Followers

Wednesday 20 March 2013

Guan Eng MENIPU Lagi ?!!


MMI tumpang kesian kepada juak-juak pembangkang yang masih lagi tidak berganjak demi seorang manusia bernama Guan Eng.Tak payah nak spin macam manalah selagi juak-juak pembangkang khususnya ahli-ahli PAS yang mengaku pejuang Islam tu masih lagi mengusap belakang dan tunduk hormat kepada Guan Eng selagi itulah mereka akan terus dibuai mimpi dan mungkin mamai dalam perjuangan sendiri.

Sudah-sudahlah mengaku pejuang PAS selagi mana kiblat kamu masih mengadap Guan Eng.Mungkin mereka-mereka ini tidak sedar bahawa sokongan yang diberikan kepada Guan Eng dan DAPigs bererti mereka meyokong sepenuhnya agenda yang dibawa oleh bangsat-bangsat ini.


Jangan lupa antara agenda DAPigs di Pulau Pinang ialah mahu memastikan bangsa Melayu dikeluarkan dari bahagian pulau dan ini diakui sendiri oleh bekas ahli DAPigs saudara Rozali.Malah dalam beberapa perkara mereka sudah pun menggerakkan agenda mereka yang mahukan semua agama di sama ratakan.

Dalam masa yang sama sedang mencari kekuatan untuk memastikan Perdana Menteri bukan lagi di kalangan orang Melayu malah kristian juga mahu di jadikan sebagai agama utama negara.

Sekiranya PAS mendabik dada mengatakan merekalah yang bakal menggantikan kuasa UMNO setelah menang pilihanraya , MMI nak bertanya sejauh mana kekuatan PAS untuk memastikan DAPigs dan PKR tunduk hangguk kepada keputusan PAS ? mungkin ampa semua boleh tolong jawab !! 

Jaga la sangat !!
Pengalaman berkenaan isu kalimah Allah dan Hudud sudah cukup untuk membuktikan bahawa PAS hanyalah pencacai pembangkang.Mungkin mereka agak selesa kini kerana mempunyai kemampuan kewangan hasil daripada beberapa negeri yang menjadi milik pembangkang tetapi sejauh mana beras itu akan terus di tabur oleh DAPigs dan PKR ??

Terkini Guan Eng bukan saja menipu tetapi menipu sekali lagi apabila beliau mengumumkan mahu membina terowong menghubungkan Seberang Perai dengan bahagian pulau.

Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah mempersendakan manifesto mereka sendiri apabila projek terowong dasar laut yang ingin dibangunkan bakal dikenakan tol.


Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus, Rowena Yam berkata, perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat negeri ini kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini lantang mahu memansuhkan tol sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tegasnya, jika benar pembangkang mahu memansuhkan tol di seluruh negara, mengapa tidak dimulakan di negeri ini melalui projek yang mereka sendiri lancarkan.

"Selepas lima tahun mentadbir negeri ini, Tol Sungai Nyior sendiri masih tidak dimansuhkan, kini tampil pula terowong bertol. Jelas mereka sendiri membelakangkan manifesto yang selama ini dilaung-luangkan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rowena yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Bahagian Bukit Bendera berkata, pihaknya mengesan kewujudan pelbagai perkara meragukan dalam projek mega bernilai RM6.3 bilion yang mengandungi pembinaan tiga lebuh raya dan sebuah terowong dasar laut yang bakal menghubungkan Persiaran Gurney di sebelah pulau dan Bagan Ajam di Seberang Prai itu.

Katanya, sebelum ini pelbagai pihak termasuk pakar berpendapat projek terowong berkenaan bukan keperluan mendesak yang perlu dibangunkan kerana Pulau Pinang bakal mempunyai jambatan kedua menjelang hujung tahun ini. - UTUSAN  

Kepada rakyat Pulau Pinang dan Malaysia amnya lihatlah bagaimana permainan Guan Eng dan rejimnya berbohong dan terus berbohong seolah-olah rakyat di Pulau Pinang pekak dan buta tuli.

MMI yakin setakat hari ini pengumuman oleh Guan Eng hanyalah satu lagi putar belit berbaur politik yang dibuat bagi mendapatkan sokongan rakyat kononnya kerajaan negeri prihatin.

Kepada Guan Eng , sori bro .. lu sudah bikin rakyat Pulau Pinang hati panas dan MMI percaya rakyat Pulau Pinang bukanlah sebodoh dan setuli seperti mana penyokong dan penjilat Guan Eng dan rejimnya.

Psstt Tol Sungai Nyior pun tak boleh selesai nak buat janji baru pula ?? Ops lupa manifesto bukan janji !!!!


Ampa nak ketua menteri perangai macam ni ka ??

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels