia terlampau yakin BN akan menang?" beliau mempersoalkan.
Mahfuz menyifatkan keyakinan luar biasa Najib itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dan keraguan yang penuh dengan kecurigaan.
"Adakah gambaran bahawa Najib benar-benar pasti BN akan menang itu didorong oleh lengkapnya perancangan dan persiapan di luar amalan demokrasi yang bersih untuk memastikan kemenangan BN?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.
Mahfuz juga mempersoalkan dakwaan Najib kononnya beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.
"Najib berbohong kepada rakyat.Kenyataan dari HarakahDaily , selanjutnya Klik Sini   
Seperti yang tertera dalam tajuk diatas PR makin tersepit sebenarnya maka dengan kegusaran dan peluh-peluh dingin yang masih boleh dikawal ini , cai-cai Pakatan Haprak seperti Mahfuz Omar di kambing hitamkan untuk melancarkan apa yang kita boleh gelarkan sebagai perang saraf.

Semuanya dilakukan dengan agenda untuk menghasut rakyat supaya terus-terusan membenci kerajaan dengan pertikaian seperti di atas.Kepada Mahfuz sudah-sudahlah , sedarlah sikit tindakan kamu itu sebenarnya menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa dungu dan bodohnya kamu dalam hal-hal seperti ini.

Mahfuz sendiri pun tahu segalanya mengikut saluran dan undang-undang yang sudah di tentukan oleh SPR malah ada yang keputusannya (berkaitan pengundian) di buat dalam dewan rakyat.

Jadi atas alasan apa Mahfuz membuat kenyataan sedemikian ? Tak lain dan tak bukan mahu membangkitkan rasa marah rakyat terhadap kerajaan.Jika itu berlaku maka mudahlah cai-cai pembangkang mengintai-intai kerusi empuk di Putrajaya.

Psstt gua yakin rakyat kat luar sana lebih bijak dari Mahfuz..macam mana dia ni boleh jadi pemimpin ? oo lupa pula juak-juak PAS yang pilih ! 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels