Followers

Thursday 21 March 2013

Khamis Malam Jumaat Paling Moody Buat Anwar


Sendiri cari pasal nak buat macam mana betul tak ? Isu saman Anwar dan video dari papagomo sudah semestinya akan berlanjutan untuk satu tempoh yang agak panjang.Namun semua itu adalah rencah atau mungkin rempah yang sudah dicampur-campur agar rasanya lebih sedap menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Apa pun sudah semestinya malam ini menjadi malam paling panjang buat Anwar apabila semenjak petang tadi video perbualan beliau dalam bilik hotel bersama seorang lelaki lembut menerjah ruang-ruang siber di seluruh negara bahkan mungkin sudah pun sampai ke seluruh dunia.

Walaupun video yang didedahkan itu bukanlah aksi lucah terlampau mahupun menjijikkan namun ianya memberikan satu persepsi yang pelbagai malah MMI berani katakan ia mampu meruntuhkan kepercayaan penyokong-penyokong Anwar sendiri.

Seperkara lagi yang harus kita tunggu adalah apa mungkin selepas ini akan ada lagi bunyi-bunyi yang mengatakan itu bukan Anwar !! atau ianya sekadar besi buruk !! 

Hahaha macam-macam akan berlaku dan sudah pasti akan berlaku selepas ini , cumanya kita sebagai rakyat kepada sebuah negara MERDEKA seperti Malaysia beringatlah kita merupakan generasi penentu kepada kejayaan Malaysia jangan sesekali buat silap.

Kepada Anwar janganlah moody malam-malam ni na...


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels